Umno Ph Formula Kemenangan Tetapi Bukan Tanpa Perangkap Kata Penganalisis


 
Imran Ariff -March 10, 2021 Bekas menteri Zaid Ibrahim mengemukakan idea ‘perkahwinan’ antara Umno dan Pakatan Harapan yang mirip formula kemenangan PH pada 2018.PETALING JAYA: Dua penganalisis politik melihat Umno dan Pakatan Harapan (PH) sebagai saling melengkapi sekiranya mereka bergabung pada pilihan raya umum akan datang (PRU15), tetapi mereka diingatkan bahawa menjaga keseimbangan dan ketertiban mungkin menjadi satu cabaran.
Idea itu dilontarkan di media sosial semalam oleh bekas menteri Zaid Ibrahim, yang berkata “perkahwinan” itu meniru formula kemenangan PH pada 2018 ketika gabungan itu diterajui PPBM pimpinan Dr Mahathir Mohamad, yang menonjolkan kepemimpinan Melayu.
Tunku Mohar Mokhtar daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, ini akan menjadi satu “penyelesaian pragmatik” bagi kedua-dua kumpulan, memandangkan baik pembangkang mahupun kerajaan tidak berkemungkinan dapat menguasai majoriti yang kukuh dalam pilihan raya.
“Oleh itu, penjajaran baru mungkin jalannya,” katanya.
“PH memerlukan tokoh Melayu yang kuat. Barisan Nasional (yang dianggotai Umno) juga memerlukan perwakilan bukan Melayu yang signifikan.
“Gabungan keduanya nampaknya seperti satu formula kemenangan, paling tidak, di atas kertas.”
Tunku Mohar berkata langkah itu akan menyelesaikan keperluan mendesak mereka – kekurangan ketokohan Melayu yang kuat dalam PH dan rasa tidak puas hati Umno terhadap PPBM.
“Yang tinggal kini adalah kedua-dua pihak perlu mencari titik persamaan yang dapat mempermudah pembentukan jajaran politik atau gabungan baharu,” kata beliau.
Oh Ei Sun daripada Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula berkata, sementara langkah seperti itu akan membolehkan gabungan baharu merangkumi segala isu dalam kalangan demografik pengundi, “mereka harus secara dalaman meyakinkan para pengkritik parti masing-masing, yang secara ideologinya bagai langit dengan bumi, untuk bekerjasama”.
Kata beliau, akan ada cabaran besar yang harus dihadapi oleh PH dan Umno sekiranya hal ini terjadi kerana terdapat risiko sejarah akan berulang.
Oh berkata, pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim berisiko menyerahkan kedudukannya dan berakhir dalam situasi yang serupa dengan apa yang dihadapinya bersama Mahathir.
“Ini kerana Umno dilihat cenderung untuk memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dan pemimpin Umno dilihat lebih cenderung menjadi PM, bukannya Anwar.
“Pemimpin seperti itu akan cuba menghalang Anwar, seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir,” kata beliau.
Beliau berkata, hal itu mungkin menjadi isu berdasarkan pengalaman Umno bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
“Pengajaran yang sukar ditelan Umno ketika ini, iaitu dengan Muhyiddin sebagai pemimpin dari parti yang lebih kecil menguasai dengan menjadi perdana menteri, akan menguatkan tekadnya untuk tidak lagi mengalah dalam gabungan pemerintah,” kata beliau.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/umno-ph-formula-kemenangan-tetapi-bukan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

Lebih Ramai Pemimpin Umno Akan Bersuara Susulan Kritikan Musa Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 418 hits
freemalaysiatoday com March 9 2021 7 45 AMPenentu nasib Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno adalah ahli dan perwakilan parti kata penganalisis PETALING JAYA Penganalisis menjangkakan lebih ramai pemimpin Umno di peringkat negeri dan ba...
Krisis Umno Ppbm Buka Jalan Kepada Parti Sabah Dan Sarawak Jadi Kingmaker Kata Penganalisis

Krisis Umno Ppbm Buka Jalan Kepada Parti Sabah Dan Sarawak Jadi Kingmaker Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 677 hits
Robin AugustinPETALING JAYA Seorang penganalisis politik menyifatkan keputusan Umno untuk tidak bekerjasama dengan PPBM dalam pilihan raya umum akan datang sebagai peluang terbaik kepada parti di Sabah dan Sarawak untuk menjadi kingmaker Fe...
Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

Ppbm Umno Bersaing Tarik Wakil Rakyat Sabah Lompat Parti Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 409 hits
Durie Rainer FongKOTA KINABALU Gabungan Rakyat Sabah mungkin mendapat manfaat daripada tindakan Ahli Parlimen pembangkang melompat parti untuk menyertainya namun penganalisis berkata ia boleh menjadi titik pertembungan dalam hubungan antara...
Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

Pas Boleh Menang Lebih Banyak Kerusi Jika Bersama Umno Berbanding Ppbm Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 385 hits
freemalaysiatoday com March 5 2021 7 00 AMPenganalisis berkata peluang PAS memenangni lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum akan datang lebih cerah jika parti itu bekerjasama dengan Umno berbanding PPBM PETALING JAYA Penganalisis poli...
Umno Bukan Lagi Kuasa Besar Dalam Politik Mengarut Kata Penganalisis

Umno Bukan Lagi Kuasa Besar Dalam Politik Mengarut Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 413 hits
freemalaysiatoday com February 25 2021 8 30 AMPenganalisis politik berkata biarpun wujud perpecahan dalam Umno namun parti itu tidak lemah memandangkan ia masih mempunyai sokongan kuat akar umbi PETALING JAYA Penganalisis politik menolak ke...
Amanah Perlu Rombakan Kepemimpinan Kata Penganalisis

Amanah Perlu Rombakan Kepemimpinan Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 265 hits
Teoh Jie Ying PETALING JAYA Penganalisis politik berkata Amanah mesti merombak dan memperbaharui kepemimpinan kerana gagal membawa parti itu ke tahap lebih baik sejak pilihan raya umum 2018 Bekas ahli akademik Azmi Hassan berkata masa depan...
Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

Asyraf Kata Jangan Salahkan Umno Jika Ada Pemimpin Buat Hal

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 274 hits
March 8 2021 Bukan salah parti apabila segelintir pemimpin dan ahli membuat angkara kerana lupa diri lupa daratan dan lupa akar perjuangan kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki Beliau berkata semua ahli Umno kini tidak lagi boleh mengu...
Umno Pas Dan Ppbm Pesaing Bukan Musuh Kata Annuar

Umno Pas Dan Ppbm Pesaing Bukan Musuh Kata Annuar

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 296 hits
March 8 2021 11 32 AMPETALING JAYA Umno PAS dan PPBM bukan musuh tetapi pesaing kerana ketiga tiga parti itu mendukung cita cita perjuangan yang sama kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa Beliau berkata dakwaan menggambarkan ada perm...
Pertembungan Umno Bersatu Menyusahkan Rakyat Kata Hamidah

Pertembungan Umno Bersatu Menyusahkan Rakyat Kata Hamidah

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 289 hits
March 7 2021 Parti Bumiputera Perkasa Malaysia menyifatkan keretakan hubungan UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia akan menyebabkan pentadbiran kerajaan sedia ada terjejas sekali gus menyusahkan rakyat Naib Presidennya Datuk Hamidah O...
Thee Bold Stories Pilihan Beg Travel Untuk Pengembara Moden

Cuba Carik Dimana Dajjal Dalam Ini Gambar

Sendiri Buat Cerita Sendiri Bersorak Gila Betul Pemuda Pas Ni

Apa Jenama Tayar Yang Lembut Untuk Serap Hentakan Kereta

Breakthrough Insights New Clinical Trial Results Unveil Potential Of Incretin Therapies

Demam Denggi Simptom Rawatan Petua Sokongan

Smm Says Conditional Nod For Farhash Linked Firm Scrapped To Sue Media

Consumer Credit Law Risks Squeezing Poorer Households Further Says Think Tank


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Seorang Wanita Melecur 5 Rumah Atas Air Musnah Dalam Kebakaran Di Tawau

Drama Epok

Bila Dua Hati Belajar Memaafkan

Mykad Rosak Panduan Lengkap Cara Ganti Dengan Mudah Dan Cepat

Thailand Kemboja Bertempur Masuk Hari Ketiga 33 Terbunuh Phnom Penh Desak Gencatan Segera

Peserta Wanita Himpunan Turun Anwar Alami Sesak Nafas Dikejarkan Ke Hospital