Umno Kini Sanjung Mulia Apa Saja Dibuat Kerajaan Perpaduan Walaupun Tidak Munasabah


bharian.com.my
Oleh Mahani Ishak 
[email protected]
- Februari 10, 2023 @ 4:43pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan ada beberapa kekeliruan berkaitan laporan 'UMNO dilanyak' seperti diterbitkan dalam wawancara beliau bersama media sebelum ini.

Sebaliknya Naib Presiden UMNO itu berkata, perkara yang sebetulnya adalah mengenai kekecewaan yang tidak pernah ditunjukkan beliau selama ini.

Katanya, untuk mengukuhkan UMNO, Perdana Menteri dan 14 daripada 29 Menteri Kabinet adalah daripada Barisan Nasional (BN) iaitu separuh daripada pembentukan kerajaan.

"Saya agak kecewa, tapi saya tidak pernah menunjukkan kekecewaan saya. Saya Perdana Menteri daripada UMNO, untuk mengukuhkan UMNO, daripada 29 Menteri Kabinet, 14 adalah Menteri Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, jadi separuh Kabinet itu.

"Walaupun kita hanya ada 42 kerusi di Parlimen tetapi saya ditekan oleh UMNO sendiri seperti saya bukan Menteri UMNO. Itu yang saya maksudkan dalam wawancara bersama media tempoh hari," katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, kenyataan Ismail Sabri itu disangkal Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, bahawa pemimpin UMNO dalam kerajaan pimpinannya sebelum ini 'dilanyak' seperti pembangkang, disifatkan sebagai pandangan peribadinya.

Beliau dilaporkan berkata, menjadi kebiasaan juga bagi mana-mana tokoh untuk menyatakan kepimpinannya terdahulu lebih baik daripada yang berikutnya.

"Itu pendapat beliau (Ismail Sabri). Selalunya begitulah apabila seseorang atau mana-mana tokoh yang sudah meninggalkan jawatan berpuluh tahun, lima tahun, sembilan tahun, 22 bulan, 17 bulan atau lebih 14 bulan, mereka merasakan kepimpinan yang diterajui mereka adalah terbaik dan selepas itu semua tak baik," katanya.

Menerusi video berdurasi 1 minit 41 saat itu, Ahli Parlimen Bera itu turut menjelaskan dirinya yang dikritik teruk seolah-olah kerajaan pimpinan UMNO ketika itu adalah pembangkang.

"Setiap apa yang berlaku, tekanan adalah terlalu kuat kepada saya, cadangan-cadangan yang bagus, saya setuju.

"Saya boleh kata, kenapa tidak gunakan saluran yang betul, untuk diberi pandangan dari parti, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) setiap bulan, beritahu saya apa patut kita buat, tak payahlah bantai saya dalam surat khabar, ini dalam media secara terbuka serang saya," katanya.

Ismail Sabri berkata, dalam barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan ketika ini, hanya ada enam menteri dari UMNO termasuk seorang Timbalan Perdana Menteri.

"Namun mereka kata ia pencapaian besar kepada kita (UMNO), sedang saya (ketika jadi Perdana Menteri) ada 14 Menteri daripada BN.

"Tiada satu kepemimpinan UMNO kritik kerajaan (ketika ini), berbanding dahulu saya sesama UMNO, dikritik begitu teruk seperti kita ini pembangkang, kita dilanyak seperti kita ini pembangkang, UMNO ini seolah-olah pembangkang waktu itu kerajaan saya perintah.

"Lebih mengecewakan, kerajaan hari ini disanjung begitu mulia, perkara tidak munasabah yang dilakukan oleh kerajaan, mereka yang mempertahankan. Saya sangka saya dipertahankan, kalau kritik itu terlalu keras, mungkin mereka boleh jadi perisai kepada saya, tetapi dahulu mereka sertai bersama untuk serang saya," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/umno-kini-sanjung-mulia-apa-saja-dibuat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Bimbang Tindakan Umno Jejas Sokongan Terhadap Kerajaan Perpaduan

Dap Bimbang Tindakan Umno Jejas Sokongan Terhadap Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 30/1/2023 - jumlah : 222 hits
DAP bimbang tindakan UMNO memecat dan menggantung beberapa pemimpinnya akan menjejaskan sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan terutama ketika bakal berdepan enam Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang ...
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap Kerajaan Malaysia

Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap Kerajaan Malaysia

papar berkaitan - pada 6/2/2023 - jumlah : 519 hits
Pakej Perpaduan Jalur Lebar Internet Tetap Kerajaan Malaysia Terkini usaha Kerajaan dalam membantu menurunkan kos sara hidup melalui Kementerian Komunikasi dan Digital telah pun mengumumkan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap Ini adalah merup...
Sudah Sampai Masanya Anak Bekerja Dengan Bapa Dijadikan Peraturan Wajib Bagi Semua Lantikan Politik Kerajaan Perpaduan

Sudah Sampai Masanya Anak Bekerja Dengan Bapa Dijadikan Peraturan Wajib Bagi Semua Lantikan Politik Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 4/2/2023 - jumlah : 309 hits
Sementara mengesahkan anaknya memang bekerja dengannya tetapi gajinya tidak dibayar oleh kerajaan Speaker Parlimen Johari Abdul dalam masa yang sama dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk memohon pelantikan anaknya Mohammed Iqbal sebagai ...
Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

Zahid Enggan Ulas Kenyataan Ismail Sabri Isu Umno Dalam Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 10/2/2023 - jumlah : 398 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas kenyataan Naib Presiden Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 89SharesDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini enggan mengulas kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ya...
Menteri Kerajaan Perpaduan Terlalu Perform

Menteri Kerajaan Perpaduan Terlalu Perform

papar berkaitan - pada 7/2/2023 - jumlah : 180 hits
Suara rakyat untuk kerjaaan perpaduan Sukar untuk dilihat pada kerajaan sebelum ini Rakyat berharap agar pemimpin yang ada masa ini dapat meneruskan cara bekerja seperti ini agar dapat menjadi contoh kepada semua rakyat Malaysia
Pembekuan Akaun Bersatu Langsung Tidak Menggambarkan Kerajaan Ph Dan Umno Itu Bersih

Pembekuan Akaun Bersatu Langsung Tidak Menggambarkan Kerajaan Ph Dan Umno Itu Bersih

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 249 hits
Ia juga memberi gambaran yang salah kepada SPRM Seperti kata Rafizi dia akan memburu SPRM selepas menang Penyokong PN tidak sabar menunggu PRN Jika pun di khabarkan PN BERSATU PAS mahu diharamkan ia tidak pun memberi kesan kerana banyak pla...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess