Umno Baling Ada Simpanan Rm20 Juta
Via WhatsApp
Ketika menjawab soalan semasa program Berani Semuka Sinar Harian pada 14 Ogos lalu (minit ke 1:14:50 hingga 1:17:22), DS Azeez telah mengatakan;
https://www.facebook.com/zahirhassan.keadilan/photos/a.372968319849020/961284737684039/?type=3&theater
“RM 500,000 duit zakat untuk UMNO Bahagian Baling yang dikeluarkan dari akaun UMNO. Duit dimasukkan dalam envelop RM 20, RM 50, RM 100 dan RM 200 untuk diagihkan kepada yang memerlukan.”
Beberapa persoalan timbul dari jawapan tersebut:
1. RM 500K itu adalah duit zakat. Jika itu benar, mengikut nasab duit zakat 2.5% dari jumlah harta; ini membawa erti jumlah harta UMNO Baling untuk bahagian zakat ini sahaja adalah RM 20 juta.
Kalau duit zakat RM 600K, nilai harta adalah RM 24 juta.
Satu Bahagian UMNO sahaja mempunyai harta sebanyak ini; tertanya-tanya bagaimana satu Bahagian parti politik UMNO boleh mempunyai harta terkumpul sebanyak itu atau lebih?
2. Jika UMNO Bahagian Baling tidak mempunyai harta sebanyak RM 20 juta / RM 24 juta untuk mewajibkan membayar zakat sejumlah RM 500K / RM 600K itu, dari mana pula duit itu datang?
Saya kira rakyat berhak untuk mengetahuinya terutama rakyat Baling.
Adakah mungkin RM 500K itu adalah duit bayaran zakat DS Azeez sendiri?
Jika ini keadaannya, adakah maksud DS Azeez mempunyai nilai harta sejumlah itu? Hanya satu persoalan.
3. Jika benar UMNO Bahagian Baling memang mempunyai nilai harta sejumlah RM 20 juta atau lebih yang mewajibkan bayaran zakat tersebut, saya kira sepatutnya semua ahli UMNO Bahagian Baling kemungkinan tidak tergulong dalam kumpulan B40 dan tidak layak menerima zakat.
4. Atau ada yang tidak kisah hendak tahu dari mana duit itu datang samada halal atau haram; yang penting “saya” dapat ‘bahagian’ saya?
Saya yakin dan percaya majoriti rakyat Malaysia beragama Islam terutamanya rakyat di Baling dan juga yang menerima sumbangan kewangan masih sensitif dan peka untuk mengetahui dan memastikan sumber bantuan diterima adalah dari sumber yang halal dan baik (halalan taiyiban).
Menjadi tanggungjawab yang memberi atau menyampaikan itu memastikan sumber kewangan dan bantuan itu adalah halal dan baik.
Jika kepentingan politik dan kepentingan kedudukan menjadi keutamaan di atas segala pertimbangan, maka amalan “matlamat menghalalkan cara” akan mendominasi percakapan dan perbuatan.
Kepada mereka ini, jangan cabar kebijaksanaan rakyat!
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/29276