Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah Dibahas Dewan Negara


Tuntutan itu tindakan provokatif yang menggugat, mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia dan Sabah yang berada dalam Persekutuan Malaysia. Mengikut sejarah rakyat Sabah sendiri sudah menentukan hak mereka supaya negeri itu berada dalam Malaysia dan perjanjian Cobbold mengesahkan aspirasi ia sebahagian Malaysia. Tuntutan Filipina ke atas Sabah dibahas Dewan Negara

Persidangan Dewan Negara hari ini membahaskan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah yang dikemukakan oleh Senator Adrian Lasimbang di bawah Peraturan Mesyuarat 17 (1). Y ang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim membenarkannya dan perbahasan bermula 4.30 petang mengikut Peraturan Mesyuarat 17 (3) dengan pihak pencadang dibenarkan berbahas selama 30 minit dan diikuti pihak kerajaan menjawabnya dalam masa 30 minit.

Turut mengambil bahagian dalam perbahasan isu itu ialah Senator Datuk Paul Igai, Senator Alan Ling Sie Kiong, Senator Raj Munni Sabu dan Senator Liew Chin Tong.


Terdahulu, dalam pemberitahuan bersurat, Adrian Lasimbang mohon persidangan ditangguhkan mengikut peraturan mesyuarat 17 (1) bagi membahaskan berkenaan tuntutan Filipina terhadap Sabah melalui pengeluaran peta yang menyatakan bahawa negeri itu adalah sebahagian Wilayah Filipina.

"Ini adalah satu tindakan provokatif yang menggugat dan mencabar kedaulatan undang-undang Malaysia dan Sabah yang berada dalam Persekutuan Malaysia," katanya.


Menurut beliau, usul berkenaan adalah perkara yang mustahak bagi kedaulatan negara dan satu pelanggaran terhadap kerjasama serantau melalui ASEAN serta melanggar undang-undang perjanjian di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Oleh itu usul berkenaan perlu disegerakan kerana sebarang tindakan mempersoal kedaulatan Malaysia adalah satu isu keselamatan yang tidak boleh diambil ringan.


Dalam sesi perbahasan usul itu, Adrian berkata isu tuntutan Sabah oleh negara itu bukan perkara baharu namun hal itu ditimbulkan semula pada 20 Ogos lalu setelah Dewan Perwakilan Filipina mengesyorkan peta Sabah dipamerkan dalam pasport negara berkenaan.

"Perkara ini membawa implikasi sangat besar, sungguh ia hanyalah peta tetapi dari segi perbuatan ia adalah satu pengkhianatan dan tidak harus dikompromi," katanya.

Beliau turut meminta satu kajian sejarah Sabah dilakukan secara terperinci bagi memastikan kerajaan mempunyai fakta dan dokumen lengkap untuk menangkis tuntutan yang dilakukan oleh negara itu.

Adrian menyarankan kerajaan supaya menyalurkan satu peruntukan khas kepada Universiti Malaysia Sabah bagi membolehkan kajian itu dilakukan.


Selain itu beliau turut meminta kerajaan supaya tidak mengiktiraf pasport Filipina yang memaparkan peta Sabah dan menghalang mereka yang menggunakan dokumen itu daripada memasuki negara ini.

Semasa menjawab isu berkenaan, Timbalan Menteri Luar Datuk Kamarudin Jaffar berkata Sabah adalah hak Malaysia dan ia sudah dibuktikan sejak sekian lama menerusi perjanjian Cobbold selain hak itu diiktiraf PBB.


Beliau berkata, oleh itu tidak relevan sekiranya ada mana-mana pihak asing termasuk Filipina menuntut hak ke atas Sabah.

"Isu tuntutan ini adalah tidak berasas dan tidak relevan kerana Sabah adalah hak Malaysia berdasarkan fakta sejarah lalu.


"Mengikut sejarah rakyat Sabah sendiri sudah menentukan hak mereka supaya negeri itu berada dalam Malaysia dan perjanjian Cobbold mengesahkan aspirasi ia sebahagian Malaysia," katanya.– BERNAMA



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2020/09/tuntutan-filipina-ke-atas-sabah-dibahas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dewan Negara Umum Usul Tergempar Isu Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

Dewan Negara Umum Usul Tergempar Isu Tuntutan Filipina Terhadap Sabah

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 736 hits
Satu usul khas dibawah peraturan mesyuarat untuk membahaskan isu tuntutan Filipina terhadap Sabah di dewan Negara apabila Dewan bersidang lagi pada hari isnin 7 September Isu kedaulatan Sabah tiada kompromi Mesti kita perjuangkan dan mengut...
Tidak Layan Tuntutan Ke Atas Sabah

Tidak Layan Tuntutan Ke Atas Sabah

papar berkaitan - pada 28/8/2020 - jumlah : 353 hits
KUALA LUMPUR Pendirian Malaysia berhubung isu kedaulatan Sabah amat jelas dan konsisten iaitu tidak akan sekali kali melayan apa lagi mengiktiraf sebarang bentuk tuntutan oleh mana mana pihak asing ke atas negeri itu Timbalan Menteri Luar D...
Dewan Negara To Debate Philippine Claim To Sabah Says Rais Yatim

Dewan Negara To Debate Philippine Claim To Sabah Says Rais Yatim

papar berkaitan - pada 7/9/2020 - jumlah : 520 hits
Dewan Negara Speaker Tan Sri Rais Yatim said the motion will be debated in accordance with Standing Orders 17 with the proposer allowed to speak for up to 30 minutes and for the government side to reply within a similar time period Picture ...
Umno Submitted Candidate For Dewan Negara Presidency Source

Umno Submitted Candidate For Dewan Negara Presidency Source

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 328 hits
Umno has allegedly submitted its own candidate as the next Dewan Negara president in what appeared to be a move going against Prime Minister Muhyiddin Yassin s nomination of senator for the post A source said the Malay based party nominated...
Umno Pula Serah Nama Cabar Rais Di Dewan Negara

Umno Pula Serah Nama Cabar Rais Di Dewan Negara

papar berkaitan - pada 1/9/2020 - jumlah : 389 hits
mykmu net Umno didakwa turut menamakan calon sendiri untuk mengisi kekosongan jawatan Yang di Pertua Dewan Negara walaupun Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sudah mencadangkan Dr Rais Yatim Hal itu menarik perhatian kerana ia membayangkan Um...
Rais Yatim Sah Speaker Dewan Negara Baharu

Rais Yatim Sah Speaker Dewan Negara Baharu

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 288 hits
Tan Sri Dr Rais Yatim dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke 18 hari ini Beliau menggantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang bersara pada 22 Jun lalu Terdahulu sidang Dewan Negara yang bermula dengan pemilihan Speaker menyaksikan Menter...
Yang Dipertua Dewan Negara Baharu Diketahui Esok

Yang Dipertua Dewan Negara Baharu Diketahui Esok

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Dewan Negara akan memilih Yang Dipertua baharu pada hari pertama persidangannya hari ini bagi menggantikan Tan Sri SA Vigneswaran yang tamat tempoh perjawatannya pada 22 Jun lalu Setakat hari ini empat nama disebut sebut dikemu...
Kumpulan Politik Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Shafie 2 Ahli Warisan

Kumpulan Politik Sabah Buat Laporan Polis Ke Atas Shafie 2 Ahli Warisan

papar berkaitan - pada 29/8/2020 - jumlah : 541 hits
Kumpulan politik Sabah buat laporan polis ke atas Shafie 2 ahli Warisan August 29 2020 7 04 PM 126 Shares 123 Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia G57 Zulkarnain Mahdar membuat laporan di IPD Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini KUALA LUM...
Video Berita Rentasan 735 Lawatan Khairuddin Ke Luar Negara Atas Urusan Peribadi Tak Bawa Masuk Pelaburan

Video Berita Rentasan 735 Lawatan Khairuddin Ke Luar Negara Atas Urusan Peribadi Tak Bawa Masuk Pelaburan

papar berkaitan - pada 2/9/2020 - jumlah : 324 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7351 PAS PERTAHAN BURUNG HUD HUD DUA DARJAT 2 PERIKATAN NASIONAL JOHOR GOYANG 3 PEJUANG HARAKIRI JIKA SENDIRI 4 BAJU SERAGAM KEMERDEKAAN DITEMPELAK NETIZEN
Senarai Biasiswa Lepasan Spm Zakat Bantuan Ipt 2025

Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Umdap Mantap Branding May Have Backfired Among Ayer Kuning Voters Says Think Tank

Not All Flag Mistakes Are Equal

30 Sekolah Ranking Terbaik Spm 2024 Di Malaysia

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand

Jalan Jalan Ke Muzium Shah Alam Baru Serius Best

Doa Robithoh Arab Latin Dan Artinya

Buat Sampai Fajar Konsep Menarik Yang Tak Terduga

Ground Zero Thriller Penuh Aksi Tanpa Selindung

Dua Anak Jiran Dibunuh Kerana Memancing Kolam Keluarga