Tarik Sokongan Jatuhkan Muhyiddin Pilihan Tunggal Mt Umno Rabu Ini


 
Rabu ini, 6 Januari merupakan tarikh penting bagi UMNO dalam menentukan hala tuju serta masa depannya.
Pada hari tersebut akan berlangsung mesyuarat MT UMNO untuk membincangkan tindakan susulan selepas majoriti UMNO bahagian-bahagian yang bersidang pada 1 hingga 3 Januari lalu meluluskan usul menolak sebarang kerjasama dengan Bersatu.
Selain mesyuarat MT UMNO, pada tarikh tersebut juga difahamkan akan berlangsung perjumpaan semua Ketua-Ketua UMNO bahagian seluruh negara dengan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Ia dipercayai untuk Zahid Hamidi mendengar sendiri suara Ketua-Ketua UMNO bahagian berhubung kedudukan serta kerjasama parti itu dengan Bersatu dan keberadaan mereka dalam kerajaan PN.
Mengikut logiknya, setelah 189 daripada 191 UMNO bahagian seluruh negara meluluskan usul menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Bersatu, ia seharusnya disusuli dengan tindakan segera menarik diri daripada kerajaan PN dan menamatkan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin.
Menteri, timbalan menteri dan pemegang jawatan dalam GLC juga harus meletak jawatan serta-merta kerana mereka itu turut pemimpin UMNO yang bersetuju dengan usul menolak kerjasama dengan Bersatu di bahagian yang mereka terajui.
Kecuali jika mereka ingin keluar UMNO dan menyertai Bersatu, maka barulah ada munasabahnya untuk terus memegang jawatan dalam kerajaan yang disandang sekarang.


Hakikatnya, setelah enggan bekerjasama dengan Bersatu dan mendesak mahukan PRU segera, tiada tindakan lain yang lebih sesuai dan wajar diambil oleh UMNO, melainkan meletak jawatan sesegera yang boleh tanpa menunggu mata berkelip lebih daripada sekali.
Tentu saja tidak masuk akal jika setelah meluluskan usul menolak Bersatu, tetapi para pemimpin UMNO masih lagi bermuka tebal tercongok dalam kerajaan yang diketuai oleh Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu.
Malu beb, macam tak ada maruah dibuatnya!!
Macam suami isteri yang selalu bergaduh dan kerap mengatakan ingin bercerai, sambil memburukkan pasangan masing-masing kepada jiran tetangga, tentulah tiada maruah jadinya jika mereka masih tinggal serumah dan tidur sekatil lagi.
Begitu juga dengan hubungan UMNO dengan Bersatu ini, tiada pilihan lain melainkan bercerai saja keputusan paling sesuai untuk diambil, tidak kira sama ada tindakan itu akan menyebabkan PRU semula diadakan atau terbentuknya sebuah kerajaan baharu.
Segala-galanya terpulang kepada kebijaksanaan Yang Dipertuan Agong membuat pertimbangan sama ada memperkenankan permohonan PRU yang akan dikemukakan oleh Muhyiddin setelah kerajaannya tumbang atau mempertimbangkan pembentukan kerajaan baharu berikutan Covid19 belum lagi mereda.
Tetapi, kepada UMNO khususnya, jika pada Rabu ini tiada keputusan meninggalkan kerajaan dan menarik sokongan kepada Muhyiddin diambil, ia dengan sendirinya akan menyebabkan reputasi parti itu jadi menipis dan tidak lagi dipercayai ramai.
Ia seterusnya akan membawa kepada hilangnya kepercayaan, keyakinan dan sokongan di kalangan rakyat atau pengundi kepada parti itu dalam PRU yang diadakan kemudiannya.
UMNO akhirnya menjadi parti yang dianggap main-main, tidak serius dan lebih mementingkan kedudukan berbanding perjuangan.
Oleh itu, sama ada mungkin berlaku PRU atau terbentuk kerajaan baharu, pilihan tunggal yang ada pada MT UMNO Rabu ini cuma satu iaitu perlu perlu membuat keputusan menarik sokongan dan menjatuhkan Muhyiddin.
Tiada alasan sama sekali untuk melengah-lengahkan tindakan dan berada lebih lama dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin yang UMNO sendiri telah tolak dan tidak mahu bekerjasama dengannya.


 (Shahbudindotcom 04/01/2021)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/01/tarik-sokongan-jatuhkan-muhyiddin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

Umno Tarik Diri Mp Umno Letak Jawatan Tidak Menjejas Kan Pun Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 464 hits
Selagi tiada persidangan parlimen tergempar atau tiada titah Agong Tapi percayalah umno flip flop tidak berani tarik diri tidak AKAN guling di jalan
Jika Muhyiddin Tak Tunai Janji Tarik Sokongan Walau Macam Kamikaze Gesa Puad

Jika Muhyiddin Tak Tunai Janji Tarik Sokongan Walau Macam Kamikaze Gesa Puad

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 187 hits
December 24 2020 Puad Zarkashi berkata demi kebaikan rakyat sokongan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu ditarik meskipun ia dilihat seperti kamikaze PETALING JAYA Seorang pemimpin UMNO menggesa parti itu menarik sokongan daripa...
Umno Ugut Pn Tarik Sokongan Jika Tak Segera Pru15

Umno Ugut Pn Tarik Sokongan Jika Tak Segera Pru15

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 297 hits
January 4 2021 Ahli Parlimen UMNO dicadangkan supaya menarik diri daripada terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sekiranya Pilihan Raya Umum ke 15 tidak dilaksanakan dalam tempoh suku tahun pertama tahun ini Pengerusi UMNO Kelantan Da...
Umno Gua Musang Pimpinan Ku Li Usul Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Jika Pru Tak Diadakan

Umno Gua Musang Pimpinan Ku Li Usul Tarik Sokongan Kepada Kerajaan Jika Pru Tak Diadakan

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 264 hits
PETALING JAYA UMNO Gua Musang yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah mengusulkan parti itu menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional sekiranya pilihan raya umum ke 15 tidak dapat diadakan dalam masa terdekat Menurut usul mesyuarat ...
Puad Ajak Ahli Parlimen Bn Tarik Balik Sokongan Pada Muhyiddin

Puad Ajak Ahli Parlimen Bn Tarik Balik Sokongan Pada Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 197 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 9 48 amAnggota Majlis Tertinggi Umno Dr Puad Zarkashi menyarankan ada antara anggota parlimen BN melakukan tindakan berani dengan menarik balik sokongan mereka kepada Muhyiddin Yassin Kata Puad walaupun ...
Umno Putrajaya Suarakan Sokongan Terhadap Muhyiddin

Umno Putrajaya Suarakan Sokongan Terhadap Muhyiddin

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 348 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 8 27 pmTengku Adnan Tengku MansorUmno Bahagian Putrajaya hari ini membuat ketetapan menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri walaupun terdapat gesaan agar parti itu menolak kerjasama...
Najib Zahid Tidak Berani Tarik Sokongan Dari Muhyiddin Sebelum Febuari 2021 Ini Sebabnya

Najib Zahid Tidak Berani Tarik Sokongan Dari Muhyiddin Sebelum Febuari 2021 Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 24/12/2020 - jumlah : 188 hits
Jika Team A sabar dan menunggu sehingga bulan Febuari bukan hanya kemungkinan untuk parlimen dibubarkan lebih tinggi menteri menteri dari Barisan Nasional akan dapat menabur pelbagai janji menggunakan peruntukan dari dana dari Belanjawan 20...
Tarik Sokongan Takiyuddin Sindir Puad Kini Lebih Umno Daripada Umno

Tarik Sokongan Takiyuddin Sindir Puad Kini Lebih Umno Daripada Umno

papar berkaitan - pada 28/12/2020 - jumlah : 320 hits
freemalaysiatoday com December 27 2020 11 00 PMSetiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata ahli MKT UMNO Puad Zarkashi lebih UMNO daripada UMNO apabila menyarankan parti itu menarik balik sokongan kepada kerajaan PETALING JAYA Setiausaha...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm

Perbezaan Rumpai Dan Rumput Laut

10 Provinsi Penghasil Buah Durian Terbanyak Tahun 2023