Umno Buat Lawak Dalam Isu Perak Kononnya Perubahan Mb Sahaja



Seperti ramai yang lain, saya juga terkejut dengan tindakan 24 ADUN UMNO bekerjasama dengan 24 ADUN dari PH, iaitu 16 ADUN DAP, 5 ADUN AMANAH dan 3 ADUN PKR, mengundi menjatuhkan Datuk Seri Faizal Azumu selaku Menteri Besar Perak hari ini.

(UMNO sebenarnya ada 25 ADUN dalam DUN Perak, tetapi salah seorang ADUN-nya, iaitu ADUN N1 Pengkalan Hulu, Dato’ Aznel Ibrahim, telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Perak pada 12 Oktober lalu yang menyumbang kepada salah satu isu)

Tertanya-tanya juga saya dengan siapakah dan dengan parti manakah ADUN-ADUN UMNO ini akan bekerjasama untuk membentuk kerajaan negeri yang baru kerana mereka secara sendirian tanpa bantuan ADUN-ADUN lain pastilah tidak mampu berbuat demikian

Terfikir juga dalam minda saya apakah tindakan sebegini tidak akan mengundang reaksi balas yang boleh menjatuhkan pemimpin UMNO selaku Menteri Besar di negeri seperti Johor dan Melaka atau apakah tindakan sebegini akan berpanjangan hingga ke peringkat Pusat

Turut bermain dalam minda saya ialah apakah penolakan undi kepercayaan ini adalah kepada Datuk Seri Faizal Azumu selaku seorang individu atau kepada seluruh pemimpin BERSATU serta apakah UMNO Perak masih akan berpakat dengan BERSATU lagi selepas ini

Ia agak membingungkan tatkala hubungan di peringkat Pusat sudah kelihatan semakin baik dengan penubuhan Majlis Presiden, hasil cadangan UMNO sendiri, membabitkan Presiden semua parti yang menjadi anggota kerajaan telah diterima baik oleh semua pihak

Begitupun, semua persoalan ini sudah terjawab melalui kenyataan media Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Bin Maslan, lewat petang ini yang menyatakan:
(1) UMNO berpendirian bahawa Kerajaan PN di Perak mestilah dikekalkan

(2) Semua barisan EXCO Kerajaan Negeri juga mesti diteruskan

(3) UMNO juga berpendirian bahawa BERSATU dan PAS harus bersama mendokong Kerajaan PN Negeri Perak

(4) Undi percaya yang berlaku pada hari ini hanya melibatkan jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status Kerajaan Negeri

Kalau inilah sahaja tujuannya, iaitu mahu menukar “jawatan Menteri Besar Perak sahaja tanpa mengubah status Kerajaan Negeri”, sepatutnya boleh dibawa ke Majlis Presiden sahaja

Sekarang ini, ekoran corak pengundian hari ini, tidak semena-mena UMNO terpaksa menepis tuduhan kononnya ia sanggup bersekongkol dengan DAP depi mencapai matlamatnya

Sedikit komplikasi juga akan timbul kerana Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut “Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli DUN itu, kemudian hendaklah ia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu…”
Fasal XVI (6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak ini sebenarnya adalah sama dengan Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri…”
Oleh itu, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak perlulah meletakkan jawatan terlebih dahulu sebelum mereka boleh dilantik kembali setelah seorang Menteri Besar baru yang mendapat kepercayaan majoriti ADUN terlebih dahulu dilantik

Kalau UMNO Perak akur kepada pendirian UMNO Pusat seperti yang dinyatakan oleh Setiausaha Agung UMNO ini maka akan sia-sia sajalah nampaknya Nga Kor Ming, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dan Asmuni Awi menghadap Sultan Perak esok

Apa pun, semoga insiden ini tidak akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama, semoga ia boleh menjadi peringatan yang berguna kepada semua pihak serta semoga ia akhirnya akan mampu mengeratkan lagi kerjasama antara UMNO, BERSATU dan PAS

Kamarul Yusoff


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/umno-buat-lawak-dalam-isu-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Bn Mn Akan Bermesyuarat Bincang Isu Kerajaan Baru Di Perak Malam Ini

Umno Bn Mn Akan Bermesyuarat Bincang Isu Kerajaan Baru Di Perak Malam Ini

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Umno Barisan Nasional dan Muafakat Nasional akan mengadakan mesyuarat bermula malam ini bagi membincangkan situasi pembentukan kerajaan negeri Perak Setiausaha Agung BN Annuar Musa berkata mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi Umno ...
Isu Perak Pn Letak Syarat Sokong Umno Kata Sumber

Isu Perak Pn Letak Syarat Sokong Umno Kata Sumber

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 311 hits
B Nantha KumarDi sebalik pengumuman daripada pemimpin Umno dan PH yang memberi bayangan kemungkinan kerajaan baru ditubuhkan melibatkan kerjasama kedua dua pihak nampaknya gabungan PN masih sedia berunding dengan Umno untuk mengekalkan kera...
Isu Umno Nak Kahwin Dap Apa Kena Mengena Dengan Madey

Isu Umno Nak Kahwin Dap Apa Kena Mengena Dengan Madey

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 334 hits
Pakatan Harapan diambang perpecahan apabila Anwar membuat keputusan mati berlutut di parlimen dan ini membangkitkan kemarahan dan desakan kasar dari cabang muda AMANAH dan DAP Anwar yang dikatakan akan letak jawatan dalam tempoh 7 hari juga...
Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 324 hits
DAP Perak sedia bekerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat dan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai kenyataan terdahulu daripada...
Perak Crisis Umno Will Work With Allies If Given A Chance To Form State Govt Says Ahmad Maslan

Perak Crisis Umno Will Work With Allies If Given A Chance To Form State Govt Says Ahmad Maslan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 353 hits
PETALING JAYA Should Umno be given the choice to form the new Perak government it would do so with its allies PAS Parti Pribumi Bersatu Malaysia and independent assemblymen who are friendly with them says Datuk Seri Ahmad Maslan The Umno se...
Zahid Kurang Jelas Tindakan Umno Main Tarik Tali Dalam Isu Belanjawan Mungkin Beri Kesan Buruk

Zahid Kurang Jelas Tindakan Umno Main Tarik Tali Dalam Isu Belanjawan Mungkin Beri Kesan Buruk

papar berkaitan - pada 24/11/2020 - jumlah : 437 hits
Penganalisis politik bebas Dr Jeniri Amir berpandangan tindak tanduk Ku Li yang penuh muslihat menunjukkan seolah olah pemimpin paling lama berkhidmat dalam Dewan Rakyat itu masih memiliki agenda peribadi untuk menjadi Perdana Menteri Dalam...
Tolak Usul Percaya Terhadap Mb Perak Tiada Perbincangan Di Umno Pusat Terlebih Dahulu

Tolak Usul Percaya Terhadap Mb Perak Tiada Perbincangan Di Umno Pusat Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 281 hits
nbsp KUALA LUMPUR Setiausaha Agung Barisan Nasional Tan Sri Annuar Musa kesal kerana UMNO tidak berpeluang lebih awal berbincang tindakan ADUNnya di Perak menolak usul percaya terhadap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Ann...
Should Umno And Harapan Form Coalition In Perak

Should Umno And Harapan Form Coalition In Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 273 hits
What are the options before Umno and Pakatan Harapan The decision that must be made before Wednesday may have far reaching implications beyond Perak Here are the three options Option 1 Umno Bersatu PAS coalitionThis would be the best outcom...
Pas Claims Dap Amanah Taking Advantage Of Umno S Small Majority In Perak

Pas Claims Dap Amanah Taking Advantage Of Umno S Small Majority In Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 366 hits
Pas vice president Datuk Mohd Amar Nik Abdullah NSTP File PixKOTA BARU Pas believes DAP and Parti Amanah Negara are out to take advantage of Umno s slim majority in Perak by showing interest in becoming part of the new state government Pas ...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Meronda Hospital

Kejahilan Politik Abdul Hadi Merugikan Pas

Bufet Ramadan 2025 Klana Beach Resort Port Dickson Merentasi Tradisi

Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice