Umno Ppbm Tak Mungkin Bergabung


Dua penganalisis politik menolak kemungkinan penggabungan Umno dan PPBM dalam masa terdekat walaupun mempunyai persamaan dalam agenda politik mereka.

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia dan James Chin dari Institut Asia, Universiti Tasmania berkata, penyatuan Umno dengan parti serpihannya tidak mungkin berlaku kerana ia menuntut kompromi berhubung kedudukan dalam parti.

Azmi berkata, pemimpin kedua-dua parti, dari peringkat akar umbi ke peringkat tertinggi, terpaksa memberi laluan kepada satu sama lain.

“Sukar bagi pemimpin Umno bahagian, misalnya, untuk berkongsi kuasa dengan pemimpin PPBM kerana mereka telah melalui kesukaran politik selepas Barisan Nasional (BN) tumbang pada pilihan raya umum ke-14.




“Mereka perlu berkongsi kuasa, dan dalam kes tertentu, memberi laluan kepada bekas ahli Umno yang meninggalkan parti.”

Dalam satu kenyataan media, naib presiden Umno Khaled Nordin baru-baru ini berkata, Umno tidak pernah menutup pintu terhadap sebarang cadangan PPBM untuk “bersatu semula” dengan parti itu.


Azmi berkata, kerjasama seperti yang wujud antara Umno dan PAS adalah lebih munasabah berbanding penggabungan.

Katanya, jika penggabungan berlaku, maka PPBM akan rugi kerana akar umbi akan lebih cenderung kepada pemimpin Umno.


Beliau berkata, sebagai perdana menteri, Muhyiddin Yassin berkemungkinan besar akan menjadi presiden Umno, walaupun untuk kekal di jawatan itu adalah persoalan lain kerana terdapat beberapa pemimpin Umno yang juga layak menjadi ketua kerajaan.

“Saya tidak nampak ia akan berlaku. Selepas bergabung akan tercetus pertelingkahan berhubung kedudukan dalam parti dan pembahagian kerusi. Dari peringkat tertinggi hingga ke bawah.”

Chin dalam pada itu berkata, Muhyiddin sudah tentu akan memberi perhatian kepada usaha untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

“Pemimpin PPBM akan rugi besar jika berlaku penggabungan kerana parti mereka lebih kecil, sementara jentera dan akar umbi baik Umno atau PAS lebih kuat,” katanya.

“Pemimpin tertinggi PPBM tidak mahukan penggabungan kerana kedudukan mereka dalam parti gabungan menjadi berisiko. Pada masa sekarang mereka akan menolak cakap-cakap mengenai penggabungan. Pada masa depan, keadaan mungkin berubah.

Bagaimanapun katanya, ahli Parlimen PPBM mungkin bersedia menerima idea penggabungan sekiranya mereka dicalonkan semula ke kerusi masing-masing kerana bertanding menentang Umno dan PAS dalam pilihan raya akan datang boleh menyaksikan mereka tersingkir.

FMT

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/05/umno-ppbm-tak-mungkin-bergabung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Akan Kempen Untuk Umno Di Chini

Ppbm Akan Kempen Untuk Umno Di Chini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 618 hits
May 16 2020 9 13 AMPenganalisis politik berkata terdapat golongan dalam PPBM yang kurang selesa terhadap hubungan rapat parti itu dengan Umno PETALING JAYA Dua penganalisis politik membuat ramalan berbeza mengenai sama ada pemimpin tertingg...
Syed Saddiq Mungkin Tinggalkan Ppbm

Syed Saddiq Mungkin Tinggalkan Ppbm

papar berkaitan - pada 28/5/2020 - jumlah : 419 hits
Biar mati bermaruah dari hidup dijajah itulah bait bait tulisan dalam twitter bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Beliau menolak sekeras kerasnya sebarang bentuk kerjasama parti beliau yakni PPBM dengan Umno Tidak terkejut dengan tuli...
Dr Mahathir S Wawasan 1970 Kicked Out From Umno 2020 Kicked Out From Ppbm

Dr Mahathir S Wawasan 1970 Kicked Out From Umno 2020 Kicked Out From Ppbm

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 325 hits
SIX days ago on 23rd May 2020 I posted this Now Dr Mahathir has been kicked out again from his own political party Here is CNA with a 31 second video that says it all And here is the New Straits Times Dr Mahathir 4 other PPBM sacked from pa...
Umno Ppbm Merger Unlikely Say Analysts

Umno Ppbm Merger Unlikely Say Analysts

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 415 hits
Analysts say PPBM would wind up with the shorter end of the stick if it were to form a merger with Umno PETALING JAYA Two political analysts have dismissed the possibility of an Umno and PPBM merger in the near future despite the similarity...
Ppbm Bn Dan Pas 3 Parti Malaysia Timur Rangka Mou Perikatan Nasional

Ppbm Bn Dan Pas 3 Parti Malaysia Timur Rangka Mou Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 330 hits
May 17 2020 5 08 PMPemimpin PN antaranya Jeffrey Kitingan Zahid Hamidi Muhyiddin Yassin Hadi Awang Azmin Ali dan pemimpin GPS Fadilah Yusof pada 20 Feb lalu PETALING JAYA PPBM Barisan Nasional dan PAS serta Gabungan Parti Sarawak Parti Bers...
Liga Bola Sepak Mungkin Kembali Lebih Awal

Liga Bola Sepak Mungkin Kembali Lebih Awal

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 263 hits
KUALA LUMPUR 3 JUN Terdapat kemungkinan aktiviti profesional bola sepak termasuk Liga Malaysia kembali lebih awal dari dijangkakan kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Stuart Ramalingam Buat masa ini FAM sedang menyediakan du...
Pinggan Viral Ini Nampak Cantik Tapi Mungkin Boleh Mudaratkan Kesihatan Anda Ini Sebabnya

Pinggan Viral Ini Nampak Cantik Tapi Mungkin Boleh Mudaratkan Kesihatan Anda Ini Sebabnya

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 514 hits
Barang perhiasan dengan kaum perempuan memang tidak dapat dipisahkan Lebih lebih lagi jika ia bergaya berguna dan viral memang penuh satu troli akan diborong Antara yang selalu menjadi perhatian adalah peralatan meja makan seperti pinggan m...
Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

Dua Kali Tumbang Di Kedah Layakkah Mukhriz Cabar Presiden Ppbm Untuk Jadi Pm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 415 hits
17 Mei 2020 ADUN Jeneri Muhamad Sanusi Md Nor mengangkat sumpah di hadapan DYMM Sultan Kedah Sultan Salehuddin Ibni Al Marhum Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit Alor Setar Kedah Dengan sempurnanya majlis tersebut maka secara rasminya unt...
Jelas Ppbm Keluar Ph Tak Perlu Pertikai Kata Ahli Mpt Ketua Negeri

Jelas Ppbm Keluar Ph Tak Perlu Pertikai Kata Ahli Mpt Ketua Negeri

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 413 hits
May 19 2020 4 09 PM27 pemimpin PPBM menyangkal dakwaan MPT tidak pernah buat keputusan keluar PH PETALING JAYA Seramai 27 pemimpin PPBM termasuk 11 ketua negeri menegaskan ahli pimpinan tertinggi parti itu memutuskan PPBM keluar Pakatan Har...
Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Vape Dealers Fear Rm5mil Losses Urge Terengganu To Postpone Ban

Machu Picchu The Lost Inca City Of The Andes

Sarapan Pengantin Rumah Terbuka Aidilfitri Mengopi Di Hari Sabtu

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Pope Francis Laid To Rest As 400 000 Mourners Honour His Legacy With Open Heart


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bengkel Jelajah Upkk Persediaan Motivasi Dan Tips Kejayaan Bersama Ustaz Azhari Dan Ustazah Asma Harun

Lirik Lagu Kita Usahakan Lagi Batas Senja

Punca Tangan Kebas Dan Apa Perlu Dilakukan

Rawing Sharris Jawa Repa Chord

Makanan Ibu Mengandung Kepentingan Jenis Makanan

The Current Generation Of The Opel Corsa Has Reached 1 Million Units Produced