Umno Bakal Quyub Padan Muka Hangpa


 


Kekal atau keluar dari kerajaan, mesyuarat MKT esok saksikan pertembungan dua kemApril 24, 2021 Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 25 April ini dijangka menyaksikan pertembungan dua kem iaitu kem ahli-ahli majlis tertinggi parti menyokong Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan satu lagi kem ahli MKT menyebelahi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Penganalisis politik daripada Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Syed Agil Alsagoff berkata, pertembungan dua kem itu dijangka tidak dapat dielakkan kerana UMNO kini sedang berhadapan persimpangan dilema dalam menentukan hala tuju dan nasib parti itu bagi mengharungi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Jelas beliau, kem Ismail Sabri yang disokong ahli-ahli MKT cenderung kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan pemimpin UMNO ‘kluster menteri’ serta kem Ahmad Zahid didukung pemimpin ‘kluster mahkamah’ dan berkecuali dijangka akan memberi pendirian masing-masing berhubung dua persoalan utama.
“Persoalan pertama adalah mengenai keperluan UMNO menarik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN dengan kem Ismail Sabri dijangka akan lebih rasional membicarakan perkara itu.
“Persoalan kedua pula mengenai kewajaran pemilihan UMNO diadakan mengikut jadual. Dalam menentukan perkara itu, saya menjangkakan kem pro-Presiden UMNO akan berusaha memastikan proses diwajibkan Perlembagaan UMNO itu akan ditangguhkan semaksimum 18 bulan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas desas-desus mesyuarat MKT UMNO yang akan diadakan pada 25 April ini bakal membuat keputusan sama ada pemilihan UMNO akan diadakan mengikut jadual atau ditangguhkan.
Sekiranya mengikut Perlembagaan UMNO, proses pemilihan perlu diadakan setiap tiga tahun sekali dengan tempoh penggal kepimpinan parti sedia ada berakhir pada bulan Jun.
Bagaimanapun, perlembagaan juga menyebut pemilihan UMNO boleh ditangguhkan kepada 18 bulan, dengan syarat alasan penangguhannya diterima Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS).
Selain itu, mesyuarat MKT tersebut juga bakal menjadi penentu hayat kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada hujung bulan lepas sebulat suara memberikan mandat kepada badan tertinggi UMNO itu untuk menentukan tempoh kepada parti menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.
Dalam pada itu, Syed Agil berkata, di sebalik apa jua isu-isu bakal diperdebatkan dua kem berkenaan dalam mesyuarat MKT UMNO kelak, beliau berharap ahli-ahli MKT tidak mengambil satu sikap terburu-buru, sentiasa bersikap rasional dan meletakkan kepentingan rakyat mendahului kepentingan parti.
Jelas beliau, MKT UMNO harus mengambil kira cabaran kerajaan sedia ada dalam mendepani kemungkinan gelombang keempat Covid-19 sebelum membuat keputusan yang membelakangkan kepentingan rakyat.
“Selain itu, mesyuarat MKT kali ini juga adalah merupakan satu platform untuk semua parti di luar sana merancang strategi politik terkini sama ada mereka boleh membentuk jajaran kerjasama politik baharu dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) atau tidak.
“Sebagai contoh, adakah UMNO dan BN akhirnya akan mula mempertimbangkan kerjasama politik dengan parti-parti pembangkang seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP? Atau mereka akhirnya pertimbang untuk kembali bersama Perikatan Nasional (PN).
“Persoalan-persoalan itu pastinya akan dibincangkan dalam mesyuarat MKT itu kelak bersama tuntutan penjelasan daripada Ahmad Zahid mengenai insiden rakaman perbualan telefon tular suara mirip beliau bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua ini perlu diperjelaskan dalam mesyuarat itu demi mengukuhkan kembali kepimpinan parti,” katanya.










Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/04/umno-bakal-quyub-padan-muka-hangpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ini Semua Salah Dap Bmf Mana Dia Woiiii Bmf Kelaut Kah Kah Kah Padan Muka Kah Orang Ulu Tembeling Makan Daun Hutan

Ini Semua Salah Dap Bmf Mana Dia Woiiii Bmf Kelaut Kah Kah Kah Padan Muka Kah Orang Ulu Tembeling Makan Daun Hutan

papar berkaitan - pada 17/4/2021 - jumlah : 272 hits
Bukan hanya ayam sayur pun naik Keluh rakyatApril 16 2021Belum sempat isu harga ayam yang melambung tinggi selesai pengguna dikejutkan pula dengan harga sayur sayuran yang naik mendadak sejak semalam Tinjauan ke Pasar Cabang Tiga di sini me...
Pas Bakal Tewas Di Ganu Umno Menang Besar Tanpa Pas Dan Bersatu

Pas Bakal Tewas Di Ganu Umno Menang Besar Tanpa Pas Dan Bersatu

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 224 hits
Datuk Husam Musa mengulas tentang soalan hadirin mengenai nasib Kerajaan Pas di tiga negeri selepas PRU Ke15 Beliau juga mengulas bagaimana peluang UMNO untuk bangkit semula walaupun tanpa kerjasama daripada Pas dan PPBM
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 360 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Lagi Rahsia Zahid Arah Wanita Umno Sokong Anwar Bakal Terbongkar

Lagi Rahsia Zahid Arah Wanita Umno Sokong Anwar Bakal Terbongkar

papar berkaitan - pada 27/4/2021 - jumlah : 275 hits
Masa itu dia panggil semua Ketua Wanita negeri masa itu depan semua Ketua Wanita negeri Dia kata itu kesilapan dia kita tanya Datuk Seri you sign cek bukan seribu dua tapi berjuta macam mana boleh buat satu tindakan yang bodoh Ha itulah sil...
Menteri Umno Gesa Zahid Segera Buat Laporan Polis

Menteri Umno Gesa Zahid Segera Buat Laporan Polis

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 366 hits
Sabtu 10 Apr 2021 10 20 AM MYTDatuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ahli parti di peringkat akar umbi dilihat masih keliru dengan isu berkenaan Foto BernamaMELAKA Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu segera membuat laporan pol...
Confirm Pakatan Harapan Buka Pintu Untuk Kerja Dengan Umno

Confirm Pakatan Harapan Buka Pintu Untuk Kerja Dengan Umno

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 215 hits
Pendekatan tersebut diumumkan tidak lama selepas tularnya rakaman audio dikatakan perbualan di antara Presiden PKR merangkap Pengerusi PH Anwar Ibrahim dan Presiden Umno merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi Pakatan Harapan kini mengamb...
Panas Pemimpin Umno Soal Annuar Video Hotel Four Points Wajah Azmin Atau Beruang

Panas Pemimpin Umno Soal Annuar Video Hotel Four Points Wajah Azmin Atau Beruang

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 272 hits
April 10 2021Selepas Tan Sri Annuar Musa begitu bersungguh sungguh cuba mengesahkan bahawa audio perbualan dua pemimpin yang tersebar adalah tulen 100 peratus pemimpin Umno kini bertanya wajah siapa pula dalam video di Hotel Four Points Sab...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur