Umno Masih Sokong Pn Cuma Tak Sokong Muhyiddin Saje Najib



PETALING JAYA: Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk terus bersama kerajaan Perikatan Nasional sambil menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin adalah tepat bagi menamatkan keadaan yang dihadapi negara ketika ini, kata bekas perdana menteri Najib Razak

Najib berkata langkah Umno itu untuk beri laluan kepada pembentukan pentadbiran sementara bagi menyelesaikan masalah Covid-19, bantuan untuk rakyat, dan untuk mencapai imuniti kelompok, sebelum membubarkan Parlimen untuk kembalikan mandat kepada rakyat.
“Ianya bukan sahaja langkah paling tepat malah merupakan satu-satunya sahaja pilihan untuk kebaikan rakyat dan negara bagi jangka masa pendek dan panjang,” katanya di Facebook.
Menjelaskan keadaan yang cuba Umno tamatkan, Najib berkata rakyat sudah hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan membendung Covid-19 selepas “kegagalan bersiri” Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dan seterusnya, malah banyak pihak percaya usaha kerajaan lawan Covid-19 itu mempunyai muslihat politik “tersembunyi”.
Seterusnya, kerajaan dengan majoriti tipis “yang terbina atas pengkhianatan” dan bukan menerusi pilihan raya dilihat tidak stabil.
“Keadaan ini tidak boleh berterusan. Lagi jahanam rakyat dan negara sekiranya ianya berlanjutan setahun atau dua tahun lagi,” katanya.
Namun, cara menyelesaikan masalah itu bukan dengan menggantikan “kerajaan pintu belakang” dengan sebuah lagi “kerajaan pintu belakang”.
“Kerajaan interim ini perlu ada tempoh hadnya dengan matlamat jelas. Tidak boleh melebihi tempoh 3-6 bulan sebab ianya juga sebuah ‘kerajaan pintu belakang’ dengan majoriti tipis yang bukan pilihan rakyat,” tegasnya.
Lagipun, Najib mengingatkan tempoh untuk Parlimen terbubar dengan sendirinya cuma dua tahun lagi.
“Umno dan BN tak takut untuk menghadapi rakyat apabila tiba masanya. Sekiranya PN dan Pakatan Harapan percaya mereka mempunyai sokongan padu dari rakyat dan prestasi memerintah telah terbukti baik maka mereka juga tidak perlu takut untuk menghadapi rakyat apabila tiba masanya.”
Premium Quality Product From Japan In Malaysia.. buy here  
Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi ketika mengumumkan pendirian parti tengah malam tadi untuk menarik balik sokongan kepada Muhyiddin menyenaraikan tujuh sebab ia berbuat demikian yang kesemuanya berkaitan “kegagalan” kerajaan.
Zahid berkata, Muhyiddin gagal memuaskan garis panduan yang ditetapkannya pada 11 Mac 2020 sebagai syarat meneruskan sokongan kepada kerajaan beliau.
Antara tujuh sebab itu adalah gagal menangani Covid-19 secara berkesan, tidak dapat mengurus bantuan kepada rakyat dengan baik, dan memperkotak-katikkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu yang terpaksa berulang kali mengeluarkan kenyataan media supaya Parlimen dibenarkan bersidang.
Laporan dari Free Malaysia Today

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2021/07/umno-masih-sokong-pn-cuma-tak-sokong.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Gagal Menyekat Mp Umno Sokong Muhyiddin Dan Minta Senarai Nama

Najib Gagal Menyekat Mp Umno Sokong Muhyiddin Dan Minta Senarai Nama

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 192 hits
Najib tanya ahli parlimen BN mana sokong Muhyiddin Satu kenyataan tanpa nama mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri mengundang respons Najib Razak Bekas presiden Umno itu t...
Umno Masih Sokong Kerajaan Tapi Bukan Muhyiddin

Umno Masih Sokong Kerajaan Tapi Bukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 216 hits
UMNO masih sokong kerajaan tapi bukan Muhyiddin Masih sokong kerajaan PN tapi tak sokong Muhyiddin keputusan tepat kata Najib Keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno untuk terus bersama kerajaan Perikatan Nasional sambil menarik balik sokonga...
Umno Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai Pm

Umno Tolak Muhyiddin Dan Tak Sokong Anwar Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan serta merta Menurut Ahmad Zahid segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokonga...
Anggota Kabinet Termasuk Dari Umno Sebulat Suara Sokong Muhyiddin Kekal Pm

Anggota Kabinet Termasuk Dari Umno Sebulat Suara Sokong Muhyiddin Kekal Pm

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 212 hits
Ahli ahli jemaah menteri sebulat suara untuk kekal memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam mesyuarat Kabinet hari ini Dalam kenyataan hari ini anggota Kabinet memaklumkan bahawa setiap keputusan keraj...
Ahli Jemaah Menteri Umno Sokong Muhyiddin Akan Dihukum Akar Umbi Kata Puad

Ahli Jemaah Menteri Umno Sokong Muhyiddin Akan Dihukum Akar Umbi Kata Puad

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 262 hits
July 15 2021 Puad Zarkashi berkata kebiasaannya ahli yang berani membelakangkan parti dianggap the loosers susulan keengganan menghormati kehendak akar umbi PETALING JAYA Jemaah Menteri daripada Umno sedang melakukan kamikaze politik selepa...
Bila Pula Saya Sokong Muhyiddin Najib

Bila Pula Saya Sokong Muhyiddin Najib

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 235 hits
Bila pula saya sokong Muhyiddin Najib Eh bila saya setuju langgar MKT Najib jawab kenyataan dakwa sokong Muhyiddin Satu kenyataan tanpa nama mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional menyokong Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Perdana ...
Umno Tidak Lagi Sokong Muhyiddin Desak Letak Jawatan

Umno Tidak Lagi Sokong Muhyiddin Desak Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 497 hits
UMNO membuat keputusan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Presidennya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat berikutan kegagalan k...
Najib Punca Perbalahan Dalam Umno Tun Mahathir

Najib Punca Perbalahan Dalam Umno Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 299 hits
LANGKAWI Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan yang mengaitkan beliau sebagai punca perbalahan dan perpecahan yang dilihat berlaku di dalam UMNO ketika ini Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu individu yang paling la...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia

Laku Keras Rumah Teres Setingkat Mampu Milik Di Bandar Ainsdale Rm400k Sekelip Mata Habis Dijual

Anwar Beri Impak Besar Pada Forum Wef


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Semak Kadar Dividen Asb 2024

Cotton Canvas A Comprehensive Guide For Crafters Diyers And Textile Enthusiasts

Makanan Sihat Dalam Paper Bowl Trend Terkini Di Restoran

Wr Rosse Sunday Getaway

Singgah Makan Satay Kajang Rnr Dengkil

Pengalaman Buat Scaling Gigi Di Klinik Pergigian Kerajaan Seksyen 7 Shah Alam