Dedahan Che Det Berat Umno Dan Pru 14




1. Ramalan oleh masyarakat sekarang ialah UMNO dan BN akan kalah Pilihanraya Umum ke-14 kerana terlalu banyak tuduhan yang dibuat terhadap Najib yang tidak dijawab olehnya
2. Ia bermula dengan kes pembunuhan Altantuya, wanita Mongolia yang terlibat dengan skandal pembelian kapal selam
3. Dua orang anggota polis dituduh menembak mati wanita berkenaan, dibicara, didapati bersalah, kemudian didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Kemudian dibicara semula dan dikena hukum bunuh
4. Seorang daripada mereka berada dalam tahanan tetapi Sirul seorang lagi berada di Australia. Dia membuat kenyataan bahawa dia diarah untuk membunuh
5. Rakyat tertanya-tanya siapa yang memberi arahan. Sebagai pengawal peribadi Dato Sri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Tetapi selain daripada Najib berkata Sirul “merepet”, tidak ada siasatan yang dibuat. Ini adalah nyawa manusia. Amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan
6. Kemudian kes 1MDB. Tuduhan penyelewengan dalam urusan wang berbillion Ringgit oleh Jho Low telah dibuat dengan bukti-bukti yang jelas. Tuduhan ini tidak dijawab selain dari berkata ia adalah pembohongan
7. Kononnya aset 1MDB berjumlah 52 billion sedangkan hutang hanya 42 billion. Aset tidak jadi keuntungan sebelum dijual (dicairkan). Kenapa untuk membayar faedah sebanyak 2 billion pun terpaksa hutang dari Ananda Krishnan. Kalau 1MDB tidak rugi kenapa terpaksa hutang. Kenapa wang Kerajaan sebanyak 1 billion diberi kepada 1MDB setelah hutang dibayar
8. Kononnya wang yang disimpan di Cayman Island sudah dibawa balik. Tetapi separuh disimpan dalam bank Swiss (BSI) di Singapura. Di mana pergi separuh lagi dari 6 billion? Kenapa wang ini tidak diguna untuk bayar faedah 2 billion
9. Kononnya disimpan di Singapura kerana Bank Negara akan menyoal simpanan lebih dari 50 juta. Jikalau duit itu duit kita yang hanya disimpan di Cayman, apa masalahnya menjelaskan kepada Bank Negara punca wang itu. Lagi pun duit ini dimiliki oleh 1MDB yang dikuasai penuh oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan
10. Soalan-soalan lain berkenaan 1MDB tidak dijawab selain daripada berkata asetnya besar. Soal harga tanah Kerajaan yang dibeli oleh 1MDB tidak dijelas. Sudah tentu jika dibeli dengan harga yang murah dan dinaik nilai berkali ganda, aset ini menjadi besar. Tetapi Kerajaan rugi banyak dengan tanah miliknya dijual dengan harga yang tidak mencermin harga pasaran
11. US$700 juta dibayar kepada Petro Saudi untuk apa? Sudahkah ditentukan Petro Saudi memiliki konsesi kawasan minyak dan gas di Argentina dan Turkmenistan sebelum membayar wang yang begitu banyak
12. Jho Low dilapor dalam New York Times, London Times dan Sarawak Report terlibat dalam pengurusan berbillion Ringgit duit 1MDB. Siapa dianya Jho Low yang begitu dipercayai oleh Dato Sri Najib. Pegawai Malaysia yang dilantik mengurus dana 1MDB mengaku mereka diarah oleh Jho Low yang mendakwa ia mendapat kepercayaan penuh dan arahan dari Dato Sri Najib
13. Gambar-gambar Jho Low dan kelakuannya, umurnya yang amat muda serta cara hidupnya tidak menggambarkan peribadi yang menyakinkan orang ramai. Tetapi dia dilapur membeli rumah di New York dan Hollywood beratus juta Ringgit. Kemudian rumah-rumah ini dijual kepada anak tiri Najib dengan harga ratusan juta Ringgit bagi setiap satu kerana kononnya Jho Low telah jumpa rumah yang lebih indah di Hollywood yang harganya lebih tinggi
14. Dari mana datangnya duit beratus juta kepada Riza Aziz tidak dapat dijelas. Keluarga Tun Razak termasuk Najib menafikan duit ini adalah dari keluarga. Pelaburan ratusan juta dalam filem “Wolf of Wall Street” oleh Riza datang dari mana
15. Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Dato Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka. Laporan-laporan dalam akhbar di New York dan London amat memalukan negara
16. Sementara itu, walaupun Kerajaan menghadapi kekurangan wang yang besar dan terpaksa hutang, Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri membeli sebuah lagi pesawat mewah. Umum mengetahui pesawat ACJ319 yang sedia ada diguna bukan sahaja untuk tugas rasmi tetapi sebagai kenderaan peribadi untuk Dato Sri dan Datin Sri
17. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai Ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta Ringgit, Kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik Kerajaan
18. Cara pembelian tidak dapat menyembunyi bahawa akhirnya Kerajaan terpaksa menanggung beban pembelian ini. Jika syarikat bukan Kerajaan yang secara rasmi membeli, bayaran melalui lease (sewa) lebih tinggi daripada belian secara langsung kerana terpaksa memberi keuntungan kepada pemilik dan faedah yang dimasukkan
19. Selain daripada ini dasar-dasar pemerintahan Dato Sri Najib terhad kepada pemberian wang percuma, menimbul kemarahan orang Melayu dengan mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina. Namun penolakan BN dalam PRU 13 membuktikan orang Cina tolak pemerintahan Najib
20. Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Dato Sri Najib. Ahli UMNO dan pemimpinnya perlu sedar bahawa UMNO dan dengan itu BN akan kalah jika Dato Sri Najib memimpin UMNO hingga PRU 14. Apabila UMNO kalah, orang Melayu akan kutuk kepimpinan yang menjadikan parti keramat ini begitu lemah sehingga ditolak oleh bangsa Melayu sendiri. Sekali UMNO kalah, ia tidak akan dapat dipulih semula
21. Ramai juga ahli dan pemimpin UMNO yang setia secara buta tuli kepada pemimpin. Saya juga setia tetapi kesetiaan saya ialah kepada parti dan orang Melayu yang diwakili olehnya. Bukanlah mudah bagi saya menulis blog ini. Tetapi demi bangsa dan Negara saya terpaksa dedah semua ini
22. Saya belum nyanyok walaupun umur hampir 90 tahun. Sesiapa yang berkata saya nyanyok sebenarnya menipu diri
23. Melayu hanya akan selamat jika bersikap bangsa lebih utama daripada diri sendiri
che detPerkongsian ilmu amat digalakkan, semoga bermanafaat buat semua pembaca, untuk teruskan membaca, silalah berkunjung ke teratak hamba. arizwanmerahs. damai tanpa perang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://arizwanmerahs.blogspot.com/2015/04/dedahan-che-det-berat-umno-dan-pru-14.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru15 Mungkin Menjadi Seperti Pru14 Di Mana Umno Bn Mendahului Sebelum Pru Tetapi Tidak Selepas Pru

Pru15 Mungkin Menjadi Seperti Pru14 Di Mana Umno Bn Mendahului Sebelum Pru Tetapi Tidak Selepas Pru

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 499 hits
Lim Kit Siang Pilihan Raya Umum ke 15 pada 19 November 2022 mungkin menjadi seperti Pilihan Raya Umum ke 14 pada 9 Mei 2018 di mana UMNO Barisan Nasional mendahului sebelum pilihan raya namun tidak selepas keputusan diumumkan Semasa PRU14 s...
Rentasan 1237 Panas Ini Natijahnya Jika Umno Bn Menang Pru 15

Rentasan 1237 Panas Ini Natijahnya Jika Umno Bn Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 197 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1237 1 TIGA TPM TAK PADAN DENGAN SAIZ NEGARA 2 PAS TIDAK ADIL KEPADA KESELURUHAN MANUSIA 3 ADAKAH INI AKAN BERLAKU JIKA BN MENANG PRU15 Layari kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia Berita Politik Polit...
Pru 15 Umno Bertekad Mahu Pastikan Pas Tewas Semua Kerusi Dun Di Pahang

Pru 15 Umno Bertekad Mahu Pastikan Pas Tewas Semua Kerusi Dun Di Pahang

papar berkaitan - pada 27/10/2022 - jumlah : 190 hits
nbsp BERA Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail bertekad memastikan PAS tewas lapan kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu Wan Rosdy berkata P
Takiri Ajak Penyokong Pas Undi Bn Pru 15 Mokhtar Senik Kata Berat Benar Dah

Takiri Ajak Penyokong Pas Undi Bn Pru 15 Mokhtar Senik Kata Berat Benar Dah

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 294 hits
Mohd Khairuddin adalah antara pemimpin PAS yang garang menyerang PH sebelum ini Dia dilantik menjadi menteri selepas kerajaan PH dijatuhkan dalam Langkah Sheraton Bagaimanapun apabila perdana menteri bertukar daripada Muhyiddin Yassin kepad...
Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

Tuan Ibrahim Dedah Pas Akan Bekerjasama Dengan Umno Lepas Pru Pas Akan Khianati Bersatu

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 158 hits
Pas beri bayangan kerjasama dengan UMNO tidak akan berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Kata timbalan presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ini kerana UMNO mendakwa parti itu tidak ada pendirian tetap Kata Tuan Ibrahim parti itu...
Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

Pemimpin Umno Pkr Setuju Bakal Wujud Jajaran Baharu Selepas Pru

papar berkaitan - pada 23/10/2022 - jumlah : 173 hits
agendaily com22 10 2022Nurul Izzah Anwar dan Datuk Seri Azalina Othman Said muncul pada program Astro Awani malam tadi Dua pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mewakili wanita dilihat tidak yakin parti masing masing akan memenangi ...
Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15

Umno Paling Kucar Kacir Dalam 4 Dekad Masa Ambil Alih Kerajaan Dalam Pru 15

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 125 hits
Menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 satu satunya peristiwa yang tidak pernah dilihat sepanjang 4 dekad lalu ialah kucar kacir dalam parti pemerintah Umno dalam persiapan menghadapi pilihan raya Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata demikian da...
Che Lah Isi Borang Sebagai Calon Umno Selepas Tidak Dicalonkan Pas

Che Lah Isi Borang Sebagai Calon Umno Selepas Tidak Dicalonkan Pas

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 231 hits
BORHAN AHMADBekas Ahli Parlimen Tumpat dikatakan akan bertanding atas tiket Barisan Nasional selepas tidak dicalonkan oleh Pas dalam pengumuman calon Perikatan Nasional malam tadi Menurut aktivis Umno Mohd Yusof Solu Datuk Che Abdullah Mohd...
Dr Zaidi Umno Bn Akan Kalah Pru 15

Dr Zaidi Umno Bn Akan Kalah Pru 15

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 119 hits
MOHD ALI HASHIMTidak dapat dinafikan Umno BN akan kecundang dalam pilihan raya umum ke 15 kali ini ekoran terlalu banyak faktor yang mendorong kepada kekalahan mereka nanti Malah kata Naib Pengerusi AMANAH Pulau Pinang Dr Zaidi Zakaria raky...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord