Umno Perlu Belajar Hidup Kahwin Paksa Dalam Kerajaan Campuran


agendaily.com01/05/2023
UMNO-BN kini menyertai kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam hidup rumah tangga ‘kahwin paksa’, setiap pasangan perlu menelan asam garam kehidupan walaupun pahit.

Pasangan ‘kahwin paksa’ perlu belajar menerima kekurangan dan kelebihan masing-masing jika mahu berbahagia sehingga anak cucu, jika tidak mahu bercerai di tengah jalan.

Begitu jua dalam politik, ‘kahwin paksa’ antara parti politik yang berbeza ideologi dan fahaman juga akan menempuh pelbagai cabaran dan dugaan.

‘Kahwin paksa’ dalam politik hanya semata-mata mahu berkuasa dan mendapat jawatan tanpa hala tuju yang sama adalah sangat tidak ideal dan pasti akan bertemu kegagalan di tengah jalan kerana niat yang tidak ikhlas.

Situasi sekarang yang sedang dihadapi UMNO apabila ‘kahwin paksa’ dengan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada PKR, DAP dan Parti Amanah.

Ketiga-tiga parti dalam PH adalah musuh tradisi UMNO sejak berpuluh tahun, malah pelbagai kecaman dan kutukan dibuat sesama mereka dalam kempen pilihan raya sebelum ini.

PH melabel UMNO sebagai sebuah parti perompak dan penyamun, malah lagu sebuah lagu ‘Hoi Ya Hoi’ dicipta pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang ditujukan khususnya kepada UMNO-Barisan Nasional (BN).

Setiap kempen ceramah politik semasa PRU-15 lalu, pemimpin PH akan menyanyi dan berjoget lagu rap yang dipopularkan Altimet itu dengan matlamat mengutuk pemimpin UMNO yang terpalit dengan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Bagaimanapun, demi kuasa dan jawatan semua prinsip yang diperjuangkan mereka sebelum ini sanggup dicampak ke dalam tong sampah dan bersama-sama dengan UMNO untuk membentuk sebuah kerajaan ‘kahwin paksa’.

Rakyat semua terkedu dan tidak faham melihat situasi politik negara apabila sebuah parti politik yang bermusuhan bermati-matian sebelum ini boleh tidur sekatil berkongsi satu selimut.

Setiap perkahwinan pasti indah pada mulanya, masing-masing sering memuji kecantikan dan bercakap soal kebahagian, tetapi sampai bilakah semua itu dapat dipertahankan dalam sesebuah ‘kahwin paksa’?

Perkara ini yang sedang berlaku dalam kerajaan campuran ketika ini, nampaknya parti dalam PH sudah mula bercakap mengenai soal keburukan UMNO secara terbuka dan terang-terangan tanpa berselindung lagi.

Masalah rumah tangga yang sepatutnya diselesaikan secara diam-diam di dalam kelambu dibawa keluar dan diceritakan kepada khayalak awam sehingga memalukan pasangan pengantin baharu tersebut.

Demikian yang terpaksa dihadapi UMNO apabila DAP dan Parti Amanah mula menceritakan keburukan kepada orang ramai sehingga tidak tahu dimana lagi mahu letak muka mereka.

Maka terpaksalah UMNO mempertahankan diri daripada terus dimalukan dengan membalas balik setiap kritikan kepada rakan parti yang berada dalam satu kerajaan ketika ini.

Namun, tidak ada gunanya UMNO menunjukkan kononnya mereka masih kuat dan mempunyai maruah kerana hakikatnya parti itu hanya penumpang dalam kerajaan campuran.

UMNO bukan lagi sebuah parti besar yang disegani seperti suatu ketika dahulu, UMNO kini hanya sebuah parti kecil yang tidak berdaya membentuk kerajaan secara bersendirian.

Pemimpin UMNO perlu belajar menerima realiti untuk hidup dalam sebuah ‘perkahwinan paksa’ dan perlu menelan setiap kepahitan dalam hidup berumahtangga dengan rakan politik mereka yang baharu.

Atau dalam erti kata lain, UMNO kini boleh diibaratkan ’habis madu, sepah dibuang’, apabila sudah dipergunakan untuk membentuk kerajaan, mereka tidak lagi berguna kerana kerajaan sekarang sudah kuat dan tanpa UMNO sekalipun, kerajaan ini dapat berdiri sendiri.

Tidak ada gunanya UMNO cuba menunjukkan kuat atau ego kerana ia kelak hanya akan merugikan mereka sahaja, kehilangan jawatan dan pangkat adalah sesuatu yang amat mengerikan buat pemimpin UMNO.

Tambahan pula, ramai pemimpin UMNO yang kalah semasa bertanding PRU-15 lalu sudah mendapat jawatan dan habuan, pastinya mereka tidak mahu menjadi semula parti pembangkang.

Mahu tidak mahu, pemimpin UMNO perlu menerima apa sahaja pandangan rakan parti dalam kerajaan campuran terhadap mereka walaupun agak pedas dan menguris hati kerana itu lah realiti sebuah ‘kahwin paksa’


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/05/umno-perlu-belajar-hidup-kahwin-paksa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hidup Mati Umno Bersama Zahid

Hidup Mati Umno Bersama Zahid

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 154 hits
ZAHID kini jadi kebanggan akar umbi Dan kepimpinan umno Kj atau PEMUDA UMNO wajar akur jangan jadi pengkhianat dari dalam
Betulkah Perbalahan Pemimpin Umno Parti Sekutu Ph Boleh Gugat Kerajaan Perpaduan

Betulkah Perbalahan Pemimpin Umno Parti Sekutu Ph Boleh Gugat Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 144 hits
Mohd Nasaruddin Parzibhnews bh com myKuala Lumpur Perbalahan di antara pemimpin UMNO dan parti sekutunya dalam Pakatan Harapan boleh menggugat kedudukan Kerajaan Perpaduan ketika ini andai ia berterusan Perang mulut terbaru adalah berkait i...
Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

Khalid Samad Buat Kenyataan Sumbang Terlupa Umno Dan Amanah Dalam Kerajaan Sama Terpaksa Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 2/5/2023 - jumlah : 224 hits
Oleh Adam MalikAmat malang apabila pemimpin tidak matang dan masih bermain naratif lapuk dan tidak ikut perkembangan semasa Antara pemimpin yang dimaksudkan adalah Khalid Abdul Samad Isu yang tiada keuntungan politik atau kesan politik kepa...
Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

Umno Hanya Penumpang Dalam Kerajaan Kata Mohamad Hasan

papar berkaitan - pada 19/4/2023 - jumlah : 236 hits
Timbalan presiden Umno memberi amaran kepada parti itu agar tidak bertindak seolah olah ia masih memerintah negara ini Keberadaan Umno di dalam kerajaan hanyalah seperti menumpang kasih dan sekiranya parti itu menarik sokongan ia tidak akan...
Banyak Juga Kahwin Paksa Yang Mampu Bertahan Lama

Banyak Juga Kahwin Paksa Yang Mampu Bertahan Lama

papar berkaitan - pada 18/4/2023 - jumlah : 168 hits
Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumpamakan hubungan UMNO dan DAP dalam kerajaan sekarang seperti kahwin paksa Katanya perkahwinan secara paksa itu sukar untuk bertahan lama Menurut beliau keretakan dalam gabungan itu sudah bole...
Kahwin Paksa Pun Panjang Jodohnya

Kahwin Paksa Pun Panjang Jodohnya

papar berkaitan - pada 20/4/2023 - jumlah : 272 hits
Siapa kata kahwin paksa takkan jadi Tak tentu lagi Kahwin suka sama suka selepas berbelas tahun bercinta pun belum tentu bahagia hingga akhirnya Soal sekarang adalah tolak ansur Kahwin paksa ni pada peringkat awal memang tampak sukar sebab ...
Kagum Tengok Didikan Keluarga Jozlyn Dia Hadir Dalam Hidup Anak Waktu Solat Waktu Belajar Waktu Main

Kagum Tengok Didikan Keluarga Jozlyn Dia Hadir Dalam Hidup Anak Waktu Solat Waktu Belajar Waktu Main

papar berkaitan - pada 22/4/2023 - jumlah : 343 hits
Siapa tak kenal dengan keluarga Jozlynn pasangan selebriti yang terlihat sangat akrab dan selalu ada setiap masa bersama keluarga Lebih membuatkan ramai kagum apabila pasangan ini mampu mendidik anak dengan disiplin untuk solat bersama maka...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti