Umno Dibunuh Oleh Pemimpinnya Sendiri


 
Ternampak sekarang ini Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob sedang ditekan oleh UMNO dan Bersatu atas kepentingan yang berbeza dalam isu berkaitan Zuraida Kamaruddin.
Hanya kerana Zuraida keluar Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia, jawatan menterinya kini seolah-olah menjadi rebutan antara UMNO dengan Bersatu.
Begitu pun, sama ada Zuraida akan meletak jawatan atau terus dikekalkan dalam kabinet hanya akan diputuskan setelah beliau berbincang dengan Ismail Sabri terlebih dahulu.
Sementara Bersatu menuntut jawatan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu dikembalikan kepada mereka atas alasan perlantikan Zuraida dahulu adalah atas kouta Bersatu, tetapi UMNO pula berkehendakan sebaliknya.
Bagi UMNO, mereka bukan saja mahu Ismail Sabri menggunakan haknya melantik sesiapa saja yang dikehendakinya mengisi tempat Zuraida, malah juga sangat berharap agar jawatan itu diberikan kepada pemimpin UMNO untuk mengisinya.
Alasannya, Mahiaddin Md Yasin dulu pun kata mereka, melantik sesiapa yang dikehendakinya sebagai menteri tanpa berbincang atau menghormati hireaki seseorang itu dalam UMNO.
Lebih buruk, oleh kerana isu Zuraida itu telah berlarutan hampir sebulan tanpa penyelesaian, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Nur Jazlan Mohamed lantas menempelak Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara.
Soalnya, kalau Ismail Sabri dianggap paling lemah, UMNO mahu siapa lagi sebagai Perdana Menteri?
Adakah beliau mahu Zahid Hamidi atau Najib Razak yang masih ada kes mahkamah sebagai Perdana Menteri?
Apa pun, serangan terbuka UMNO kepada pemimpinnya sendiri yang menjadi Perdana Menteri dengan jelas memperlihatkan parti itu ada agenda lain yang belum terpenuh keinginannya.
Kalau sebelum ini mereka menyerang Mahiaddin ketika beliau menjadi Perdana Menteri, ia mungkin boleh difahami kerana beliau adalah pemimpin Bersatu, namun nampaknya setelah jawatan Perdana Menteri dipegang oleh UMNO pun, serangan terbuka tetap berterusan juga.
Keinginan UMNO melalui tindakan menekan Ismail Sabri agar tidak melayan kehendak Bersatu dan melantik sesiapa saja yang dikehendakinya untuk menggantikan Zuraida, malah kalau boleh memberikannya kepada pemimpin parti itu, tujuannya tidak lain ialah dengan harapan agar Parlimen akan terbubar akhirnya.
UMNO memang mahu Bersatu menarik sokongan terhadap Ismail Sabri jika beliau bertindak tidak melayan kehendak parti itu meletakkan pemimpinnya menggantikan tempat Zuraida dan apabila ia berlaku, pilihan yang diharapkan ialah Parlimen akan dibubarkan.
Tetapi, adakah Ismail Sabri semudah itu memenuhi kehendak UMNO dan mengenepikan kouta Bersatu, sedangkan beliau tahu kerajaannya adalah dibentuk melalui sokongan pelbagai parti?
Yang nyata, dengan melabelkan Perdana Menterinya sendiri sebagai paling lemah dan berbalah secara terbuka dengan pemimpin UMNO yang mempertahankan Ismail Sabri, apa yang mahu parti itu tunjukkan kepada rakyat?
Bolehkah rakyat yakin parti yang berbalah sesama sendiri dan menyerang Perdana Menteri daripada partinya sendiri untuk dipilih menjadi kerajaan?
Seburuk-buruk gambaran diberikan kepada Bersatu dan ia sering dikata mahu “membunuh” UMNO, tetapi tidak pula ada pemimpinnya pernah sampai hati melabel Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara?
Siapa sebenarnya mahu “membunuh” UMNO – Bersatu atau pemimpin UMNO sendiri? – ShahbudinHusin 24/06/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/umno-dibunuh-oleh-pemimpinnya-sendiri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelajar Tingkatan 4 Mati Disyaki Dibunuh Oleh Teman Lelaki Di Dalam Bilik

Pelajar Tingkatan 4 Mati Disyaki Dibunuh Oleh Teman Lelaki Di Dalam Bilik

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 197 hits
Foto sekadar hiasan sahajaSeorang pelajar perempuan tingkatan empat ditemui mati di rumah teman lelakinya berusia 24 tahun di Kampung Idaman Pandamaran pagi semalam nbsp Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong b
Pemuda Umno Salah Orang

Pemuda Umno Salah Orang

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 337 hits
SANUSI yang diminta mohon maaf PEMUDA UMNO terutama shahril hamdan kena cermin diri terlebih dahulu kedudukan mereka Kalau setakat dia nak tumpang glamour untuk calon PRU15 sangat tepat Kalau dia ikuti sejarah politik SANUSI jawatan nya dan...
Tanda Umno Berpecah Belah

Tanda Umno Berpecah Belah

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 248 hits
BUSUK IBARAT BANGKAI GAJAH YANG HENDAK DITUTUP DENGAN NIRU PAKAI AKAL LA ATAU DAH NGELABAHKALAU UMNO BERANI PEGI LA JUMPA YANG DIPERTUAN AGONG Nazri AzizKERAJAAN SETABIL TAK PERLU BUBAR PARLIMENPedehnya telinga dengo nih BN MENANG ATAU KALA...
Pas Wants To Stop Time As Leaders Terrified Of Losing Posts Umno Youth

Pas Wants To Stop Time As Leaders Terrified Of Losing Posts Umno Youth

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 172 hits
PAS leaders who slammed Umno president Ahmad Zahid Hamidi over his call for the 15th general election to be held immediately must be aware that their power was about to disappear said Umno youth communications director Syed Mohd Johan Rizal...
Hubungan Dengan Pas Retak Menanti Belah Umno Kedah Sedia Tanding Solo Pru15

Hubungan Dengan Pas Retak Menanti Belah Umno Kedah Sedia Tanding Solo Pru15

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 187 hits
freemalaysiatoday com June 13 2022 11 15 PMKetua Penerangan Pemuda Umno Kedah Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata MN nampak sudah terkubur sebab PAS sendiri mula menyerang Umno sejak PRN Melaka pada November tahun lalu PETALING J...
Umno Bn Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga Bersatu

Umno Bn Akan Menang Percuma Jika Khemah Besar Ketepikan Muhyiddin Dan Juga Bersatu

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 301 hits
KUANTAN Kemenangan percuma pasti menjadi milik UMNO dan Barisan Nasional jika khemah besar yang dimaksudkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU Ketua Bahagian BERSATU Maran Datuk Jasri Jamaludin be...
Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Rayuan Umno Batal Saman Src

Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Rayuan Umno Batal Saman Src

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 258 hits
agendaily com14 06 2022Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini menolak permohonan UMNO untuk membatalkan saman sivil SRC International Sdn Bhd Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan UMNO untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap par...
Pas Khianat Mn Bukan Umno Tok Mat Anggap Tidak Boleh Diselamatkan

Pas Khianat Mn Bukan Umno Tok Mat Anggap Tidak Boleh Diselamatkan

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 277 hits
agendaily com15 06 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tidak melihat kerjasama dengan PAS dalam Muafakat Nasional boleh diselamatkan lagi dan menganggapnya sudah sampai ke peng...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti