Umno Rosak Kerana Bersatu


 


Selepas kalah pada PRU14 lalu dan dalam tempoh 22 bulan berikutnya di mana UMNO menjadi pembangkang, parti itu boleh dikata berada di landasan yang betul untuk bangkit berkuasa semula.
Dalam beberapa PRK yang diadakan, calon-calon UMNO berjaya menang dengan bergaya.
Dan disertai kerjasama dengan Pas, aura kebangkitan UMNO hampir tidak mampu ditahan lagi.
Akar umbi UMNO juga bersatu hati dengan pemimpin di atas dengan kesatuan hati untuk bangkit semula menebus kekalahan lalu.
Mereka yang bergelar pemimpin pula ternampak menjiwai kedudukan mereka sebagai pemimpin yang rebah dengan watak berjiwa rakyat, selain kerap terpapar bercampur gaul dengan golongan bawahan serta rakyat marhaen.
Realitinya, ketika UMNO bergelar pembangkang, ahli akar umbi terlihat begitu gembira dengan watak pemimpin mereka yang selalu berada di bawah, kerap tersenyum dan banyak memperjuangkan isu-isu rakyat.
Pantang ada isu, pemimpin UMNO yang sudah rebah itulah yang selalu tampil ke depan bersuara.
Tetapi, segalanya berubah sebaik UMNO memilih berada dalam kerajaan bermula 1 Mac 2020.
Sejak itu juga terdengar banyak rungutan daripada akar umbi parti tentang watak dan kelakuan pemimpin yang sudah berubah setelah mereka bergelar menteri, timbalan menteri dan sebagainya.
Mereka mula diceceh dan dirunguti kerana tidak lagi berkelakuan seperti tidak beroleh jawatan sebelum ini.
Tidak cukup dengan itu, diperkatakan juga mereka yang menjadi pegawai menteri turut sama berubah dan merak kelakuannya.
Agaknya, setelah lapar selama 22 bulan dan tiba-tiba beroleh jawatan, mereka jadi tak ketahuan dengan persekitaran seolah-olah semua orang yang cuba mendekati dianggap mahu mendapatkan sama makanan yang ada dalam dulang mereka.
Ketika berkuasa selama 60 tahun sebelum ini, tidak pernah atau jarang sekali terdengar rungutan seperti itu.
Hari ini, UMNO bukan saja berbeza dengan UMNO sebelum ini, malah keadaan berantakannya seperti tidak terkawal lagi.
Dengan berada di dalam kerajaan yang dikuasai Bersatu, pelbagai kluster turut muncul dalam UMNO.
Kalau dulu, paling tidak hanya ada Team A dan Team B, kini lebih daripada dua kluster sudah ada.
Semua kluster ini ada kepala dan perangai yang tersendiri serta saling berlaga antara satu sama lain.
Yang jelas, beradanya UMNO dalam kerajaan PN bersama Bersatu sekarang adalah suatu kesilapan, merugikan serta merosakkan kelangsungan masa depannya.
Lebih daripada itu, jika sebelum ini UMNO dan Pas berganding elok dalam MN dan terlihat sebagai gabungan kuasa yang bakal merubah negara, kini segala-galanya hampir berkecai jadinya.
Pas yang menjadi tunangan UMNO dalam MN dengan mudah dapat dirampas oleh Bersatu untuk mereka setuju bersatu hati dalam mahligai PN yang ada segala kemewahan.
Benarlah ingatan orang tua-tua, kuasa dan kedudukan boleh menukar warna cinta.
Jika tidak berada kerajaan PN, pasti semua yang berlaku sekarang tidak berlaku kepada UMNO.
Sebagaimana kuasa menjadikan Pas beralih arah, kuasa yang ada dalam genggaman Bersatu juga berupaya menjadikannya UMNO berpecah-pecah.
Menuju PRU akan datang, dengan perpecahan dan kemelut yang ada dalam UMNO sekarang, ia dijangka akan terus berpanjangan lagi tanpa dipastikan bila kesudahannya.
Harapan untuk merebut kembali kuasa dan jawatan Perdana Menteri, mungkin ada dan mungkin sudah tinggal angan-angan saja.
Hakikatnya, UMNO kini lebih sibuk mengurus perpecahannya daripada menumpukan perhatian untuk merebut kuasa, bahkan lebih buruk kerana ada kluster di dalamnya yang lebih menyanjung Bersatu daripada parti sendiri.


 (Shahbudindotcom 22/03/2021)








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/umno-rosak-kerana-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ada Breakdown Dalam Usaha Pertemukan Pucuk Pimpinan Umno Bersatu Annuar Musa

Ada Breakdown Dalam Usaha Pertemukan Pucuk Pimpinan Umno Bersatu Annuar Musa

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 231 hits
KUALA LUMPUR Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bagaimana tugas yang diarahkan kepada beliau untuk menjadi jambatan antara UMNO dan Bersatu terkandas apabila ada kepincangan atau breakdown dalam usaha mempertemukan pucuk pimpinan dua parti itu...
Khaled Nordin Umno S Plan To Sever Ties With Bersatu For Ge15 Does Not Mean Unity Of The Ummah Neglected

Khaled Nordin Umno S Plan To Sever Ties With Bersatu For Ge15 Does Not Mean Unity Of The Ummah Neglected

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 298 hits
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin today added more tension between Umno and Parti Pribumi Bersatu Malaysia by saying that the future of his party is determined by its grassroots and has nothing to do with Perikatan Nasional The Umno vice pre...
Di Mana Kerusi Umno Di Situ Kita Akan Lawan Bersatu Terengganu

Di Mana Kerusi Umno Di Situ Kita Akan Lawan Bersatu Terengganu

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 208 hits
malaysiakini comDiterbitkan 10 Mar 2021 9 04 amBersatu bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu kata Pengerusinya Razali Idris Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar untuk mem...
Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk

Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 444 hits
Umno Dan Bersatu Terengganu Bakal Berpecah Teruk Bersatu bersedia meletakkan calon di semua kerusi yang akan ditandingi Umno di Terengganu kata Pengerusinya Razali Idris Kita akan berbincang dengan kepemimpinan PAS dan Menteri Besar untuk m...
Putus Kerjasama Dengan Bersatu Tiada Sebab Untuk Umno Memberi Kata Dua Kepada Pas

Putus Kerjasama Dengan Bersatu Tiada Sebab Untuk Umno Memberi Kata Dua Kepada Pas

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 335 hits
KUALA LUMPUR Tiada sebab untuk UMNO memberi kata dua kepada PAS yang memilih untuk bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Ahmad Maslan Jelas Ahmad UMNO dan PAS terlebih dulu menjalinkan kerjasama melalui M...
Politics Umno S Thorny Bersatu Problem

Politics Umno S Thorny Bersatu Problem

papar berkaitan - pada 27/3/2021 - jumlah : 192 hits
By PHILIP GOLINGAIToday s two day Umno s annual general assembly will decide whether it will sever ties with its political twin Parti Pribumi Bersatu Malaysia The AGM is to reaffirm the overwhelming states and grassroots rejection of Bersat...
Apa Ada Pada Kerjasama Pas Umno Bersatu

Apa Ada Pada Kerjasama Pas Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 263 hits
Sebelum dia hendak berikan saranan itu dia kena faham apa masalahnya Kalau dia tak tau apa masalahnya apa pun dia cakap tidak akan membawa apa apa kejayaan ujarnya Tajuddin juga memberi amaran kepada PAS supaya tidak menyokong BERSATU untuk...
Bersatu Nak Langgar Umno Di Terengganu Kan Aku Dah Kata

Bersatu Nak Langgar Umno Di Terengganu Kan Aku Dah Kata

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 251 hits
March 11 2021 BERSATU NAK LANGGAR UMNO DI TERENGGANU KAN AKU DAH KATA Baru kelmarin aku respon kenyataan Ds Anwar Kalau nak kerjasama dengn parti UMNO Aku memegang pendirian bersama dengan DAP dan itulah pendirian Tg Nik Aziz Tidak ada kerj...
Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu

Umno Tidak Boleh Halang Pas Bantu Bersatu

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 313 hits
ARAU UMNO mesti menyatakan pendirian sejelas jelasnya sama ada ingin bekerjasama dengan Pas yang sememangnya perlu dibawa bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau bergerak sendirian pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Sebagai sebuah parti berpe...
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord