Umno Perlu Ketuai Gagasan Besar



Cadangan untuk mewujudkan gagasan besar antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) boleh dipersetujui dengan syarat UMNO mengetuai gabungan itu.
(Sinar Harian) – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, syarat itu dilihat munasabah dengan kedudukan parti itu yang memiliki jumlah kerusi ahli Parlimen lebih besar berbanding parti lain.
“Demi kepentingan dan kelangsungan kuasa orang Melayu, mesti ada satu gabungan besar dan ia mesti datang secara praktikal.
“Contohnya sekarang, nombor satu UMNO adalah parti yang besar. Jadi adalah munasabah dan patut UMNO diletakkan sebagai ketua kepada gabungan ini.
“Antara sebabnya untuk permudahkan pentadbiran dari sudut pengurusan ahli politik yang lain,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) juga perlu dipertimbangkan untuk diadakan segera sebaik pandemik Covid-19 dapat dikawal.
Menurutnya, langkah itu penting untuk mendapatkan satu keputusan yang lebih stabil dan dipercayai.
“Sebabnya tiada alasan lain kalau gabungan itu pergi kepada PRU15 dan kesepakatan diwujudkan, saya rasa kemenangan besar akan diperolehi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, dengan adanya gabungan sedemikian, ia diyakini memberi peluang kemenangan yang lebih besar pada PRU15.
“Sesiapa sahaja tidak boleh menyangkal apabila bersatu, sememangnya kita akan kuat dan mampu membina masa depan negara dengan lebih rancak dan stabil.“Politik akan dibentuk dengan suasana paling stabil yang tidak pernah berlaku sejak merdeka kalau kita boleh capai penyatuan itu,” katanya.
Beliau berkata, mengambil contoh kemenangan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini juga memperlihatkan gabungan besar memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera.
Katanya, meskipun kelahiran gabungan itu baru sahaja didaftarkan dan pertama kali diperkenalkan pada PRN Sabah lalu, namun jelas ia memberikan impak positif.
Bekas Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muzzammil Ismail pula menyifatkan gabungan tersebut sebagai sesuatu yang baik demi kepentingan rakyat.
Beliau berkata, persetujuan itu bersyarat dengan melihat bentuk kerjasama yang ingin diwujudkan itu perlu memberi situasi menang-menang kepada semua parti terlibat.
“Maksudnya, kalau kata perbincangan atau jawatankuasa itu lebih kepada ke arah PRU15, makanya ketiga-tiga parti terbesar mestilah berunding secara baik,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/12/14/umno-perlu-ketuai-gagasan-besar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Broker Blok Besar Utama Adalah Sama Ada Umno Atau Dap

Broker Blok Besar Utama Adalah Sama Ada Umno Atau Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 523 hits
Pas dah umum takkan sertai kerajaan baru Perak Keseluruhan dun di perak 59 Untuk bentuk kerajaan perlukan sekurang kurangnya 30 kerusi Kita andaikan UMNO sekarang punyai upperhand untuk bentuk kerajaan maka mereka perlukan lagi 5 kerusi unt...
Hadiah Besar Untuk Umno

Hadiah Besar Untuk Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 286 hits
JATUHNYA KERAJAAN PN DI PERAK SATU KEMENANGAN BESAR PEMBANGKANG DI PERAK PAS TIDAK SERTAI KERAJAAN BARU DI PERAK TERBARU PULA PESURUHJAYA PAS PERAK KATA TUNGGU KEPUTUSAN PAS PUSAT BUAT KEPUTUSAN NI APA BENDA CAKAP MACAM NI MACAM TIADA BERPE...
Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

Gabungan Besar Hanya Akan Jadikan Umno Parti Melayu Nombor Dua

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 270 hits
Bulan lalu Setiausaha Agung BN Annuar Musa melontarkan idea perlunya diwujudkan grand coalition yang melibatkan parti parti yang menolak Pakatan Harapan atau PH Katanya sudah terlalu lama politik negara ini berlegar di sekeliling dua atau t...
Aku Ta Jub Dengan Seni Politik Membelit Seakan Ular Yang Dimainkan Oleh Umno Perak

Aku Ta Jub Dengan Seni Politik Membelit Seakan Ular Yang Dimainkan Oleh Umno Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 272 hits
Cerita UMNO di Perak ni kita boleh nampak perangai membelit UMNO Wow just Wow Jom kita perhatikan bagaimana kronologi MB Perak hilang majoritiStep 1 Usulkan undi percaya untuk sokong MB Perak Ajaib kan UMNO tak usulkan undi tak percaya kepa...
Nazri Aziz Cadang Umno Amanah Dan Pkr Tubuh Kerajaan Di Perak

Nazri Aziz Cadang Umno Amanah Dan Pkr Tubuh Kerajaan Di Perak

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 344 hits
KUALA LUMPUR Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri negeri itu ...
Umno Buat Lawak Dalam Isu Perak Kononnya Perubahan Mb Sahaja

Umno Buat Lawak Dalam Isu Perak Kononnya Perubahan Mb Sahaja

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 375 hits
Seperti ramai yang lain saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN UMNO bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH iaitu 16 ADUN DAP 5 ADUN AMANAH dan 3 ADUN PKR mengundi menjatuhkan Datuk Seri Faizal Azumu selaku Menteri Besar Perak hari ini Terta...
Kerajaan Johor Lebih Stabil Jika Umno Ph Bergabung Kata Adun Dap

Kerajaan Johor Lebih Stabil Jika Umno Ph Bergabung Kata Adun Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 390 hits
Adun DAP Sheikh Omar Ali berkata bahawa Kerajaan Negeri Johor akan lebih stabil sekiranya negeri itu mengikut formula Perak Sheikh Omar merujuk penggulingan Ahmad Faizal Azumu dari Bersatu sebagai menteri besar Perak yang dikaitkan dengan p...
Ousting Of Ahmad Faizal May Be Due To Past Issues That Upset Umno Claims Najib

Ousting Of Ahmad Faizal May Be Due To Past Issues That Upset Umno Claims Najib

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 317 hits
PETALING JAYA The ousting of Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu as Perak Mentri Besar may be the result of a few matters in the past that upset Umno claims Datuk Seri Najib Razak The former prime minister said two transgressions that stood out t...
Bersatu Kesal Dengan Tindakan Adun Umno Tak Sokong Usul Percaya Terhadap Mb Perak

Bersatu Kesal Dengan Tindakan Adun Umno Tak Sokong Usul Percaya Terhadap Mb Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 295 hits
KUALA LUMPUR Parti Pribumi Bersatu Malaysia kesal atas tindakan ADUN UMNO yang tidak menyokong usul percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekaligus memaksa Timbalan Presiden parti itu berundur sebagai Menteri Besar Perak Setiausaha...
Seniwati Legenda Sophia Ibrahim Meninggal Dunia

The Hidden Light Bioluminescence In Deep Sea Ecosystems

Tabung Emosi Aku Penuh

Bersarapan Di Warung Santai Santai Padu Ahak

Kes Tuntutan Palsu Rm450 Juta Datuk Dicekup Lagi

Homemade Ayam Percik Resepi Mudah Tapi Sedap

Mma No May 6 Symbolic Walk Of Healthcare Practitioners Just Peaceful Gathering Of Mostly Gps

Xiaomi Dilapor Akan Bekerjasama Dengan Huawei Dan Bbk Lancar Os Bebas Google


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Saya Cuba Jadi Morning Person Tapi Terjaga Pukul 3 Petang Kisah Sedih Seorang Pejuang Snooze

Ical Mosh Bintang Tidak Bersinar Chord

The Charm Of Mallorcan Interior Design Where Rustic Elegance Embraces Mediterranean Living

Feeding Pigeons Could Cost You Rm250 Penang City Council Warns

Timely Cpr Intervention By Woman At Kuching Airport Saves Man S Life

Politicians Antics With Semantics Drive Malaysian Politics