Umno Antara Marah Dan Kecewa


PADA 28 Julai 2020, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan dan menghukum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd., bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluar kenyataan bahawa UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar.
Kenyataannya itu dilihat sebagai bayangan bahawa UMNO mungkin keluar daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akibat keputusan mahkamah tersebut.
Kenyataan itu memberi gambaran bahawa, kerana marah atau kecewa Najib disabitkan dan dihukum, Presiden UMNO itu membuat keputusan menarik UMNO keluar daripada PN.
Tanpa apa-apa penjelasan selanjutnya, apa yang kita fikir ialah ahli-ahli Parlimen UMNO tidak akan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, menyebabkan Muhyiddin dan kerajaan PN akan tumbang.
Hanya dua kemungkinan menunggu, PH akan mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan semula atau Parlimen akan dibubarkan.
Ahmad Zahid marah kepada atau kecewa dengan siapa? Satu-satunya andaian yang boleh dibuat ialah kepada atau dengan Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN kerana tidak mahu campur tangan untuk membebaskan Najib sama ada dengan mengarahkan Pendakwa Raya menarik balik pertuduhan atau mengarahkan hakim membebaskannya.
Jika itulah sebabnya, maka ia amatlah mendukacitakan. Ia bererti bahawa beliau membawa UMNO menyertai PN dengan tujuan atau sekurang-kurangnya, dengan harapan Perdana Menteri dan kerajaan PN akan membebaskan Najib dan mungkin beliau juga yang sedang berdepan pertuduhan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa di mahkamah.
Jika itu benar, maka beliau langsung tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa dan keluhuran undang-undang.
Keputusan Sila baca rencana-rencana saya seperti ‘Withdrawal of Charges: Attorney General Should Explain’ (11 Ogos 2018), ‘First Three Months of Tommy Thomas as Attorney General’ (9 September 2018), ‘Pesanan Kepada Kerajaan PN: Walaupun Kekal Sehari, Buat Yang Betul’ (2 Mac 2020) dan rencana sebelum ini bertajuk ‘Campur Tangan Pemimpin Politik Dalam Keputusan Mahkamah’ (31 Julai 2020), kesemuanya boleh didapati dalam laman web saya, https://www.tunabdulhamid.my/.
Pada 30 Julai 2020, akhbar melaporkan UMNO membuat keputusan tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasa Muafakat Nasional (MN) bersama Pas dan parti komponen Barisan Nasional (BN). Pendirian terbaharu itu diumumkan Ahmad Zahid.
Beliau berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan kerajaan Pusat dan kerajaan di beberapa negeri.
Perhatikan, kenyataan itu menyebut tujuan UMNO keluar daripada PN adalah untuk memperkasa Muafakat Nasional bersama Pas dan komponen BN. Ia masih tidak menyebut sebab keputusan itu dibuat.
Malah, mengikut laporan Malaysiakini, Ahmad Zahid ketika ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan keputusan mahkamah terhadap Najib berkata, “Itu terpulang kepada pengamal media untuk melakukan tafsiran.”
Maka, sebab yang boleh ‘ditafsirkan’ daripada kenyataan Ahmad Zahid yang pertama itu kekal sebagai satu titik hitam terhadapnya dan terhadap sesiapa yang menyokong pendirian itu atas alasan tersebut.
Pada 2 Ogos 2020, akhbar sekali lagi melaporkan Ahmad Zahid menegaskan ahli Parlimen BN kekal menyokong kerajaan PN walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.
Kenyataan itu melegakan dari segi politik. Sama ada keputusan itu baik atau tidak untuk politik UMNO, Pas dan kepentingan Melayu/Islam adalah satu perkara lain.
Sila baca rencana-rencana saya seperti ‘Pembahagian Kawasan Pilihan Raya Antara Parti-Parti Komponen PN Dalam PRU15’ (22 Jun 2020), ‘UMNO dan Pas Perlu Sepakat’ (28 Jun 2020) dan ‘TS Muhyiddin Kembali Kepada UMNO: Sokongan Terhadap DS Nazri Aziz’ (9 Julai 2020), kesemuanya boleh didapati dalam laman web saya.
Diharapkan bukan sahaja Ahmad Zahid, tetapi semua pemimpin politik membersihkan minda mereka daripada tanggapan bahawa Perdana Menteri atau Eksekutif boleh campur tangan dalam keputusan mahkamah mengenai sesuatu kes.
Mereka eloklah belajar sedikit mengenai prinsip pengasingan kuasa dan keluhuran undang-undang dan menghormatinya. Jika tidak, mereka akan mengelirukan orang ramai.
Tun Abdul Hamid
The post UMNO antara marah dan kecewa appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/09/umno-antara-marah-dan-kecewa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Umno Keluar Pn Kerana Marah Najib Didapati Bersalah

Adakah Umno Keluar Pn Kerana Marah Najib Didapati Bersalah

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 198 hits
Oleh Tun Abdul Hamid MohamadPADA 28 07 2020 selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan dan menghukum bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd bekas Timba...
Umno Rakam Takziah Mantan Jr Wanita Umno Antara Tujuh Mangsa Maut Kemalangan

Umno Rakam Takziah Mantan Jr Wanita Umno Antara Tujuh Mangsa Maut Kemalangan

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 418 hits
UMNO ONLINEKUALA LUMPUR Innalillahi wainnailaihirojiun Sangat sedih mendengar berita ini Parti kehilangan seorang pejuang yang setia demikian kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menzahirkan rasa dukacita berkaitan lapor...
Mesyuarat Pertama Mn Johor Bincang Perkukuh Kerjasama Umno Pas

Mesyuarat Pertama Mn Johor Bincang Perkukuh Kerjasama Umno Pas

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 366 hits
ISKANDAR PUTERI Mesyuarat pertama Jawatankuasa Muafakat Nasional Johor hari ini berkisar kepada soal pengukuhan hubungan Umno dan PAS di negeri itu menerusi pelbagai program di peringkat akar umbi Pengerusi Umno Johor Hasni Mohammad berkata...
Menteri Kereta Terbang Kata Terpulang Kepada Muhyiddin Untuk Sertai Umno Semula

Menteri Kereta Terbang Kata Terpulang Kepada Muhyiddin Untuk Sertai Umno Semula

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 210 hits
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak untuk meneliti saranan daripada Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan untuk menyertai UMNO kembali Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Se...
Bukan Kami Di Sebalik Rancangan Rampas Kuasa Kata Umno Sabah

Bukan Kami Di Sebalik Rancangan Rampas Kuasa Kata Umno Sabah

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 267 hits
Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menolak spekulasi yang mengaitkan parti itu dengan khabar angin mengenai rampasan kuasa terhadap kerajaan negeri pimpinan Warisan awal minggu ini Saya tegas dalam hal ini Umno Sabah bukan dalang di seb...
We Re Not Behind Political Coup Says Sabah Umno

We Re Not Behind Political Coup Says Sabah Umno

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 304 hits
Sabah Umno chief Bung Moktar Radin has dismissed speculations linking his party to the rumoured political coup against the Warisan led government earlier this week I m firm on this Sabah Umno was not behind it the Kinabatangan MP told repor...
Johor Muafakat Meets To Strengthen Umno Pas Ties

Johor Muafakat Meets To Strengthen Umno Pas Ties

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 216 hits
There was no discussion regarding the distribution of seats for the 15th general election during the first Johor committee meeting of Muafakat Nasional today said Johor Umno chairman Hasni Mohammad He said the meeting only discussed matters...
Anwar Nasihat Cabang Pkr Elak Ikut Perangai Umno

Anwar Nasihat Cabang Pkr Elak Ikut Perangai Umno

papar berkaitan - pada 26/7/2020 - jumlah : 220 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan agar cabang PKR tidak mengikut perangai Umno yang mencantas cerdik pandai menyertai pentadbiran di peringkat bahagian Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata pemimpin dan ahli PKR perlu inga...
Mp Umno Minta Siasatan Penuh Terhadap Th Gantung Pengurusan Tertinggi

Mp Umno Minta Siasatan Penuh Terhadap Th Gantung Pengurusan Tertinggi

papar berkaitan - pada 27/7/2020 - jumlah : 230 hits
MALAYSIAKINIPARLIMEN Anggota Parlimen Rompin dari Umno Hasan Arifin hari ini meminta agar pengurusan tertinggi Tabung Haji digantung sehingga siasatan penuh dilaksanakan terhadap dakwaan salah urus dana dan hasil siasatan diterangkan kepada...
Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Tahukah Anda Fasal Bas Dari London Ke Calcutta

Cheah Liek Hou

Cina Guna Strategi Melayu Guna Emosi



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Miniatur Bis Kalebas Legacy Sr3

Filem Tentang Sisi Gelap Suatu Entiti Bakal Melambak

Lasserhaus Where Contemporary Art Meets Hospitality By Vudafieri Saverino Partners In South Tyrol

10 Tahanan Berkait Lelaki Israel Dirujuk Agc Minggu Ini Kp Kl

Pj Mayor Denies Being Rude To Residents Group

Police To Meet Ag On Further Action Against 10 Sosma Detainees Linked To Israeli Man Says Kl Top Cop