Umno Pula Serah Nama Cabar Rais Di Dewan Negara


mykmu.netSeptember 1, 2020


Umno didakwa turut menamakan calon sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Negara walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mencadangkan Dr Rais Yatim.

Hal itu menarik perhatian kerana ia membayangkan Umno sendiri tidak menerima pencalonan Rais walaupun pemimpin Bersatu Negeri Sembilan itu asalnya dari parti mereka.

Menurut sumber, asalnya Muhyiddin menamakan Rais pada pertengahan Ogos lalu.

Bagaimanapun katanya, belajar daripada insiden penukaran Yang di-Pertua Dewan Rakyat baru-baru ini, pembangkang juga mengemukakan calon sendiri.

Justeru dua nama ditampilkan masing-masing Senator Yusmadi Yusoff dan Senator Theodore Douglas Lind.

Yusmadi dicadangkan oleh anggota Dewan Negara dari Negeri Sembilan, Ahmad Azam Hamzah, manakala nama Lind – yang merupakan wakil Warisan dari Sabah – dikemukakan Senator Marzuki Yahya.

Sumber mendakwa Umno tampil mengemukakan nama keempat pada saat-saat akhir iaitu dua hari sebelum Dewan Negara bersidang pada 2 Sept.

“Pada 31 Ogos seorang senator Umno mencadangkan nama Mohamad Ali Mohamad untuk dipilih menggantikan SA Vigneswaran,” katanya kepada Malaysiakini.

Kata sumber itu, pada asalnya tidak nampak ada masalah untuk semua parti kerajaan menerima Rais sebagai calon bersama, namun perjalanan politik bekas timbalan presiden Parti Semangat 46 itu akhirnya tidak disenangi.

“Rais sudah menjadi ‘musuh bersama’ buat banyak parti, sama ada pembangkang atau Umno,” katanya.

Untuk rekod, selepas Semangat 46 dibubarkan, Rais bersama pemimpin lain parti itu menyertai Umno. Bagaimanapun dia kemudian menukar partinya sekali lagi dengan menyertai Bersatu.

Bekas presiden Semangat 46, Tengku Razaleigh Hamzah, bagaimanapun kekal bersama Umno ketika ini dan dilantik sebagai pengerusi jemaah penasihat parti berkenaan.

Sementara itu Muhamad Ali yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan dia tahu namanya mahu dicalonkan untuk mengisi kekosongan yang ada di Dewan Negara.

“Tetapi saya tak pasti sama ada nama saya benar-benar diserahkan secara rasmi ke Dewan Negara untuk dipertimbangkan atau tidak,” katanya.
 Mkini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/umno-pula-serah-nama-cabar-rais-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Negara To Debate Philippine Claim To Sabah Says Rais Yatim

Dewan Negara To Debate Philippine Claim To Sabah Says Rais Yatim

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 520 hits
Dewan Negara Speaker Tan Sri Rais Yatim said the motion will be debated in accordance with Standing Orders 17 with the proposer allowed to speak for up to 30 minutes and for the government side to reply within a similar time period Picture ...
Rais Yatim Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

Rais Yatim Dilantik Yang Dipertua Dewan Negara

papar berkaitan - pada 5/9/2020 - jumlah : 282 hits
KUALA LUMPUR Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan Tan Sri Rais Yatim terpilih menjadi Yang Dipertua Dewan Negara ke 18 hari ini Rais memegang jawatan itu bagi menggantikan Tan Sri S A Vigneswaran yang tama...
Rais Yatim Sah Speaker Dewan Negara Baharu

Rais Yatim Sah Speaker Dewan Negara Baharu

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 287 hits
Tan Sri Dr Rais Yatim dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke 18 hari ini Beliau menggantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang bersara pada 22 Jun lalu Terdahulu sidang Dewan Negara yang bermula dengan pemilihan Speaker menyaksikan Menter...
Umno Memang Tak Hantar Calon Ydp Dewan Negara Tapi Malaysiakini Sengaja Mainkan Isu Ini

Umno Memang Tak Hantar Calon Ydp Dewan Negara Tapi Malaysiakini Sengaja Mainkan Isu Ini

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 552 hits
Umno membuat keputusan untuk tidak menghantar calon bagi jawatan Yang di Pertua Dewan Negara yang kini dimenangi oleh Dr Rais Yatim mengalahkan calon pilihan PH Yusmadi Menurut sumber memang ada yang ingin mencalonkan wakil Umno untuk diund...
Umno Submitted Candidate For Dewan Negara Presidency Source

Umno Submitted Candidate For Dewan Negara Presidency Source

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 327 hits
Umno has allegedly submitted its own candidate as the next Dewan Negara president in what appeared to be a move going against Prime Minister Muhyiddin Yassin s nomination of senator for the post A source said the Malay based party nominated...
Contohi Pm Hadir Jawab Sendiri Soalan Di Dewan Negara

Contohi Pm Hadir Jawab Sendiri Soalan Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 283 hits
Oleh ASLINDA NASIR RAIS YATIM KUALA LUMPUR Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatimmengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sanggup hadir dan menjawab sendiri soalan dikemukakan...
Dewan Negara Umum Usul Tergempar Isu Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

Dewan Negara Umum Usul Tergempar Isu Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 734 hits
Satu usul khas dibawah peraturan mesyuarat untuk membahaskan isu tuntutan Filipina terhadap Sabah di dewan Negara apabila Dewan bersidang lagi pada hari isnin 7 September Isu kedaulatan Sabah tiada kompromi Mesti kita perjuangkan dan mengut...
Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah Dibahas Dewan Negara

Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah Dibahas Dewan Negara

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 558 hits
Tuntutan itu tindakan provokatif yang menggugat mencabar kedaulatan undang undang Malaysia dan Sabah yang berada dalam Persekutuan Malaysia Mengikut sejarah rakyat Sabah sendiri sudah menentukan hak mereka supaya negeri itu berada dalam Mal...
Orang Umno Benci Cina Beri Tanah Ok Pula

Orang Umno Benci Cina Beri Tanah Ok Pula

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 326 hits
Orang UMNO mmg menampakkan kebencian yg amat kpd orang Cina terutama dari DAP Yg menghairankan orang UMNO tak kesah pun tanah diluluskan oleh EXCO terdiri dari ADUN UMNO utk diberi kpd orang Cina bukan 5 10 ekar tapi puluhan ribu ekar 12 30...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal

Viu Tampilkan Penamat Alternatif Bidaah Mungkin Setup Musim Kedua