Umno Masih Dominan Dalam Kabinet Shahidan




Pengerusi Umno Perlis Shahidan Kassim dilihat mempunyai pandangan tersendiri mengenai pembabitan pemimpin parti itu dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) serta hubungan mereka dengan Bersatu.
Ditemui media selepas majlis perasmian Persidangan Tahunan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno di Kuala Lumpur hari ini Shahidan ditanya mengenai peranan pemimpin parti itu ketika ini.
Anggota parlimen Arau itu berkata kedudukan Umno dalam kerajaan PN sebenarnya lebih besar berbanding parti lain.
“Itu pandangan daripada timbalan presiden, tapi kedudukan sekarang adalah Umno ada sembilan menteri, hampir 20 timbalan menteri - lebih besar daripada Bersatu, lebih besar daripada PAS, lebih besar daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).
"PAS ada tiga (menteri), GPS ada tiga, Bersatu ada lapan, BN (termasuk Umno) ada 11," katanya.
Justeru kata Shahidan tafsiran mengenai kedudukan Umno dominan atau tidak dalam kerajaan PN perlu dibincangkan dengan lebih teliti.
Bagaimanapun untuk rekod, kedudukan semasa kabinet Muhyiddin Yassin menyaksikan Bersatu sebenarnya mempunyai 11 orang menteri.
Di sebalik keputusan MT Umno untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada pilihan raya umum kelak, Umno Perlis - dan Sabah - sebaliknya menyatakan rancangan mereka untuk mengekalkan hubungan tersebut. 
Hal itu dinyatakan sendiri oleh Shahidan sebelum ini.
Terdahulu semasa menyampaikan ucapan perasmian Mohamad menekankan isu kerjasama Umno dengan Bersatu dan menganggap peranan parti terbabit "sangat terpencil dan tidak dominan".
"Kita lebih duduk tunduk daripada bangun menjadi induk. Ditambah pula dengan pendirian jelas Umno untuk tidak menyertai parti PN sejak awal dahulu," kata Mohamad. 
Menurut Shahidan, pada masa sama Umno Perlis memang akan mengikut ketetapan dibuat Majlis Tertinggi (MT) Umno kerana pihak yang mengingkarinya akan dikenakan tindakan.
“Kalau kita tak ikut (arahan) kita diambil tindakan. Umno ambil tindakan kepada orang yang tak ikut arahan MT," katanya.
Pada masa sama Shahidan yang awal bulan ini dilantik kerajaan PN sebagai pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) berkata isu hubungan dengan Bersatu tidak wajar dibincangkan segera.
“Buat masa sekarang semua orang ikut, sebab keputusan tak bekerjasama dengan parti itu untuk pilihan raya, lambat lagi... dua tahun lagi.
“Kenapa benda yang lambat lagi dibincang seolah-olah (PRU) berlaku esok? Ini (putus hubungan dengan Bersatu) semasa pilihan raya, bukan sekarang," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/umno-masih-dominan-dalam-kabinet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Dan Bersatu Masih Menikah Setuju Cerai Masa Pru Kata Shahidan

Umno Dan Bersatu Masih Menikah Setuju Cerai Masa Pru Kata Shahidan

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 311 hits
Bekas menteri di jabatan perdana menteri Shahidan Kassim menafikan tuduhan yang kononnya dia adalah broker bagi menarik ahli parlimen Umno menyokong kerajaan Perikatan Nasional Jelas Ahli Parlimen Arau itu Umno dan Bersatu masih belum berce...
Umno Perlis Tak Jadi Terbang Solo Shahidan

Umno Perlis Tak Jadi Terbang Solo Shahidan

papar berkaitan - pada 21/3/2021 - jumlah : 364 hits
UMNO Perlis akan terus setia bersama dengan pusat dan tidak pernah bercadang untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat kata pengerusinya Datuk Seri Shahidan Kassim Katanya beliau tidak mempunyai masalah dengan pucuk pimpinan parti m...
Shahidan Sudah Berani Ugut Apakah Umno Mahu Berdiam Diri Saja

Shahidan Sudah Berani Ugut Apakah Umno Mahu Berdiam Diri Saja

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 227 hits
Orang kuat Umno Perlis Shahidan Kassim mengugut untuk memutuskan hubungan dengan kepimpinan pusat sekiranya mereka tetap meneruskan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pada perhimpunan agung Umno akhir bulan ini Shahidan berkata beliau...
Selepas Dapat Nasihat Muhyiddin Menteri Umno Tidak Keluar Dari Kabinet

Selepas Dapat Nasihat Muhyiddin Menteri Umno Tidak Keluar Dari Kabinet

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 276 hits
Alhamdulillah atas nasihat yang saya berikan kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada dalam Kabinet Selepas bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin menteri menteri dan timbalan menteri Umno kekal dalam kerajaan P...
Masih Ada Ruang Kerjasama Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional Azlan Man

Masih Ada Ruang Kerjasama Umno Dan Pas Dalam Muafakat Nasional Azlan Man

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 284 hits
Masih ada ruang kerjasama membabitkan UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional meskipun Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia terus memperkasakan hubungan di dalam Perikatan Nasional Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Azlan Man berkata p...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 307 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Najib Jaga Zahid Zahid Jaga Najib Umno Masih Milik Kita Bersama

Najib Jaga Zahid Zahid Jaga Najib Umno Masih Milik Kita Bersama

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 316 hits
KUALA LUMPUR 31 Mac Pemilihan Umno sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 boleh membawa keretakan dan memecah belahkan parti selain membolehkan calon yang kalah dicuri oleh parti lain kata Ketua Bahagian Umno Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak Bekas...
Betul Ke Umno Masih Kuat

Betul Ke Umno Masih Kuat

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 262 hits
KP UMNO semalam sebut PAS dan UMNO sama kalah dalam PRU lepas betulkah dakwaanya itu Jika dikata kalah PAS berjaya bentuk Kerajaan Negeri Terengganu di samping mengekalkan Kelantan dan hampir menjadi Kerajaan di Kedah di sana PAS bertembung...
Pemimpin Umno Masih Dlm Dunia Gelap Mereka Yg Keliru

Pemimpin Umno Masih Dlm Dunia Gelap Mereka Yg Keliru

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 250 hits
Sblum Pru 14 pemimpin tertinggi umno dikelilingi oleh RBA2 upahan dap n PKR RBA2 ini memainkan peranan utk mengangkat tinggi2 emosi n keyakinan pemimpin2 umno n ahlinya bahawa umno Sama sekali tidak Akan tewas Malah umno tetap reliven dan d...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl