Tiada Resit Daripada Bn Umno Berhubung Sumbangan Politik Rm6 5 Juta Kepada Rosmah


KUALA LUMPUR, -- Seorang ahli perniagaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tiada sebarang resit diterima daripada Barisan Nasional (BN) dan UMNO berhubung sumbangan politik berjumlah RM6.5 juta yang telah diberikan kepada isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Saidi Abang Samsudin, 61, Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd ketika itu berkata demikian dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes rasuah Rosmah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 buah sekolah luar bandar di Sarawak.
Sri Ram: Sehingga hari ini, anda mengatakan bahawa RM6.5 juta adalah untuk sumbangan politik. Jadi sehingga hari ini, adakah anda menerima sebarang resit daripada BN dan UMNO untuk memperakui bahawa RM6.5 juta itu sebagai sumbangan?
Saidi:  Tidak.
Sri Ram: Adakah tertuduh (Rosmah) menolak ketika anda membuat sumbangan politik itu?
Saidi: Tidak, dia (Rosmah) senyum sahaja dan dia panggil Rizal (Datuk Rizal Mansor) untuk atur semua.
Sri Ram: Semasa pertemuan kedua pada 7 Sept 2017, ketika anda membawa dua beg berisi wang (RM1.5 juta) adakah dia (Rosmah) meminta anda meninggalkan rumahnya?
Saidi : Dia hanya memberi respons "Hm"...itu sahaja.
Saidi, yang juga saksi penting pendakwaan ketika membacakan penyataan saksi, berkata beliau telah menyerahkan RM6.5 juta seperti yang telah dijanjikan kepada Rosmah untuk sumbangan politik.
Menceritakan perkara itu, Saidi, yang juga ahli parti Pesaka Bumiputera Bersatu, berkata pada 20 Dis 2016, beliau telah menyerahkan wang RM5 juta yang diisi ke dalam dua bagasi kepada Rosmah melalui bekas pembantu wanita itu Datuk Rizal Mansor di bangunan pejabat Lawrence di Pavilion.
"Saya telah jumpa Rizal dan Lawrence ...dalam perjumpaan itu, saya telah memberitahu mereka bahawa dua bagasi berkenaan mengandungi wang tunai RM5 juta. Saya juga meminta Lawrence untuk mengeluarkan resit penerimaan wang tunai kepada saya dan Lawrence mengatakan dia akan menyediakan resit itu.
"Saya tidak pernah menerima resit yang dijanjikan oleh Lawrence sehingga ke hari ini. Rizal telah berbincang dengan Lawrence berkenaan isu penyerahan wang itu kepada siapa tetapi saya tidak memberi perhatian kepada perbincangan mereka.
“Kemudian Rizal mengatakan beliau perlu menghantar wang tunai itu ke rumah Datin Seri Rosmah," katanya yang turut memaklumkan kedua-dua bagasi kemudian dimasukkan ke dalam kereta Toyota Vellfire milik Rizal.
Menjawab soalan tambahan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani sama ada beliau tahu wang RM5 juta itu telah diserahkan kepada Rosmah, Saidi berkata "Rizal beritahu saya bahawa beliau akan pergi ke rumah Datin Seri Rosmah.”
Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata wang tersebut merupakan sebahagian daripada wang pinjaman berjumlah RM16 juta yang diperoleh daripada syarikat Builtamont International Sdn Bhd untuk melaksanakan projek genset diesel bermula 1 Jan 2017.
"Pinjaman itu dimasukkan Builtamont ke dalam akaun operasi Jepak di CIMB Bank secara berperingkat. Saya telah menggunakan RM5 juta daripada pinjaman itu untuk membayar Datin Seri Rosmah atas bantuan yang diberikan," katanya.
Saidi berkata beliau dan rakan perniagaannya, Rayyan Radzwill Abdullah, juga telah membawa dua beg galas berisi wang tunai RM1.5 juta untuk diserahkan kepada Rosmah di kediaman tertuduh di Langgak Duta pada 7 Sept 2017 selepas Rizal sering mengingatkan beliau agar membayar sumbangan politik yang dijanjikan kepada Rosmah.
Saksi itu juga berkata beliau telah meminta Rizal untuk mendapatkan bantuan 'Mem' bagi mempercepatkan pengeluaran Surat Setuju Terima (SST) kepada Jepak bagi projek solar hibrid.
"Mem merupakan nama panggilan yang digunakan Rizal untuk merujuk kepada Rosmah. Saya juga ada bertanya kepada Rizal mengenai jumlah wang yang perlu dibayar oleh saya kepada Datin Seri Rosmah untuk membantu Jepak. Rizal memberitahu saya dan Rayyan biasanya 10 peratus hingga 15 peratus," katanya.
Saidi berkata beliau telah memaklumkan Rosmah bahawa sumbangan politik sebanyak 10 peratus daripada nilai projek solar hibrid bernilai RM1.25 billion akan diberikan kepada isteri bekas perdana menteri itu.
"Idea penawaran sumbangan politik ini merupakan idea saya dan Rayyan," katanya.
Saksi itu berkata Rosmah kemudian memberikan respons bahawa status politik UMNO ketika itu agak teruk dan UMNO Pekan memang memerlukan dana politik dan meminta beliau berbincang dengan Rizal.
Rosmah, 68,  berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi berhubung projek tenaga solar itu.
Suapan itu didakwa diterima melalui Rizal sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan (KPM).
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 dan 7 Sept 2017.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/rRiYj6SbsLI/tiada-resit-daripada-bn-umno-berhubung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sumbangan Politik Rm6 5 Juta Kepada Rosmah Tiada Resit Dari Bn Umno Saksi

Sumbangan Politik Rm6 5 Juta Kepada Rosmah Tiada Resit Dari Bn Umno Saksi

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 173 hits
360 total views 360 views today Seorang ahli perniagaan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur bahawa tiada sebarang resit diterima daripada Barisan Nasional dan Umno berhubung sumbangan politik berjumlah RM6 5 juta yang telah...
Pemerintah Masih Data Pekerja Gaji Di Bawah Rp 5 Juta Yang Dapat Insentif

Pemerintah Masih Data Pekerja Gaji Di Bawah Rp 5 Juta Yang Dapat Insentif

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 204 hits
Menteri Ketenagakerjaan Ida Fauziyah mengatakan aturan menteri untuk program insentif bagi pekerja dengan gaji di bawah Rp 5 juta masih belum rampung Meski demikian pendataan jumlah masih terus dilakukan oleh BPJS Ketenagakerjaan
Filem Aksi Korea Deliver Us From Evil Lepasi 1 Juta Penonton

Filem Aksi Korea Deliver Us From Evil Lepasi 1 Juta Penonton

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 322 hits
Filem aksi terbaru Korea Selatan Deliver Us from Evil bermula baik di pentas box office Korea Pada 8 Ogos Majlis Filem Korea mengumumkan bahawa filem terbaru Lee Jung Jae dan Hwang Jung Min itu telah melepasi 1 juta penonton Menurut pengeda...
Kes Jangkitan Covid 19 Di As Hampir Lima Juta

Kes Jangkitan Covid 19 Di As Hampir Lima Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 326 hits
Paris Kes jangkitan Covid 19 di Amerika Syarikat hampir mencecah lima juta dengan 162 425 kematian Selepas AS yang merekodkan 4 99 juta kes Brazil menjadi negara kedua terjejas teruk dengan 3 01 juta kes dan 100 477 kematian India pula bera...
Terima Rasuah Rm3 3 Juta Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah

Terima Rasuah Rm3 3 Juta Lim Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 307 hits
BUTTERWORTH 10 Ogos Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk menerima wang suapan berjumlah RM3 3 juta bagi membantu sebuah syarikat dilantik ...
Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Libatkan Suapan Rm3 3 Juta

Guan Eng Mengaku Tidak Bersalah Libatkan Suapan Rm3 3 Juta

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 270 hits
BUTTERWORTH Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah di sini pagi ini atas pertuduhan suapan wang tunai berjumlah RM3 3 juta melibatkan projek jalan jalan utama dan terowong di Pulau Pinang G...
Guan Eng Vs Boss The Star Kerana 19 Juta

Guan Eng Vs Boss The Star Kerana 19 Juta

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 316 hits
Ada cerita lucu di sebalik gambar Guan Eng dengan ahli perniagaan yang telah didakwa dalam mahkamah kerana menerima bayaran RM19 juta untuk cubaan tutup siasatan SPRM ke atas projek terowong Cerita ini juga satu lagi contoh cara Guan Eng da...
Siap Siap Gigit Jari Inilah Karyawan Swasta Yang Tak Dapat Blt 600 Ribu Meski Gaji Dibawah 5 Juta

Siap Siap Gigit Jari Inilah Karyawan Swasta Yang Tak Dapat Blt 600 Ribu Meski Gaji Dibawah 5 Juta

papar berkaitan - pada 9/8/2020 - jumlah : 398 hits
Ketua Satgas Pemulihan Ekonomi Nasional Budi Gunadi Sadikin menegaskan pemerintah hanya memberi bantuan langsung tunai kepada karyawan swasta yang terdaftar di Badan Penyelenggara Jaminan Sosial Ketenagakerjaan Budi menyebut banyak tenaga k...
Pencuri Ini Tak Tahu Merek Handphone Seharga Rp 11 Juta Dijual Hanya Rp 800 Ribu

Pencuri Ini Tak Tahu Merek Handphone Seharga Rp 11 Juta Dijual Hanya Rp 800 Ribu

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 159 hits
Seorang karyawan sebuah guest house di Kota Malang ketahuan mencuri handphone tamu yang menginap Pelaku berinisial SDC usia 20 tahun merupakan warga Singosari Kabupaten Malang Ia bekerja di guest house tersebut sudah satu tahun lebih Kasat ...
Jkn Pahang Rampas Produk Ubat Tidak Berdaftar Kosmetik Tiada Notifikasi Bernilai Rm1 Juta

Awak Solat Tak 5 Waktu Jika Tidak Awak Balik Saja

The Hardest Singing Show

Cerita Foto Sepanjang Minggu

Drama Puaka Cuti Semester Lakonan Mark Adam Zaki Azeman

Jadilah Wanita Yang Mahal Thalia Baiduri Harap Wanita Jaga Darjat Jangan Bergaduh Kerana Buaya

Jpsm Mengesahkan Kegiatan Pembalakan Di Bukit Beserah Berlaku Dalam Kawasan Tanah Persendirian

Kkb Polls Indians And The Futility Of Voting



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah


Baby Car Seat Malaysia Safety Standards What Parents Need To Know

Antara Momen Yang Umi Akan Rindu

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Leave Pang Alone Skjcs Aren T Illegal Umno Man Tells Fadhli

Titah Hasrat Dan Pandangan Tuanku