Umno Putrajaya Suarakan Sokongan Terhadap Muhyiddin


malaysiakini.comBernama
Diterbitkan Hari ini 8:27 pm
Tengku Adnan Tengku Mansor
Umno Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu.

Ketuanya Tengku Adnan Tengku Mansor berkata bahagian itu juga meminta semua Ahli Parlimen Umno untuk meneruskan kerjasama dengan PN.

“Tidak ada kata-kata kononnya jangan sokong kepimpinan Muhyiddin dan sebagainya kerana saya sendiri tahu bahawa kita yang minta Muhyiddin jadi Perdana Menteri dan Umno sepatutnya dukung kerana telah menubuhkan kerajaan bersama Muhyiddin.

“Saya amat hairan yang menyuarakan masalah-masalah ini (tidak sokong) adalah orang-orang yang kalah bukan yang menang (pilihan raya), jadi saya harap jangan keruhkan situasi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat UMNO Bahagian Putrajaya hari ini.

Dia berkata bahagian itu juga kekal dengan ketetapan menolak kerjasama dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim, DAP dan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad seperti yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa 143 daripada 191 bahagian parti itu menolak kerjasama dengan Bersatu, Tengku Adnan berkata bahagian terbabit mungkin mengalami sedikit pergeseran yang boleh diperbaiki.

“Presiden sebut oleh kerana akar umbi telah sebut tetapi saya berkeyakinan jika Presiden dan Majlis Tertinggi duduk bersama-sama dengan biro politik, kita boleh perbaiki keadaan untuk beri satu kesinambungan kerana saya berharap Bersatu dan Umno satu hari nanti bercantum balik,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapannya semasa mesyuarat itu, Tengku Adnan yang juga ahli Parlimen Putrajaya berkata dia merupakan antara individu yang terlibat menjatuhkan kerajaan PH dan meminta Muhyiddin menerajui kerajaan.

“Ini kerana saya tahu apa yang kita lakukan adalah demi agama, bangsa dan negara, dan yang penting agama Islam dan Orang Melayu, itu kepentingan kita untuk kebaikan agama, bangsa dan agama,” katanya.

Mengenai desas-desus bahawa Hishammuddin Hussein akan meninggalkan Umno, Tengku Adnan berkata dia percaya bendahari agung BN itu seorang yang rasional dan akan terus bersama dengan Umno.

“Jangan kita ada syak wasangka kerana macam-macam yang ditulis (di media sosial), ini durjana yang paling besar, kadang-kadang saya tak baca pun,” katanya.

-Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/01/umno-putrajaya-suarakan-sokongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokongan Terhadap Kerajaan Muhyiddin Diputus Malam Ini Umno

Sokongan Terhadap Kerajaan Muhyiddin Diputus Malam Ini Umno

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 329 hits
puteradaily comMesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini dijangka memutuskan mengenai pendirian parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional termasuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia UMNO juga dijangka menyatakan pendiri...
Umno Putrajaya Sokong Muhyiddin

Umno Putrajaya Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 378 hits
548 total views 548 views today PUTRAJAYA UMNO Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama dengan Parti Pribum...
Tarik Sokongan Jatuhkan Muhyiddin Pilihan Tunggal Mt Umno Rabu Ini

Tarik Sokongan Jatuhkan Muhyiddin Pilihan Tunggal Mt Umno Rabu Ini

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 320 hits
Rabu ini 6 Januari merupakan tarikh penting bagi UMNO dalam menentukan hala tuju serta masa depannya Pada hari tersebut akan berlangsung mesyuarat MT UMNO untuk membincangkan tindakan susulan selepas majoriti UMNO bahagian bahagian yang ber...
Umno Desak Muhyiddin Segerakan Pru15

Umno Desak Muhyiddin Segerakan Pru15

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 446 hits
Umno desak Muhyiddin segerakan PRU15 Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 3 Jan 2021 3 00PM
Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 554 hits
Selagi tiada persidangan parlimen tergempar atau tiada titah Agong Tapi percayalah umno flip flop tidak berani tarik diri tidak AKAN guling di jalan
Hikayat Ultraman Taro Mai Nak Habaq Pasaipa Sokongan Umno Bn Itu Bersyarat

Hikayat Ultraman Taro Mai Nak Habaq Pasaipa Sokongan Umno Bn Itu Bersyarat

papar berkaitan - pada 27/12/2020 - jumlah : 390 hits
BOLEH KONGSI SIKIT APA YANG PAS CADANG SEMASA PERTEMUAN DENGAN MENTERI KEWANGAN SEBELUM BAJET HARI TU MP Fadhli Pasir Mas patut kena faham dulu isu sebelum nk argue atau nak kaitkn dgn mana2 hikayat ultraman taro atau lebih baik diam tak pe...
Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

Jika Muhyiddin Berani Jangan Guna Alasan Covid Halang Perhimpunan Agung Umno

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 392 hits
Oleh January 09 2021Menyedari beberapa usul yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung Umno pada 30 31 Januari ini mungkin menggugat survival kerajaan Perkatan Nasional Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin menggunakan helah pandemik Covid 19...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Kenapa Perempuan Selalu Overthinking

Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo