Umno Hadapi Pru15 Sendirian Kata Tajuddin Partinya Sasar 120 Kerusi


freemalaysiatoday.com
Nicholas Chung
-March 27, 2021 9:40 PM
Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman menggesa Puteri Umno yakin dengan kemampuan parti untuk membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihan raya.
KUALA LUMPUR: Pengarah Pilihan Raya Umno, Tajuddin Abdul Rahman berkata, parti itu memutuskan untuk bertanding 120 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang mencetuskan spekulasi parti itu akan menghadapi pilihan raya tanpa PAS.

Bercakap pada sesi penggulungan perbahasan Puteri Umno hari ini, Ahli Parlimen Pasir Salak itu menyeru ahli sayap itu supaya yakin dengan kemampuan parti untuk membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihan raya.

“Parti sudah memutuskan bahawa kita akan bertanding tidak kurang 120 kerusi Parlimen. Parti mana yang akan bertanding lebih daripada itu? Bahkan PPBM tak akan bertanding lebih 50 atau 60 kerusi. PAS juga tak akan bertanding melebihi 50 atau 60 kerusi.

“Dengan kata mudah, selepas pilihan raya umum akan datang, percayalah tidak akan ada satu parti pun yang akan menang lebih kerusi berbanding Umno,” katanya.

Awal bulan ini, Tajuddin dilaporkan berkata, Umno akan bertanding 120 kerusi Parlimen jika bersendirian menghadapi PRU15.

Katanya, jika kerjasama dengan PAS diteruskan, Umno hanya menyasarkan untuk bertanding di 96 kerusi Parlimen.

Hari ini, beliau berkata, terpulang kepada PAS untuk memilih bekerjasama dengan Umno atau PPBM, bagaimanapun beliau berharap PAS akan melihat semula piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterainya dan janji yang dibuatnya.

“Kita setuju dalam MN, kita dah tandatangan piagam bahawa kita akan bersama sehingga pilihan raya umum akan datang. Kami harap PAS tak mungkiri dan berpegang pada janjinya.

“Umno sudah memberikan jaminan bahawa kami tidak akan mungkiri janji. Kami tetap mahu bersama-sama dengan PAS pada PRU akan datang.”

Tajuddin menyeru ahli Puteri Umno supaya yakin dengan kemampuan parti untuk membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihan raya.

Beliau berkata, sudah tiba masanya untuk sekurang-kurangnya satu kerusi DUN di setiap Parlimen diberikan kepada calon Puteri atau Wanita Umno.

Katanya, di kawasannya di Pasir Salak, beliau sudah meletakkan dua kerusi DUN untuk ditandingi calon wanita.Enable GingerCannot connect to Ginger Check your internet connection
or reload the browserDisable in this text fieldEditEdit in GingerEdit in Ginger×

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/03/umno-hadapi-pru15-sendirian-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

Umno Tolak Rundingan Kerusi Dengan Bersatu Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 262 hits
March 16 2021 PENGARAH Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menolak gesaan Azmin Ali untuk berunding mengenai kedudukan kerusi Parlimen yang asalnya dimenangi parti itu tetapi kini disandang oleh Bersatu Pendirian Umno ialah mengambil se...
Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

Pas Hilang Semua Kerusi Jika Bertanding Di Bawah Pn Kata Ketua Umno Johor

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 342 hits
freemalaysiatoday com March 28 2021 7 18 PMHasni Mohammad juga menggesa supaya autonomi diberikan kepada kepemimpinan negeri untuk menentukan pembahagian kerusi KUALA LUMPUR Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amara...
Umno Akan Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen Pada Pru15

Umno Akan Bertanding Di 80 Kerusi Parlimen Pada Pru15

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 373 hits
suaramerdeka com SASARAN UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke 15 ialah bertanding di sekurang kurangnya 80 kerusi Parlimen jika Pas tidak bersama mereka Memetik laporan akhbar Utusan Malaysia Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan berkat...
Pru15 Umno Bertanding Di Kerusi Yang Penyandangnya Lompat Ke Bersatu

Pru15 Umno Bertanding Di Kerusi Yang Penyandangnya Lompat Ke Bersatu

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 313 hits
FAZLI RADZIBekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa menegaskan parti itu perlu diberi keutamaan untuk bertanding di kerusi Parlimen yang sebelum ini dimenangi atas tiket Umno tetapi penyandangnya kini sudah menyertai Bersatu Ahli Par...
Umno Perlu Lakukan Perubahan Drastik Hadapi Pru15

Umno Perlu Lakukan Perubahan Drastik Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 186 hits
SHAH ALAM Penganalisis politik Profesor Dr Sivamurugan Pandian berpandangan UMNO perlu melakukan satu perubahan drastik dengan kepimpinan baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 15 Kata beliau perubahan itu bagi memastikan imej reputasi...
Umno Berterabur Jika Ikut Cakap Khairy Kata Tajuddin

Umno Berterabur Jika Ikut Cakap Khairy Kata Tajuddin

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 249 hits
PETALING JAYA Umno akan berterabur jika mengikut saranan Khairy Jamaluddin supaya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15 kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman Apa agendanya Kita nak fokus kita punya tenaga apa sahaja k...
Kalau Umno Nak Ambil Semua Kerusi Saya Pun Nak Kata Muhyiddin

Kalau Umno Nak Ambil Semua Kerusi Saya Pun Nak Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 354 hits
PAGOH Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggesa Umno supaya tidak ghairah mengenai pengagihan kerusi sehingga menutup terus ruang untuk PPBM bertanding pada PRU15 Beliau yang juga presiden PPBM tidak mahu kelihatan angkuh namun jika terpaks...
Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

Umno Sabah Sedia Runding Kerusi Dimenangi Pru14 Kata Bung

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 290 hits
KOTA KINABALU Umno Sabah sedia berbincang dengan sekutunya dalam Gabungan Rakyat Sabah berhubung pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum ke 15 termasuk kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU14 Walaupun Setiausaha Agungnya Ahmad Maslan p...
Umno Putuskan Tiada Anwar Dap Bersatu Hadapi Pru15

Umno Putuskan Tiada Anwar Dap Bersatu Hadapi Pru15

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 296 hits
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno turut memutuskan untuk mengekalkan keputusan Majlis Tertinggi Foto oleh Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR 28 Mac Barisan Nasional parti gabungan yang ditunjangi Umno memutuskan untuk menghadapi Pilihan Ra...
New Proton X50 More Aggressive And Stylish

Menangis Bukan Sebab Tak Redha Tapi Rindu

Discover Ironpandafit Gym Apparel That Combines Performance And Style

Hiburan Hei Betina Berhenti Malukan Keluarga Amp Suami Sedar Sikit Kau Tu P Lacur Berstatus Datin Nabila Huda

Rakyat Tertipu Dengan Janji Pilihan Raya Bn Makin Terserlah Ketakutan Terhadap Slogan Pas Teraju Pahang

Titan A Roaring Nitrous Boosted Bmw R 1300 R Built In House

Starlink Malaysia Patutkah Anda Tukar Dari Unifi Atau Maxis

Hiburan Lebih 82 000 Petugas Kesihatan Kkm Dikecualikan Waktu Kerja Syif 45 Jam Seminggu


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Acting Ministers Key To Continuity Says Johari

Anwar S End Is Near Ratu Naga S Post Ignites Uproar

Mat Sabu Says Hotels Should Sweeten Up With Durian

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

Bau Wangi Semerbak Sebaik Melangkah Ds Vida Sebak Ziarah Pusara Arwah Nurly

Nothing Phone Tampil Cip Snapdragon Baharu