Umno Harus Desak Speaker Diganti Dengan Tokoh Lebih Adil Kata Zaid


freemalaysiatoday.com
FMT Reporters14 Jul 2024, 02:30 PM

Bekas menteri itu berkata, institusi kerajaan hanya dapat berfungsi dengan baik apabila pegawai terhormat dan jujur dalam melaksanakan tugas.
Tiada undang-undang atau peraturan boleh menggantikan tingkah laku beretika, kata bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.
PETALING JAYA: Umno harus mendesak agar Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul digantikan dengan seorang tokoh yang lebih adil, kata bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.

Dalam hantaran di platform media sosial X hari ini, Zaid mengulas tentang komen Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Naib Presiden Johari Ghani mengenai keputusan speaker untuk tidak mengosongkan kerusi disandang enam bekas Ahli Parlimen Bersatu.

“Tiada undang-undang atau peraturan boleh menggantikan tingkah laku beretika. Institusi kerajaan, termasuk Parlimen, hanya dapat berfungsi dengan baik apabila pegawai terhormat dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.

Tiada perundangan mahupun perubahan dasar boleh menggantikan ini, katanya.

Semalam, Mohamad mencadangkan pilihan raya semula (recall election) diadakan jika kerajaan tidak meminda undang-undang antilompat bagi memastikan kerusi Parlimen dikosongkan sekiranya wakil rakyat mengikrar sokongan terhadap parti lain.

Beliau berkata, pilihan raya semula itu boleh diadakan apabila Ahli Parlimen atau Adun tidak sehaluan dengan parti yang dianggota ketika dipilih.

Mohamad berkata, pengundi di kawasan itu boleh membuat referendum untuk memilih semula Ahli Parlimen, dan jika mendapat sokongan lebih 50%, kerusi itu perlu dikosongkan dan pilihan raya diadakan semula.

Johari Ghani juga menggesa agar undang-undang antilompat diketatkan bagi mengelakkan ia disalah guna oleh ahli politik yang melompat parti.

Kalau ada isu teknikal atau kelompangan dari segi akta (antilompat) itu, kalau perlu kita perbaiki, kita perbaiki. Kita tidak patut galakkan amalan lompat parti ini, katanya.

Zaid berkata, sudah tiba masanya untuk Umno bersikap seperti Sarawak dan bertegas mengenai perkara-perkara yang penting kepada negara.

Wajarkan kedudukan sebagai rakan kongsi dalam kerajaan, katanya.

“Bagus kedua-dua pemimpin Umno ini bersuara, tetapi penyelesaiannya agak mudah: Pilih orang lain yang adil sebagai speaker.

Jika Umno tegas pendirian mengenai isu ini, kepimpinan Madani tiada pilihan selain membenarkan Parlimen memilih speaker lain.

Keputusan Johari Abdul berhubung kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu itu dikritik oleh masyarakat awam dan ahli politik, dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata, tindakan mengecewakan itu jelas bercanggah dengan peruntukan tersurat dan tersirat Perkara 49A(3) Perlembagaan Persekutuan.

Muhyiddin berkata, Bersatu akan melantik peguam untuk mencabar keputusan itu di mahkamah.

Badan pemantau pilihan raya Bersih juga berkata, speaker tersilap dalam memahami mekanisme perundangan antilompat dan mengabaikan prinsipnya, yang boleh membawa kepada ketidakstabilan politik
Rephrase with Ginger (Ctrl+Alt+E)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/07/umno-harus-desak-speaker-diganti-dengan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Posmen Lebih Bermaruah Dari Speaker Kata Zaid

Posmen Lebih Bermaruah Dari Speaker Kata Zaid

papar berkaitan - pada 13/7/2024 - jumlah : 212 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jul 12 2024Bekas menteri Zaid Ibrahim mendakwa Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan taktik melengah lengahkan apabila membuat keputusan mengekalkan kerusi enam ahli parlimen Bersatu Mengulas kenyataan Jo...
Umno Milik Ahli Bukan Pemimpin Kata Akmal

Umno Milik Ahli Bukan Pemimpin Kata Akmal

papar berkaitan - pada 15/7/2024 - jumlah : 440 hits
freemalaysiatoday com14 Jul 2024 07 43 PMKetua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata survival politik parti itu kini bergantung pada akar umbi Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata dengan menyuarakan pendapat untuk didengar pemimpin terting...
Urus Sentimen Melayu Untuk Tambah Sokongan Umno Kata Pemimpin

Urus Sentimen Melayu Untuk Tambah Sokongan Umno Kata Pemimpin

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 169 hits
freemalaysiatoday com09 Jul 2024 Pemimpin akar umbi berkata parti itu tidak boleh bergantung kepada khidmat bakti semata mata untuk membantu menambah sokongan Umno perlu mengurus sentimen persepsi tohmahan yang dilemparkan untuk mengembalik...
Pemimpin Umno Kata Pujukan Fadhli Bukti Pas Terdesak Pertahan Sg Bakap

Pemimpin Umno Kata Pujukan Fadhli Bukti Pas Terdesak Pertahan Sg Bakap

papar berkaitan - pada 1/7/2024 - jumlah : 399 hits
Mohamad FadliPETALING JAYA Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari disifatkan terdesak apabila memujuk ahli Umno menyokong Perikatan Nasional termasuk pada PRK Sungai Bakap dengan alasan untuk menyelamatkan parti itu Ahli Majlis Kerja Tert...
Umno Tak Takut Hadapi 6 Prk Keputusan Speaker Mengikut Perlembagaan Zahid Hamidi

Umno Tak Takut Hadapi 6 Prk Keputusan Speaker Mengikut Perlembagaan Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 14/7/2024 - jumlah : 204 hits
bharian com myOleh Julai 13 2024 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Gong Badak NSTP GHAZALI KORIKUALA NERUS UMNO menyangkal dakwaan BERSATU yang menyatakan Ker...
Umno Hanya Ada 2 Pilihan Tawan Semula Orang Melayu Kata Salleh

Umno Hanya Ada 2 Pilihan Tawan Semula Orang Melayu Kata Salleh

papar berkaitan - pada 17/7/2024 - jumlah : 280 hits
freemalaysiatoday com7 Jul 2024 Adun Usukan Salleh Said Keruak berkata dua pilihan itu adalah pendekatan orang Melayu banyak terhutang budi kepada Umno dan sebaliknya Salleh Said Keruak berkata menjelang PRU16 Umno perlu mengenal pasti sika...
Isu Subsidi Lebih Besar Dari Blackrock Kata Peserta Demo

Isu Subsidi Lebih Besar Dari Blackrock Kata Peserta Demo

papar berkaitan - pada 5/7/2024 - jumlah : 372 hits
PELUANG pekerjaan di Kelantan sangat terhad pada masa ini membuatkan Mohd Shahrul 32 membulatkan tekad untuk kembali ke Kuala Lumpur untuk menyara hidup Graduan Institut Kemahiran Bina Negara itu sudah jemu membantu ibu bapanya menjual buah...
Kerajaan Kerja Lebih Kuat Selepas Kalah Di Sungai Bakap Kata Pm

Kerajaan Kerja Lebih Kuat Selepas Kalah Di Sungai Bakap Kata Pm

papar berkaitan - pada 7/7/2024 - jumlah : 339 hits
KERAJAAN perpaduan akan terus bekerja keras untuk mempertahankan kepentingan rakyat dan meningkatkan kedudukan negara kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai reaksi terhadap kekalahan kerajaan dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap Beliau...
Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

Kerjasama Umno Pas Mesti Dalam Kerangka Kerajaan Perpaduan Kata Khairuddin

papar berkaitan - pada 19/7/2024 - jumlah : 262 hits
freemalaysiatoday com19 Jul 2024Bekas pemimpin PAS Khairuddin Aman Razali berkata PAS juga perlu mewujudkan suasana yang kondusif dengan Umno Umno dan PAS sebelum ini pernah bekerjasama di bawah Muafakat Nasional selepas PRU14 PETALING JAYA...
Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya

Lirik Lagu Kota Ini Tak Sama Tanpamu Nadhif Basalamah Aziz Harun Aisha Retno

Skandal Cuci Duit London Anak Rafizi Jadi Umang Umang Politik Kotor Ismail Sabri Kroni

Hadiah Pengiktirafan Akademik Penjawat Awam

Awie Alif Ba Ta Chord

Amorim Buru Tiga Mata Ke Atas Arsenal

Ringkasan Penuh Jalan Cerita The Karate Kid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Isu Jalur Gemilang Pas Nasihat Umno Dap Kembali Kepada Prinsip Rukun Negara

Newcastle Tumpul Tanpa Isak Diikat Villa 10 Pemain Utusan Malaysia

Siap Gelak Dasar Menunggang Didakwa Selit Agenda Politik Di Solidariti Zara Qairina Rafidah Teruk Dikecam

Kodak Bakal Gulung Tikar Ini Penjelasan Mereka

Lelaki Ditahan Tetak Kepala Rakan Guna Kapak

Sindiket Pelacuran Babitkan Dua Pelajar Tingkatan 2 Tumpas Ibu Ayam Didakwa