Umno Dan Pas Terengganu Makin Akrab Mesra


Posted by admin on June 30, 2019

KUALA TERENGGANU – Kesepakatan, keakraban serta kemesraan yang dipayungi semangat penyatuan ummah antara UMNO dan Pas di negeri ini kian menyerlah.

Kemesraan yang terjalin dan bukan dibuat-buat itu jelas terpancar di wajah para pemimpin kedua-dua parti Melayu itu sesudah sekian lama dinanti dan hari ini ukhuwah akhirnya menjadi realiti.

Malah hubungan berpaksikan semangat kekeluargaan memberi suatu gambaran positif ke arah pembentukan kerjasama padu dalam menentukan hala tuju politik antara kedua-dua belah pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Suasana kemesraan itu dirakam pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pas Negeri Terengganu di sini kelmarin yang turut dihadiri barisan kepemimpinan UMNO negeri.

Antara yang hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh kepemimpinan Pas Terengganu antaranya, Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Husain Awang; Speaker Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Muhamed.

Sehari selepas itu, para pemimpin Pas pula kelihatan bertandang ke majlis Hari Raya Aidilditri dengan UMNO Bahagian Kuala Terengganu pula menjadi tuan rumah yang berlangsung di pekarangan kediaman Wan Hisham di sini.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan beliau terkenal dengan celotehnya sehingga membuatkan para hadirin tidak kering gusi.

Turut kelihatan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Din Adam; barisan kepemimpinan UMNO negeri dan bahagian Kuala Terengganu termasuk Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu, Armi Irzan Mohd. selain para pemimpin Pas negeri.

Antara kepemimpinan Pas negeri yang hadir ialah ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi; Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim; Ahmad Shah serta Pengarah Urusetia Penerangan Darul Iman, UPDI, Mohd. Shoud Said.

Lebih manis, keakraban dan kemesraan sesama mereka begitu terserlah ketika para pemimpin antara dua parti berkenaan saling suap menyuap kek sambil ketawa mesra. 
– UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/07/umno-dan-pas-terengganu-makin-akrab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muktamar Pas Umno Sambut Baik Ucapan Dasar Presiden Pas

Muktamar Pas Umno Sambut Baik Ucapan Dasar Presiden Pas

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 475 hits
KUALA LUMPUR UMNO menyambut baik pandangan serta saranan daripada ucapan dasar Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sempena Muktamar Pas 2019 Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan berkata secara khususnya UMNO bersetuju bahawa p...
Pas Muktamar Approves Motion For Political Cooperation With Umno

Pas Muktamar Approves Motion For Political Cooperation With Umno

papar berkaitan - pada 24/6/2019 - jumlah : 562 hits
The 65th PAS Muktamar Saturday passed a motion for the party to seal a political agreement with Umno The motion tabled by Dewan Ulama Information chief Mohd Asri Mat Daud received unanimous support from the delegates Mohd Asri when tabling ...
Kepimpinan Umno Hadir Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke 65

Kepimpinan Umno Hadir Perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke 65

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 537 hits
Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Timbalan Presiden UMNO Malaysia Datuk Seri Mohamad Hassan ke Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Pas kali ke 65 yang dirasmikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Sta...
Prestasi Cemerlang Ph Akan Menyukarkan Gabungan Pas Umno

Prestasi Cemerlang Ph Akan Menyukarkan Gabungan Pas Umno

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 361 hits
MOHD ALI HASHIM Melihat kepada cara rakyat menilai dan memilih dalam pilihan raya umum ke 14 yang lalu sekiranya kerajaan Pakatan Harapan mampu memberi prestasi yang cemerlang pada penggal sulung ini tidak dapat dinafikan gabungan baru Umno...
Tak Payah Nak Menyibuk Soal Umno Pas

Tak Payah Nak Menyibuk Soal Umno Pas

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 479 hits
BEBERAPA hari lalu tersebar kembali klip video ucapan seorang pemimpin Pakatan Harapan ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands yang antara lain berkata Jangan sekali kali biar UMNO hidup balik di Cameron Highlands UMNO h...
Ahmad Zahid Mampu Perkuat Umno Pas

Ahmad Zahid Mampu Perkuat Umno Pas

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 484 hits
KOTA BHARU UMNO Kelantan yakin pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk kembali bertugas sebagai presiden parti itu akan memperkukuhkan gerak kerja penyatuan antara UMNO dan Pas Pengerusinya Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata keputu...
True Test Of Umno Pas Coalition Lies In Seat Negotiations

True Test Of Umno Pas Coalition Lies In Seat Negotiations

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 329 hits
While the cooperation between Umno and PAS may be burgeoning the question of whether both parties can form a viable electoral pact will only be tested during seat negotiations for the 15th general election Political analyst Jeniri Amir of U...
Hadi When Umno Is Pinched Pas Feels Pain And Vice Versa

Hadi When Umno Is Pinched Pas Feels Pain And Vice Versa

papar berkaitan - pada 23/6/2019 - jumlah : 894 hits
PAS president Abdul Hadi Awang has highlighted Umno and his party s intertwined history stating that when either is pinched the other would feel the pain Umno and PAS are like the left thigh and right thigh When the right is pinched the lef...
Kerjasama Umno Pas Jadi Keperluan

Kerjasama Umno Pas Jadi Keperluan

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 386 hits
PADANG BESAR Kerjasama politik UMNO dan Pas sememangnya menjadi keperluan berlandaskan keadaan politik semasa yang menyaksikan orang Melayu dilihat terancam di bawah kerajaan Pakatan Harapan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khalid Nord...
Belia Sabah Memuji Kepimpinan Anwar Dan Menuntut Hak Ma63

Ribut Tropika Senyar Di Malaysia Fakta Terkini Impak Amaran Metmalaysia

Kkm Tingkatkan Siap Siaga Demi Kebajikan Mangsa Banjir

Poco Launches Poco F8 Series

Cara Kurangkan Sakit Kepala Secara Semulajadi

Penemuan Unik Bekas Gangsa Dengan 300 R Di Como Itali Utara

Berbaloi Tak Beli Motor Guna Spaylater Motorcycle

Peristiwa Pelik Ribut Tropika Senyar Dalam Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Maksud Skor Seo 83 Cadangan Naikkan Skor Ke 90 Seo

Dicalonkan Untuk Apc

Apa Yang Saya Belajar Minggu Ini

Jalan Jalan Menikmati Suasana Malam Di Liyang

Doa Ketika Hujan Dan Doa Menghadapi Musibah Banjir

Potato Egg Melt Sihat Rendah Kalori Sarapan Sedap Yang Mudah Kenyang Lama Memikat