Selepas Dapat Nasihat Muhyiddin Menteri Umno Tidak Keluar Dari Kabinet



“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada dalam Kabinet”
(Malaysia Dateline) – Selepas bertemu Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri dan timbalan menteri Umno kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Pengerusi PN itu berkata demikian susulan pertemuan pemimpin Umno terbabit semalam, iaitu sehari selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno (PAU).
Muhyiddin memberitahu, beliau telah menasihatkan mereka berkenaan kedudukan dalam Kabinet selepas Umno memutuskan kerjasama dengan Bersatu.
“(Dalam pertemuan itu) Mereka meminta nasihat saya mengenai kedudukan mereka dalam Kabinet, berikutan keputusan PAU bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan Bersatu pada PRU15.
“Saya telah menasihati mereka supaya terus kekal berada dalam Kabinet. Ini mengambil kira kepentingan rakyat dan negara.
“Alhamdulillah, atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus kekal berada dalam Kabinet,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.
Beliau turut menegaskan beberapa menteri dari Umno memegang portfolio-portfolio penting yang berkaitan dengan tumpuan utama kerajaan untuk memerangi pandemik Covid-19, melaksanakan program imunisasi kebangsaan dan memulihkan ekonomi negara.
“Justeru, saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.
Sehubungan kesepakatan dengan menteri-menteri Umno itu, Muhyiddin memberi jaminan bahawa Kabinet akan berfungsi seperti biasa dan segala inisiatif kerajaan akan terus dilaksanakan seperti yang dirancang.
Untuk rekod, seramai 14 Ahli Parlimen Umno telah dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet diumumkan Muhyiddin pada 9 Mac tahun lalu. Sembilan daripadanya dilantik sebagai menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan – Menteri Pertahanan), Tan Sri Annuar Musa (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (Menteri Tenaga dan Sumber Asli) dan Datuk Noraini Ahmad sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
Turut berada dalam Kabinet Muhyiddin ialah Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (Menteri Belia dan Sukan); bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Menteri Luar Negeri) dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Dalam masa sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique menjadi Menteri Perpaduan Negara, sementara Ahli Parlimen Tenggara, Datuk Seri Dr Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.
Lima pemimpin Umno lagi yang kini berjawatan Timbalan Menteri:
1. Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas)
2. Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said – Timbalan Menteri Dalam Negeri I
3. Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia.
4. Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah – Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I
5. Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad – Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/31/selepas-dapat-nasihat-muhyiddin-menteri-umno-tidak-keluar-dari-kabinet/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sembilan Menteri Umno Bersama Muhyiddin

Sembilan Menteri Umno Bersama Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 267 hits
SPEKULASIWALAUPUN perhimpunan agung Umno telah memutuskan wakil rakyat mereka yang jadi menteri dan timbalan menteri dalam kerajaan PN akan menarik balik sokongan pada Ogos depan namun arahan itu seperti tidak akan dipedulikan oleh sembilan...
Beberapa Menteri Daripada Umno Bertemu Muhyiddin

Beberapa Menteri Daripada Umno Bertemu Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 420 hits
356 total views 356 views today Putrajaya 29 Mac Beberapa menteri daripada Umno mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini Pertemuan itu difahamkan bermula pada 5 30 petan...
Annuar Antara Menteri Umno Hadiri Pertemuan Mengejut Dengan Muhyiddin

Annuar Antara Menteri Umno Hadiri Pertemuan Mengejut Dengan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 454 hits
Setiausaha Akhbar kepada menteri Wilayah Persekutuan Tun Faisal Ismail Aziz mengesahkan Annuar Musa menghadiri pertemuan mengejut itu tetapi beliau tidak jelas mengenai butirannya PUTRAJAYA Perdana Menteri dan Presiden PPBM Muhyiddin Yassin...
Selepas Tun Faisal Kluster Menteri Yang Derhaka Presiden Umno Juga Wajib Diambil Tindakan

Selepas Tun Faisal Kluster Menteri Yang Derhaka Presiden Umno Juga Wajib Diambil Tindakan

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 330 hits
Mesyuarat MT UMNO malam tadi mengambil keputusan menggantung keahlian Tun Faisal Ismail Aziz selama enam tahun atau dua kali pemilihan atas kesalahan mengkritik Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Tun Faisal adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian...
Menteri Umno Ikut Cakap Muhyiddin Wak Jahid Kena Game Hahaha

Menteri Umno Ikut Cakap Muhyiddin Wak Jahid Kena Game Hahaha

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 457 hits
Cerita dongeng wak jahid nampaknya dimalukan secara berjemaah oleh kluster menteri umno Mereka lebih memilih untuk bersama muhyiddin untuk memulihkan negara daripada mengikut telunjuk politik wak jahid yang dilihat berkepentingan individu O...
Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

Nasihati Menteri Menteri Umno Jangan Letak Jawatan Muhyiddin Sah Penakut

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 270 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akhirnya mengesahkan menteri menteri UMNO telah datang menemuinya pada Isnin lalu susulan ketetapan PAU2020 yang memuktamadkan putus hubungan dengan Bersatu seterusnya memberi mandat kepada Presiden dan MT U...
Dakwa Menteri Umno Enggan Letak Jawatan Pengecut Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

Dakwa Menteri Umno Enggan Letak Jawatan Pengecut Kenyataan Nazri Bersifat Peribadi

papar berkaitan - pada 4/4/2021 - jumlah : 270 hits
ARAU Kenyataan Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz melabelkan menteri UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai pengecut disifatkan kenyataan peribadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim b...
Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

Jika Umno Tidak Segera Keluar Kerajaan Dibimbangi Zahid Hamidi Dan Najib Masuk Penjara Dulu Sebelum Tibanya Pru

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 325 hits
Apa akan berlaku pada Perhimpunan Agung UMNO atau PAU esok Berdasarkan sentimen semasa PAU kali ini dijangka tidak berdepan banyak masalah untuk memuktamadkan usul putus hubungan dengan Bersatu yang telah diluluskan oleh sebahagian besar UM...
Cubaan Bunuh Pm Menteri Kenapa Muhyiddin Tak Maklumkan Tanya Ph

Cubaan Bunuh Pm Menteri Kenapa Muhyiddin Tak Maklumkan Tanya Ph

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 428 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan malam ini membangkitkan persoalan mengapa Muhyiddin Yassin tidak memaklumkan mengenai wujudnya rancangan menyerang pemimpin negara pada 2020 Dalam kenyataan bersama dikeluarkan lewat malam ini Majlis Presiden...
Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Hiburan Tular Video Wanita Halau Jemaah Lelaki Dari Surau Ahli Jawatankuasa Tampil Beri Penjelasan Si Perakam Bukan Ajk

Tanda Bacaan Gula Dalam Darah Tidak Normal Ambil Tahu Elak Diabetes

The Italian Job A 1974 Harley Davidson Sx250 Flat Tracker By Fuchs

Yasser Atak Wanie Sidik Teruna Dara Idaman Chord

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Autoimmune Disease

American Airlines Flights Snarled By Computer Glitch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Anak Sulung Daddy Rasa Macam Daddy Dah Tak Sayang Dia Lagi Luahan Anak Fizo Omar Raih Perhatian Netizen

Bayi Lelaki Dijumpai Tepi Jalan Berhampiran Masjid

Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan

Wekongsi Perlindungan Perubatan Rm1 Juta Sebulan Bawah Rm50 Sahaja

Pelancaran Aji Ya Sup Gourmet Segera Halal Pertama Malaysia Di Soup Erlicious Party