Umno Berterabur Jika Ikut Cakap Khairy Kata Tajuddin





PETALING JAYA: Umno akan “berterabur” jika mengikut saranan Khairy Jamaluddin supaya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.
“Apa agendanya? Kita nak fokus kita punya tenaga, apa sahaja kita boleh, fokus untuk PRU15. Kalau minta pemilihan parti, berteraburlah. Kita perlu fikir untuk kemenangan parti, bukan fikir kepentingan diri,” kata Tajuddin yang juga pengarah pilihn raya parti.
“Kita perlu fikir untuk kemenangan parti. Bukan fikir kepentingan peribadi. Nak jawatan itu, jawatan ini. Ini nak pemilihan parti, tujuannya apa?” katanya dalam wawancara khas FMT.
Pada 30 Mac lalu, Khairy yang juga menteri sains, teknologi, dan inovasi, menggesa pucuk pimpinan Umno mengadakan pemilihan parti segera bagi menyelesaikan apa yang disifatkan sebagai kemelut dalaman.
Beliau berkata, Umno tidak boleh menangguhkan pemilihan parti selepas PRU15, sebaliknya perlu menghadapi pilihan raya dengan parti diterajui kepimpinan baharu yang diterima rakyat.
Dalam menolak cadangan Khairy itu, Tajuddin turut mempersoalkan kejujuran Ahli Parlimen Rembau itu dan pemimpin Umno yang sependapat dengannya, khususnya rekod mereka ketika Umno menempuhi pelbagai cabaran.
“Masa kita jatuh dan kalah, kamu dekat mana? Mana kamu? Masa kita kalah. Masa kita bangkit semula bersama PAS, dalam penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional (MN), kamu di mana?
“Sekarang kamu lihat Umno sudah bagus, kamu kembali. Nak jadi jaguh. Keikhlasan kamu di mana?” katanya.
Tajuddin berkata sebelum ini beliau antara pemimpin yang bersusah payah untuk membuat pelbagai program bagi memperjuangkan kembali semangat Umno.
“Macam-macam program seperti Melayu Bangkit, Kebangkitan Ummah, Penyatuan Ummah dan (himpunan) Anti-Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
“Mana muka dia orang? Tetapi kita ini tidaklah sampai kata kamu dulu tak buat apa, kamu perlu keluar. Tidak. Kita buat ini untuk parti, ahli, dan rakyat.
“Tetapi janganlah sudah kita menuju kejayaan begini, kamu datang dengan bermacam-macam cadangan dan pandangan yang merosakkan hala tuju, strategi, serta perancangan parti. Nak memandai-mandai pula,” katanya.
Perhimpunan Agung Umno Ahad lalu memutuskan untuk menamatkan kerjasama dengan PPBM dan menghadapi PRU15 bersendirian bersama Barisan Nasional.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/04/umno-berterabur-jika-ikut-cakap-khairy.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

Umno Boleh Kerjasama Tapi Ikut Konsep Kita Kata Hadi

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 348 hits
puteradaily comHARAPAN untuk menyelamatkan Muafakat Nasional masih ada jika UMNO bersetuju dengan konsep kerjasama yang berasaskan untuk menyatukan dan bukannya memecah belah ummah Bercakap kepada pemberita di Marang Presiden Pas Datuk Seri...
Menteri Umno Ikut Cakap Muhyiddin Wak Jahid Kena Game Hahaha

Menteri Umno Ikut Cakap Muhyiddin Wak Jahid Kena Game Hahaha

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 427 hits
Cerita dongeng wak jahid nampaknya dimalukan secara berjemaah oleh kluster menteri umno Mereka lebih memilih untuk bersama muhyiddin untuk memulihkan negara daripada mengikut telunjuk politik wak jahid yang dilihat berkepentingan individu O...
Masa Umno Kalah Hang Pi Mana Soal Tajuddin Kepada Khairy

Masa Umno Kalah Hang Pi Mana Soal Tajuddin Kepada Khairy

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 268 hits
PETALING JAYA Umno akan berterabur jika mengikut saranan Khairy Jamaluddin supaya pemilihan parti diadakan sebelum PRU15 kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman Apa agendanya Kita nak fokus kita punya tenaga apa sahaja k...
Umno Hadapi Pru15 Sendirian Kata Tajuddin Partinya Sasar 120 Kerusi

Umno Hadapi Pru15 Sendirian Kata Tajuddin Partinya Sasar 120 Kerusi

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 413 hits
freemalaysiatoday com March 27 2021 9 40 PMPengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman menggesa Puteri Umno yakin dengan kemampuan parti untuk membentuk kerajaan sekali lagi selepas pilihan raya KUALA LUMPUR Pengarah Pilihan Raya Umno ...
Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

Umno Ingatkan Pas Kalau Dah Tak Suka Cakap Elok Elok Jangan Ikut Sedap Mulut Jer

papar berkaitan - pada 3/4/2021 - jumlah : 228 hits
April 3 2021 Pas boleh menyatakan pendirian mereka dengan cara lebih berhemah sekiranya tidak mahu lagi bersama UMNO Pengarah Pilihan Raya UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata cara itu lebih baik berbanding mengeluarkan kenyataan k...
2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

2018 Tangguh Pemilihan Selepas Pru Umno Lingkup Juga Khairy

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 307 hits
DAHULU kedua duanya sama sama dilihat lepak mamak Namun selepas kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke 14 hampir tiga tahun lalu senarionya sudah berbeza Biarpun masih dalam satu parti namun Khairy Jamaluddin tidak lagi teraga...
Pas Kelantan Hormat Keputusan Umno Negeri Tapi Tak Terikat Ikut Langkah Sama

Pas Kelantan Hormat Keputusan Umno Negeri Tapi Tak Terikat Ikut Langkah Sama

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 239 hits
freemalaysiatoday com March 24 2021 10 15 PMChe Abdullah Mat Nawi berkata PAS Kelantan menyokong keputusan PAS Pusat iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional PETALING Walaupun menghormati keputusan Umno K...
Umno Must Hold Party Polls To Settle Internal Chaos Before Ge15 Khairy

Umno Must Hold Party Polls To Settle Internal Chaos Before Ge15 Khairy

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 268 hits
Khairy Jamaluddin has called for his fractured party Umno to hold its own internal elections before the next general election as a way to settle the internal chaos currently engulfing it The science technology and innovation minister said t...
Tahniah Umno Kelantan Annuar Musa Nak Ikut Yang Mana

Tahniah Umno Kelantan Annuar Musa Nak Ikut Yang Mana

papar berkaitan - pada 24/3/2021 - jumlah : 227 hits
Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Kelantan pada 23 Mac 2021 telah membuat ketetapan seperti berikut 1 UMNO Negeri Kelantan terus mendokong institusi kepresidenan dan menyokong kepimpinan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden p...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur

Pemuda Pas Bersatu Jangan Tunggang Demo Atau Kami Tendang

Jim Serbu 10 Lokasi Klinik Doktor Warga Asing Di Kl

Terima Kasih Buat Coach