Umno Bn Bakal Diharamkan Jun Ini



Umno BN Bakal Diharamkan Jun Ini? | Ada sesuatu yang besar nampaknya sedang dalam perancangan iaitu cubaan menyah daftar Umno oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang dijangka selesai pada bulan Jun

Ada yang berpandangan bahawa kedudukan Umno tidak akan terjejas kerana mereka masih mempunyai BN yang boleh digunakan kelak. Namun, sejauh mana pandangan ini benar?

Langkah berkenaan - tidak lain dan tidak bukan - hanyalah suatu krisis epik yang direkayasa hanya untuk mencetuskan rombakan ke atas keseluruhan landskap politik orang Melayu. 
Kebarangkaliannya lebih tinggi apabila MCA dan MIC kelihatan lebih rela berlaga pipi, bercium mulut dengan pemain kuasa dalam Perikatan Nasional (PN).
Berminggu-minggu lamanya khabar angin bahawa MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) bakal meninggalkan BN untuk menyertai PN. 
Umno BN Bakal Diharamkan Jun Ini?Khabar-khabar itu sedang berterbangan di udara yang memenuhi setiap penjuru lorong-lorong gelap yang dipenuhi oleh pemain politik.
BN hanya tinggal empat parti sekarang dan sekiranya Umno ditinggalkan sendirian terkontang-kanting, maka sudah tentu BN juga bakal dinyah daftar. Jadilah ahli-ahli parlimen dan pucuk pimpinan mereka seperti gelandangan - tiada lagi rumah untuk berteduh.
Jika bersama PN, Bersatu dan Muhyiddin Yassin sudah pasti MCA dan MIC memiliki kelebihan, jaminan dan keselesaan kerana mereka bergabung dengan pemegang kantung wang ringgit negara. 
Justeru memanglah sukar untuk mereka menggigit tangan yang memberi, biar pun tanpa mengira prinsip dan persahabatan. Bagi mereka, nilai sesebuah kesetiaan terletak hanya pada wang dan kuasa.
Apalah sangat nilai perjuangan 60 tahun bersama Umno.
Ditelan dan dicerna dari dalam
Situasi mereka itu sama sahaja seperti pasangan yang bercinta kemudian akhirnya berpisah dek memilih untuk selaku mengelak daripada berjumpa.
Permainan Muhyiddin sekarang ialah untuk membunuh Umno dengan menghapuskan dahulu ‘kluster mahkamah’ sebelum membuka ruang kepada penyitaan Umno.
Dengan matinya Umno tanpa sebarang pelan sandaran - sambil dipinggirkan sekutu utama mereka - maka akan berbondong-bondonglah Muhyiddin dan Bersatu mengutip sisa-sisa Umno (ahli-ahli parlimennya) ketika mereka bak laskar tidak bertuan.
Begitulah hebatnya rancangan perpaduan ummah teragung yang diusahakan PN dan beberapa pihak di dalam Muafakat Nasional (MN). Cumanya, Umno itulah yang dijadikan korban sampingan untuk ditelan dan dicerna dari dalamnya sendiri.
Menjelang dan pascapengumuman Muhyiddin untuk membatalkan pendaftaran Umno akan dilihat sebagai suatu insiden cacamarba perebutan ahli-ahli parlimen Umno yang terkapai-kapai di pasaran jualan murah akhir tahun.
Umno BN Bakal Diharamkan Jun Ini?Tetapi, sebenarnya, ‘jualan prapelancaran’ sudahpun berjalan dan ia berlangsung dengan lancar tanpa kita sedar.
Ekspedisi memancing ahli parlimen - gerakan yang dipercayai ditaja Muhyiddin dan konco-konconya dengan slogan 'sertai kami sekiranya anda mahu terus bertahan atau kekal di sana dan akan dihapuskan' - bukan lagi rahsia.
Berduyun-duyun ahli parlimen Umno dan Pakatan Harapan (PH) mengalami keadaan ini sejak lebih dari setahun lalu, malah sebelum Langkah Sheraton lagi.
Nampaknya, Umno pada hari ini sedang menelan kepahitan pil sianida yang pada suatu ketika dulu mereka sendiri gunakan terhadap lawan politik mereka.
Menjadi sebahagian daripada pemerintahan paling teruk pernah disaksikan oleh negara ini, juga berada jauh dari tampuk kuasa, ketika demokrasi berparlimen dan Perlembagaan Persekutuan digantung, dengan presiden dan panglima perang utamanya sama ada pasti akan menghadapi sabitan jenayah atau telah habis dilelong kepada pengkhianat, Umno benar-benar dikepung dari semua arah di tengah-tengah rentetan cabaran yang belum pernah disaksikannya sebelum ini.
Umno kini sedang dimamah dari dalam dan dari luar. Parti yang mereka anggap sebagai rakan kongsi sedang menghenyak Umno hingga lumat.
Parti yang menjadi sekutu Umno selama enam dekad kini meninggalkan mereka terkapai-kapai. Dan telah difatwakan kepada ahli dan penyokongnya agar mereka dilayan sebagai seteru mutlak. Kini mereka tiada pilihan selain daripada terus memberikan balasan yang setimpal.
Pada waktu dan saat ini, Umno sedang menghadapi saat-saat paling gelap dalam sejarahnya. Umno bakal merasakan pengkhianatan seperti dialami oleh PH. 
Cuma bezanya, besar kemungkinan pengkhianatan ke atas Umno akan berakhir dengan hilangnya parti tersebut dari peta politik kita.
Umno BN Bakal Diharamkan Jun Ini?Sememangnya Umno tidak berhak atau layak untuk mendapat simpati daripada mana mana pihak. Merekalah yang memilih untuk bersekongkol dengan pihak yang punya sejarah mengkhianati orang (dan bakal mengkhianati mereka pula).
Tetapi, pertama kali saya dapat menyatakan dengan jujur bahawa saya berempati dengan mereka. - mk








BERMINAT? BERIKLAN DI WEB ADDIN. SILA KLIK LINK DIBAWAH..
http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/

                                                                                Iklan  





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2021/04/umno-bn-bakal-diharamkan-jun-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepimpinan Umno Berubah Jun Annuar Bayangkan Calon Pm Bakal Dilantik

Kepimpinan Umno Berubah Jun Annuar Bayangkan Calon Pm Bakal Dilantik

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 221 hits
PETALING JAYA Annuar Musa membayangkan kepimpinan Umno akan berubah pada Jun apabila penggal tiga tahun barisan pemimpin sekarang tamat Menteri Wilayah Persekutuan itu juga membayangkan seorang calon perdana menteri dan timbalannya akan dip...
Selagi Pimpinan Ada Sikap Melawan Seperti Sekarang Sukar Untuk Umno Diharamkan Tapi

Selagi Pimpinan Ada Sikap Melawan Seperti Sekarang Sukar Untuk Umno Diharamkan Tapi

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 150 hits
Bolehkah UMNO diharamkan Ini adalah antara isu yang menghantui UMNO sekarang ini selain isu kedudukan hubungannya dengan Bersatu dan kemampuan untuk menang dalam PRU15 akan datang Dengan banyak kuasa berada dalam tangan Bersatu dan parti it...
Umno Bakal Singkir Zahid Dan Najib Dalam Masa Terdekat

Umno Bakal Singkir Zahid Dan Najib Dalam Masa Terdekat

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 733 hits
Umno Bakal Singkir Zahid Dan Najib Dalam Masa Terdekat Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden Umno dan pendahulunya Najib Razak dari pentas politik menjelang Ogos ini sekali gus menyambut...
Bahaya Umno Diharamkan Dan Pejuang Diluluskan

Bahaya Umno Diharamkan Dan Pejuang Diluluskan

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 250 hits
Strategi Pejuang lambat diluluskan dan umno bakal diharamkan Strategi Pejuang tidak AKAN diluluskan jika umno tidak jadi diharamkan
Umno 3 0 Sedia Ambil Alih Daripada Zahid Najib Kata Sumber Dalaman Umno Bakal Melingkup

Umno 3 0 Sedia Ambil Alih Daripada Zahid Najib Kata Sumber Dalaman Umno Bakal Melingkup

papar berkaitan - pada 9/4/2021 - jumlah : 201 hits
April 9 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas presiden Najib Razak berdepan ketidaktentuan dalam masa depan politik mereka PETALING JAYA Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden U...
Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

Kapal Umno Bakal Karam Umno Sedang Berdiri Di Ambang Pintu Kubur Iiyyeee Kee

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 344 hits
SIAPA LAGI GANDINGAN YANG DILIHAT PALING BAIK MENERAJUI UMNO DAN MALAYSIA JIKA BUKAN ZAHID MAT HASAN NAJIB KU LI Kapal dianggap diambang pecah jika kem Presiden bertembung dgn kem timbalan Presiden Faktanya masa madey lawan ku li 1988 hj ha...
Adakah Umno Akan Diharamkan

Adakah Umno Akan Diharamkan

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 184 hits
HOWARD LEESesuatu yang besar nampaknya sedang dalam perancangan iaitu nyahdaftar Umno oleh Pendaftar Pertubuhan yang dijangka selesai dalam bulan Jun Ada yang berpandangan bahawa kedudukan Umno tidak akan terjejas kerana mereka masih mempun...
Jika Diharamkan Wujud Lagikah Umno

Jika Diharamkan Wujud Lagikah Umno

papar berkaitan - pada 5/4/2021 - jumlah : 320 hits
Pada waktu kuku ditumbuhi besi pekara tak boleh jadi akan terjadi Begitulah nasib Umno sebuah parti kebanggaan orang Melayu seketika dahulu Kini Umno ibarat rumput kering di musim kemarau nak kata mati pun tidak nak kata hidup segar bugar p...
Umno Bakal Gerakkan Kempen Sambung Yang Tergendala

Umno Bakal Gerakkan Kempen Sambung Yang Tergendala

papar berkaitan - pada 2/4/2021 - jumlah : 174 hits
UMNO bakal menggerakkan kempen Sambung Yang Tergendala pada Sabtu ini Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata Sambung Yang Tergendala merupakan kempen untuk mengajak rakyat membincangkan soal dasar untuk kembalikan Malaysia ke landasan...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa