Umno Pas Hampir Mustahil Beri Bersatu 50 Kerusi Pru 15
Umno, Pas hampir mustahil beri Bersatu 50 kerusi PRU 15Oleh: Redzuan RF8 MediaJuly 17, 2020ShareBersatu yang menuntut 50 kerusi untuk dipertandingkan dalam pilihan raya umum ke 15 hampir mustahil akan memperolehi kerusi sebanyak itu.Malah jika tersilap perhitungan, tidak mustahil Umno/BN akan meninggalkan Perikatan Nasioanl dan masuk pilihan raya bersama gabungan Muafakat Nasional sahaja.Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Terengganu, Azan Ismail, Umno tidak akan sanggup melepaskan kerusi yang dimenangi mereka dalam PRU 14 lalu. Begitu juga kerusi tradisi yang sering dimenangi parti itu sebelumnya.Menurut Azan, ulasan beberapa pemimpin parti berkenaan seperti Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang bertegas akan mempertahankan semua kerusi dan presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini yang enggan memberi laluan kepada Ahli Parlimen Bersatu, bekas Umno bertanding di Parlimen Mersing menyerlahkan pendirian keras parti berkenaan.“Kenyataan-kenyataan itu dibuat oleh orang yang pegang jawatan rasmi dalam parti. Apabila mereka buat kenyataan bahawa Umno sebagai parti politik tak terima pengkhianat maka itu adalah realitinya.“Semua ahli Bersatu adalah serpihan Umno. Ahli bersatu baik baru atau lama dilabelkan pengkhianat. Memang munasabah dan logik jika Umno tidak terima Bersatu ini sebagai rakan kongsi mahupun membahagi-bahagi kerusi dengan parti itu.“Ini tradisi yang kita dah tahu. Apabila sesebuah parti ada serpihan maka serpihan itu tidak boleh diterima walaupun sekarang Umno bergabung di bawah pentadbiran Muhyiddin. Gabungan itu, sebaliknya hanyalah lakonan semata-mata,” katanya dipetik.Azan tidak menolak teori bahawa kenyataan bersama Umno, Pas dan lain-lain parti menyokong kepimpinan Muhyiddin baru-baru ini hanyalah lakonan semata-mata bagi memberi kelebihan kepada Umno untuk menguasai Kerajaan Persekutuan. Namun kata Azan, kerjasama palsu itu tidak akan berlarutan sehingga selepas pembubaran Parlimen.Pemimpin Bersatu, katanya, sedang ditipu hidup-hidup oleh Umno dalam hal gabungan politik jangka panjang.“Kerjasama di Parlimen sokong Muhyiddin boleh kita anggap sebagai satu gabungan palsu dan ada muslihat terselindung. Umno ambil kesempatan jadi kerajaan elak pimpinan mereka dihukum (di mahkamah). Kalau berterusan jadi pembangkang mereka takut satu demi satu diambil tindakan.“Oleh itu mereka bertahan dengan satu ‘silap mata’, menyokong Bersatu berpaksikan sentimen kerajaan Melayu-Islam. Sokongan ini hanyalah untuk tujuan ambil alih kerajaan, bermotifkan hajat sulit masing-masing, bukan untuk tujuan lain,” kata Azan lagi.Untuk rekod, pemimpin tinggi Umno seperti Puad Zakarshi, Khaled Nordin dan lain-lain sering kali mengkritik kerjasama antara parti itu dan Bersatu, terutama mengenai pembahagian kerusi dan calon Perdana Menteri selepas PRU 15.Bagi Umno/BN mereka boleh menang PRU 15 secara bersendirian sekiranya diberi sehingga 120 kerusi. Sekiranya Bersatu diberi 50 kerusi, kata pemimpin Umno, maka BN akan menjadi lemah dan tidak mampu membuat keputusan sendiri atau mengikut jejak Pakatan Harapan akan tumbang di separuh jalan apabila ditinggalkan sekutu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://wrlr.blogspot.com/2020/07/umno-pas-hampir-mustahil-beri-bersatu.html