Apabila KJ mengatakan tiada pemimpin UMNO yang berwibawa untuk jawatan Perdana Menteri, beliau barangkali hanya melihat kepada Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang ada kes mahkamah; Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan yang tiada pengalaman pentadbiran di peringkat persekutuan dan Naib-Naib Presiden UMNO yang tidak lebih sebagai pemimpin dalam kategori Hang Lekir, Hang Lekiu dan Hang Kasturi semata-mata.Tetapi, barangkali KJ terlepas pandang terhadap Annuar Musa yang ketokohan serta wibawanya tidak banyak berbeza berbanding Muhyiddin, malah ada juga ciri Hang Tuah dan Hang Jebat dalam dirinya.Sejarah perjuangan panjang Annuar Musa juga dikira menarik dengan kelantangannya dalam isu kekebalan Raja-Raja Melayu suatu ketika dahulu, konsisten menyokong pucuk pimpinan parti dalam pelbagai krisis dan cemerlang disokong pengundi di Ketereh walau di ketika UMNO dilanda badai sekali pun.Lagi pula, ketokokan, pidato dan aura penampilannya tiada yang kurang jika dibandingkan dengan beberapa pemimpin yang pernah jadi Perdana Menteri sebelum ini.Annuar turut punya pengalaman pentadbiran dengan pernah menerajui beberapa kementerian di era BN.Beliau juga punya sokongan yang bukan sedikit daripada peminat bolasepak Kelantan kerana berjaya menggemilangkan sukan tersebut ketika menerajui Kafa.Selain itu, dengan berasal dari Kelantan, Annuar Musa sebagai Perdana Menteri pertama daripada negeri itu tentu juga tidak sukar mendapat sokongan dan dokongan daripada Pas yang sudah pun bekerjasama dengan UMNO dalam Muafakat Nasional ketika ini.Lalu, janganlah UMNO buat-buat tak nampak dengan kewibawaan Annuar Musa sebagai bakal Perdana Menteri selepas ini? (Shahbudindotcom 06/09/2020)|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |