Umno Perlukan Bersatu Atau Bersatu Perlukan Umno


Pada 5 Jun 2020,  Dr Mohd Puad Zarkashi, ahli Majlis Tertinggi Umno telah mengeluarkan kenyataan yang pedas dan jelas

Umno menolak pendaftaran Perikatan Nasional (PN) sebagai badan formal. Kata beliau, Bersatu sahaja yang sedang berusaha untuk ‘formalise’ (memformalkan) penubuhan PN kerana ia merupakan satu-satunya jalan survival Bersatu

Ini bukan kali pertama pimpinan Umno menyatakan pendirian sedemikian. Tok Mat (Mohamad Hasan) Negeri Sembilan, Nur Jazlan, Ku Nan (Tengku Adnan) dan lain-lain Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno juga telah menyatakan pendapat yang sedemikian

Pendek kata, Umno tidak perlukan Bersatu. Bersatu yang perlukan Umno

Semalam juga, Umno dan PAS telah mengadakan perbincangan di ibu pejabat Umno untuk bersedia menghadapi PRU ke-15

Perbincangan itu hanya melibatkan Umno dan PAS, tidak Bersatu. Mengapa Bersatu tidak diajak bersama?
Untuk memahamkan bagaimana rumit dan tersisihnya kedudukan Bersatu, saya berikan analisis contoh yang mudah tentang kekuatan Umno dan PAS

Kita ambil contoh di Semenanjung : 
Umno bertanding 105 kerusi dan menang sebanyak 46 kerusi. Nisbah kekuatan Umno ialah 46 daripada 105, bersamaan dengan 43.8 peratus

PAS pula bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi. Nisbah kekuatan PAS ialah 18 daripada 114, bersamaan dengan 12.5 peratus

Bersatu bertanding 52 kerusi dan menang 13 kerusi. Nisbah kekuatan Bersatu ialah 13 daripada 52, bersamaan dengan 25 peratus

Persoalan yang penting di sini, melalui kerjasama PN, berapa banyakkah kerusi yang PAS sanggup korbankan untuk memberi laluan kepada Umno dan Bersatu untuk mengelakkan berlakunya pertembungan tiga penjuru

Jangan dilupa sejarah PAS di dalam rundingan pembahagian kerusi semasa di dalam Pakatan Rakyat, PAS telah meletakkan calon di DUN Kota Damansara dan Sg Aceh sehingga berlakunya pertandingan tiga penjuru yang menjejaskan kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu


Mustahil PAS, Umno sedekah kerusi pada Bersatu
Pada PRU ke-14, telah berlaku pertandingan tiga penjuru di 46 kerusi antara Bersatu, Umno dan PAS. Bersatu hanya menang 10 kerusi, Umno menang 30 kerusi dan PAS pula menang 6 kerusi

Adalah hampir mustahil untuk PAS dan Umno sedekahkan 36 kerusi yang telah dimenangi mereka kepada Bersatu

Malah untuk mengekalkan dikotomi 10 kerusi yang sedia ada itupun adalah suatu yang amat meragukan

Semasa PRU ke-14 yang lalu, sebanyak empat kerusi Bersatu bertanding melawan MIC, MCA atau Gerakan

Pilihan raya kecil (PRK) Tanjung Piai membuktikan MCA mampu merampas semula kerusi Bersatu dan adakah pada PRU ke-15, Gerakan dan MCA sanggup memberikan laluan kepada Bersatu

Terdapat dua kerusi lagi, Kota Tinggi dan Pengerang, telah berlaku pertandingan satu lawan satu antara Bersatu dan Umno

Selaku Presiden Bersatu dan orang Johor, adakah Muhyiddin Yassin dapat berunding agar Umno memberikan laluan kepada Bersatu bertanding di Kota Tinggi dan Pengerang tanpa tentangan

Di kawasan yang rata-rata pengundinya bukan Melayu yang telah disandang Bersatu sebelum ini, tidak lagi akan diberikan kepada Bersatu kerana kemenangan di bawah PH sebelum ini ialah hasil dari sokongan DAP

Peluang untuk menang di kawasan seperti ini di bawah PN sangat- sangat tipis. Kawasan-kawasan sebegini akan dibolot oleh MCA dan MIC. Kawasan tersebut adalah Tapah, Tanjung Piai, Alor Gajah dan Simpang Renggam

Di pantai timur pula sebagai contoh, Bersatu boleh tutup kedai kerana tidak ada sebab Bersatu perlu bertanding di sana

16 kerusi daripada 34 kerusi yang ditandingi Bersatu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, semua kerusi Bersatu kalah dengan mendapat undi hanya 101,488 dari 884,773 jumlah undi, menjadikan undi popular Bersatu di pantai timur hanya 11.5 peratus.
Saya memberikan senario yang mudah sebegini untuk memahamkan ahli dan akar umbi, bergayut di atas dahan PN adalah jalan yang sukar dan payah

Itupun jika Umno dan PAS setuju memformalkan penubuhan PN


Umno parti dominan
Saya gusar yang berteriak menyokong akhirnya hanya seronok sendiri, kerana hakikatnya sampai hari ini, tidak ada sebarang kenyataan pun dari Umno yang mengesahkan untuk bertanding di PRU15 menerusi PN

Saya juga telah menulis bagaimana Bersatu akan dipinggirkan dengan sangat tidak adil. Tidak ada pimpinan Umno yang membantah atau mengeluarkan kenyataan mempertahankan Bersatu apalagi bersedia untuk berkongsi kerusi dengan Bersatu

Malah Bersatu juga tidak akan lagi menjadi parti dominan di bawah PN (sekiranya ia ditubuhkan)

Umno ialah parti dominan dan sudah tentulah calon perdana menteri bukan lagi Muhyiddin, tetapi daripada Umno. Calonnya sudah tentu Najib atau Zahid Hamidi

Umno sekarang mempunyai 39 kerusi sementara Bersatu hanya memiliki 12 kerusi (jika tidak ditolak lima kerusi yang kononnya telah terhenti keahlian mereka) termasuk 14 MP yang lompat ke Bersatu dari Umno

Adakah 14 MP Umno yang lompat ke Bersatu akan kembali semula kepada Umno dan bertanding mempertahankan kerusi mereka atas tiket Umno bukan Bersatu kerana mereka sebelum ini menang atas tiket Umno

Menteri Besar PN juga bukan lagi didominasi dari Bersatu berikutan bertukarnya kerajaan negeri di Johor, Melaka, dan Kedah

Dalam bahasa mudah, pimpinan Bersatu sekarang telah menggadaikan negeri-negeri tersebut demi sokongan politik kepada seorang individu. Ini tidak pernah berlaku di zaman PH

Di Perak sebagai contoh, barisan exco didominasi oleh Umno seramai 6 orang daripada keseluruhan 11 Exco Perak

Setiap kali saya bertemu dan berbincang dengan ahli-ahli dari akar umbi, inilah yang akan saya bentangkan. Berikan kepada saya formula untuk Bersatu kekal dominan jika bersama PN seperti yang diuar-uarkan

Berikan saya satu sahaja sebab kenapa Zahid Hamidi dan Najib Razak mahu memberikan peluang kepada Muhyiddin Yassin untuk menjadi calon Perdana Menteri sekali lagi pada PRU15 nanti

MASZLEE MALIK 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/06/umno-perlukan-bersatu-atau-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Pecah Umno Mencelah

Bersatu Pecah Umno Mencelah

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 371 hits
A Kadir Jasin Ceritanya mudah saja Pemimpin yang mengepalai gerakan tidak demokratik menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat jelata tidak akan mampu bersikap demokratik terhadap parti mereka sendiri Itulah yang telah sedang dan akan d...
Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

Umno Mahu Hapuskan Bersatu Dengan Menjemput Muhyiddin Sertai Umno

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 389 hits
Tawaran Muhyiddin Kembali Pada UMNO Hanya Untuk Menghapuskan BERSATU dan Membunuh Karier Muhyiddin SahajaSekiranya Muhyiddin Yaasin bijak dia tidak akan menerima pelawaan UMNO ini Jaminan menjadi Perdana Menteri hanyalah jaminan kosong saha...
Hubungan Umno Dengan Bersatu Tak Ubah Macam Orang Bernikah Mutaah

Hubungan Umno Dengan Bersatu Tak Ubah Macam Orang Bernikah Mutaah

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 254 hits
Walaupun bersama dalam membentuk kerajaan pendirian UMNO tentang hubungannya dengan Perikatan Nasional Bersatu dan Muhyiddin Yassin adalah jelas tidak akan melebihi tempoh PRU15 Beberapa pemimpin utama UMNO seperti Zahid Hamidi Mohamad Hasa...
Pas Umno Bersatu Saling Melengkapkan Dr Ridhuan Tee

Pas Umno Bersatu Saling Melengkapkan Dr Ridhuan Tee

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 293 hits
HARAKAHDAILY KUALA LUMPUR Perkongsian kerusi dan kuasa melibatkan tiga parti Melayu Islam iaitu Umno PAS dan BERSATU dilihat lebih seperti adik beradik demikian pandangan Ahli Akademik Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah Beliau membidas dakwa...
Bersatu Lebih Selamat Dalam Ph Atau Pn Sila Jawab

Bersatu Lebih Selamat Dalam Ph Atau Pn Sila Jawab

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 196 hits
DR SHAHRUDDIN AHLI PARLIMEN SRI GADING SUA PPBM BERSATU ANDAI SAYA PERLU LETAK JAWATAN SAYA AKAN LETAK JAWATAN 1 Masa berlalu begitu pantas seumpama kilat hari nie saya dah janji nak tulis lagi tulisan lepas bertarikh 15 Mei iaitu hari lahi...
Menyepak Bersatu Satu2nya Pilihan Umno Untuk Kembali Menduduki Kerusi Perdana Menteri

Menyepak Bersatu Satu2nya Pilihan Umno Untuk Kembali Menduduki Kerusi Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 447 hits
Shahbudin Husin Pas melalui Setiausaha Agungnya Takiyuddin Hassan semalam cuba meyakinkan bahawa kerjasama semua parti dalam Perikatan Nasional adalah mantap dan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi PRU15 Tambah beliau segala spe...
Zahid Tawar Bersatu Kembali Sertai Umno Tapi Muhyiddin Tak Akan Setuju

Zahid Tawar Bersatu Kembali Sertai Umno Tapi Muhyiddin Tak Akan Setuju

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 335 hits
Diterbitkan Hari ini 11 34 amExco Pemuda Bersatu Muzammil Ismail mendedahkan bahawa Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pernah menawarkan Bersatu supaya kembali menyertai Umno Bagaimanapun kata Muzammil Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak ...
Youth Exco Muhyiddin Rejected Zahid S Offer For Bersatu To Join Umno

Youth Exco Muhyiddin Rejected Zahid S Offer For Bersatu To Join Umno

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 270 hits
Bersatu Youth exco Muzammil Ismail revealed that Umno president Ahmad Zahid Hamidi had offered splinter party Bersatu to return to Umno However he said Bersatu president Muhyiddin Yassin did not agree He told Malaysiakini this when asked ab...
Third Audio Recording Of Bersatu Meeting Surfaces Supposedly Of Muhyiddin Wanting To Join Forces With Umno

Third Audio Recording Of Bersatu Meeting Surfaces Supposedly Of Muhyiddin Wanting To Join Forces With Umno

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 344 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin MOHD SAHAR MISNI The StarPETALING JAYA A third audio recording allegedly of a Parti Pribumi Bersatu Malaysia meeting that occurred before Malaysia s political turmoil in February is making its rounds on social media...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults