Umno Selangor Bakal Punyai Pengerusi Baharu Lepas Raya


Nizam Zain Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO Selangor dijangka mengumumkan pengerusinya yang baharu bagi menggantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Jun ini.

Menurut Ismail Sabri, penggantinya nanti akan ditentukan oleh Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan bagi mengisi kekosongan itu sejak 1 Mei lalu.

“Sehingga kini beberapa Ketua Bahagian telah menyatakan minat untuk mengisi jawatan tersebut. Mereka pemimpin berkebolehan dan berwibawa untuk menerajui Umno Selangor.

“Saya akan berbincang dengan Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden untuk memutuskan nama Pengerusi Perhuhungan Umno Selangor.

“Insya-Allah nama Pengerusi Perhubungan Umno Selangor dijangka akan diumumkan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pada 5 April lalu, Ismail Sabri menyatakan hasratnya untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor berkuat kuasa 1 Mei lalu ketika mempengerusikan Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Keputusan itu dibuat di hadapan Ketua-Ketua Bahagian serta Ketua-Ketua Sayap yang hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Ismail Sabri juga berkata, keputusan itu dibuat selepas merasakan matlamat untuk meningkatkan prestasi UMNO Selangor tercapai BERDASARKAN kejayaan parti itu merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam Pilihan Raya Kecil pada 2 Mac lalu.

“Sebagaimana yang telah dimaklumi, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Selangor bagi tempoh sementara dalam usaha untuk meningkatkan prestasi Umno Selangor.

“Setelah hampir setahun mengemudi Umno Selangor, prestasi Umno Selangor telah dapat dipertingkatkan.

“Kejayaan terbesar adalah kemenangan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi DUN Semenyih daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRK DUN itu pada 2 Mac 2019 lalu.

“Sehubungan itu, saya merasakan Umno Selangor sudah boleh dipimpin oleh pemimpin-pemimpin Umno dari negeri itu sendiri yang mempunyai kemampuan untuk meneruskan kebangkitan Umno di Selangor.

Katanya lagi, sementara pemilihan itu dimuktamadkan Jun ini, jawatan pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dipangku oleh timbalan pengerusinya, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/05/umno-selangor-bakal-punyai-pengerusi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Lepas Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

Ismail Sabri Lepas Jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 254 hits
foto sumber internetSHAH ALAM 18 Mei Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor yang dipegangnya sejak hampir setahun berkuatkuasa 1 Mei lepas Loading Ismail dalam satu ken...
Bersatu Johor Terus Bergolak Pengerusi Baharu Bakal Dilantik

Bersatu Johor Terus Bergolak Pengerusi Baharu Bakal Dilantik

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 413 hits
Walaupun Mazlan Bujang sudah dilantik sebagai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia negeri yang baharu berkuat kuasa pada 25 Mei ini pergolakan dalaman parti itu masih tidak lagi reda Menerusi satu mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat ...
Ikea Malaysia Keluarkan Menu Baharu Yang Bakal Buatkan Ramai Orang Gila Sempena Hari Raya

Ikea Malaysia Keluarkan Menu Baharu Yang Bakal Buatkan Ramai Orang Gila Sempena Hari Raya

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 419 hits
Nampaknya Ikea Malaysia akan membuatkan orang ramai kembali gila apabila mereka akan mengeluarkan menu istimewa iaitu Kek Cendol Durian D24 sempena Hari Raya Aidilftri tahun ini Haa mana penggemar durian dan cendol tu Terliur ke tidak Ia ju...
Umno Pas Wujudkan Piagam Lepas Raya

Umno Pas Wujudkan Piagam Lepas Raya

papar berkaitan - pada 24/5/2019 - jumlah : 289 hits
UMNO dan PAS bakal diperkukuhkan lagi dengan bentuk yang lebih rasmi selepas mementerai satu piagam kerjasama tidak lama lagi Perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Agung Umno Annuar Musa yang menjangkakan piagam tersebut akan terlaksana se...
Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim

Piagam Kerjasama Pas Umno Bakal Tercapai Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 325 hits
DENYUT REFORMASI KOTA BHARU Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Tertinggi Pas sudah mengadakan beberapa mesyuarat membincangkan mengenai piagam kerjasama dengan UMNO yang bakal menyaksikan satu perjanjian deklarasi antara dua parti itu d...
Bakal Sambut Raya Bersama Kembar Ajak Hael Husaini Balik Kampung

Bakal Sambut Raya Bersama Kembar Ajak Hael Husaini Balik Kampung

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1476 hits
Hael Husaini bukan satu nama asing dalam industri muzik tanah air apabila hampir setiap lagu nyanyiannya mendapat sambutan hangat pendengar dan sering dimainkan di corong radio Namun siapa sangka penyanyi lagu Jampi dan Haram itu ternyata m...
Berduet Dengan Nisa Sabyan Peminat Teka Tokti Bakal Nyanyi Lagu Raya Nasyid

Berduet Dengan Nisa Sabyan Peminat Teka Tokti Bakal Nyanyi Lagu Raya Nasyid

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 405 hits
Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal tampil dengan single terbaharu menjelang Aidilfitri Namun istimewanya kali ini Siti akan turut berduet bersama dua orang penyanyi terkenal Perkongsian itu telah dimuat naik oleh penulis lirik lagu tersebut di...
Ulang Tahun Umno Ke 73 Bakal Suntik Semangat Baru Menuju Pru 15 Sharkar Shamsudin

Ulang Tahun Umno Ke 73 Bakal Suntik Semangat Baru Menuju Pru 15 Sharkar Shamsudin

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 318 hits
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Sharkar Shamsudin berkata sambutan ke dua hari ulang tahun UMNO sebagai pembangkang tidak lagi seperti sebelum ini yang penuh dengan rasa terkejut dan dukacita kerana kali ini semangat dan keyakin...
Umno Bakal Raikan Ulang Tahun Ke 73 Esok

Umno Bakal Raikan Ulang Tahun Ke 73 Esok

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 384 hits
KUALA LUMPUR 10 Mei UMNO akan menyambut ulang tahunnya yang ke 73 esok dan sepertimana tahun sebelum ini sambutan tersebut akan diadakan secara sederhana dengan penuh teratur di Pusat Dagangan Dunia Putra Majlis akan dimulakan dengan bacaan...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka

Spontaneous Thursday