Adakah Umno Keluar Pn Kerana Marah Najib Didapati Bersalah


azrulhakimie


Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad

PADA 28 07 2020, selepas Mahkamah Tinggi mensabitkan dan menghukum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas tujuh tuduhan penyelewengan wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluar kenyataan bahawa UMNO akan mengambil keputusan politik yang besar. Kenyataannya itu dilihat sebagai bayangan bahawa UMNO mungkin keluar daripada gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN) akibat keputusan mahkamah itu.

Kenyataan itu memberi gambaran bahawa, kerana marah atau kecewa DS Najib disabitkan dan dihukum, Presiden UMNO itu membuat keputusan menarik UMNO keluar dari PN. Tanpa apa-apa penjelasan selanjutnya, apa yang kita fikir ialah ahli-ahli Parlimen UMNO tidak akan menyokong TS Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan TS Muhyiddin dan kerajaan PN akan tumbang. Hanya dua kemungkinan menunggu: PH akan mengambil alih pemerintahan kerajaan Persekutuan semula atau Parlimen akan dibubarkan.

Beliau marah kepada atau kecewa dengan siapa? Satu-satunya andaian yang boleh dibuat ialah kepada atau dengan TS Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri dan kerajaan PN kerana tidak mahu campur tangan untuk membebaskan DS Najib sama ada dengan mengarahkan pendakwa raya menarik balik pertuduhan atau mengarahkan hakim membebaskannya. Jika itulah sebabnya, maka ia amatlah mendukacitakan. Ia bererti bahawa beliau membawa UMNO menyertai PN dengan tujuan atau, sekurang-kurangnya, dengan harapan Perdana Menteri dan kerajaan PN akan membebaskan DS Najib dan mungkin beliau juga. Jika itu benar, maka beliau langsung tidak menghormati prinsip pengasingan kuasa (separation of powers) dan keluhuran undang-undang (rule of law).

Sila baca rencana-rencana saya seperti “Withdrawal of Charges: Attorney General Should Explain” (11 08 2018), “First Three Months of Tommy Thomas as Attorney General” (09 09 2018), “Pesanan Kepada Kerajaan PN: Walaupun Kekal Sehari, Buat Yang Betul” (02 03 2020) dan rencana sebelum ini bertajuk “Campur Tangan Pemimpin Politik Dalam Keputusan Mahkamah” (31 Julai 2020), kesemuanya boleh didapati dalam laman-laman web saya.

Pada 30 Julai 2020, BH Online melaporkan:

“KUALA LUMPUR: UMNO membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

Pendirian terbaharu itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Beliau berkata, sokongan kepada kerajaan PN ketika ini, hanya berlandaskan sokongan Ahli Parlimen UMNO dan BN serta ADUN dalam pembentukan Kerajaan Pusat dan di beberapa negeri.”

{Perhatikan, pertama, dalam kenyataan itu perkataan “tidak menyertai” PN digunakan. Tujuannya ialah untuk membezakan di antara “keluar” dengan “tidak menyertai”. Alasannya ialah UMNO tidak pernah bersetuju menyertai PN (yang hendak didaftarkan oleh Bersatu), oleh itu tidak timbul isu UMNO keluar dari PN.

Memanglah PN bukan sebuah parti politik berdaftar seperti BN, tetapi ia adalah satu perikatan, pakatan atau kumpulan beberapa buah parti termasuk UMNO yang menubuh kerajaan Pusat selepas mengambil alih kuasa daripada kerajaan PH dan perikatan, pakatan atau kumpulan itu dikenali sebagai PN. Kerajaannya pun dikenali sebagai kerajaan PN, berbeza dengan kerajaan PH. UMNO tidak boleh berkata ia tidak pernah masuk dalam perikatan, pakatan atau kumpulan itu sedangkan pemimpin-pemimpinnya menjadi menteri dan timbalan menteri kerajaan PN.

Biar apa pun, itu bukan isunya dalam rencana ini. Isunya ialah apakah sebabnya tiba-tiba, selepas DS Najib didapati bersalah oleh mahkamah, Presiden UMNO itu mengeluarkan kenyataan UMNO “tidak (akan) menyertai” PN?}

Kedua, kenyataan itu menyebut tujuan UMNO “tidak menyertai’ PN adalah untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN). Ia masih tidak menyebut sebab keputusan “tidak menyertai” itu dibuat. Malah, mengikut laporan Malaysiakini:
“Ditanya sama ada ia mempunyai kaitan dengan keputusan mahkamah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak, Zahid berkata: “Itu terpulang kepada pengamal media untuk melakukan tafsiran.”
Maka, sebab yang boleh “ditafsirkan” daripada kenyataan DS Zahid yang pertama itu kekal sebagai satu titik hitam terhadapnya dan terhadap sesiapa yang menyokong pendirian itu atas alasan itu.

Pada 2 Ogos 2020, BH Online melaporkan:

“Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) kekal menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) walaupun tidak menyertai gabungan itu secara rasmi.”

Kenyataan itu melegakan dari segi politik. Sama ada keputusan itu baik atau tidak untuk politik UMNO, PAS dan kepentingan Melayu/Islam adalah satu perkara lain. Sila baca rencana-rencana saya seperti “Pembahagian Kawasan Pilihan Raya Antara Parti-Parti Komponen PN Dalam PRU15” (22 06 2020), “UMNO Dan PAS Perlu Sepakat” (28 06 2020) dan TS Muhyiddin Kembali Kepada UMNO : Sokongan Terhadap DS Nazri Aziz” (09 07 2020) kesemuanya boleh didapati dalam laman-laman web saya.

Adalah diharapkan bukan sahaja DS Zahid, tetepi semua pemimpin-pemimpin politik membersihkan minda mereka daripada tanggapan bahawa Perdana Menteri atau Eksekutif boleh campur tangan dalam keputusan mahkamah mengenai sesuatu kes. Mereka eloklah belajar sedikit mengenai prinsip pengasingan kuasa dan keluhuran undang-undang dan menghormatinya. Jika tidak, mereka akan mengelirukan orang ramai.

04 08 2020

[email protected]
http://www.tunabdulhamid.my
https://tunabdulhamid.me
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/08/adakah-umno-keluar-pn-kerana-marah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Najib Dah Didapati Bersalah Cari Generasi Baru Pimpin Umno Kj

Najib Dah Didapati Bersalah Cari Generasi Baru Pimpin Umno Kj

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 269 hits
Ahli Parlimen Rembah Khairy Jamaluddin mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa mesejnya tidak boleh dinafikan yang Umno perlu bergerak ke hadapan Menteri sains teknologi dan inovasi itu dipetik Astro Awani berkata masih ada yang mahu beka...
Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid

Keputusan Najib Bersalah Umno Tentukan Hala Tuju Kerajaan Pn Dalam Masa Terdekat Kata Zahid

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 315 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran pihaknya akan membuat satu keputusan politik besar susulan keputusan kes mahkamah Najib Razak hari ini Zahid berkata demikian selepas mahkamah mendapati Najib bersalah dalam tujuh tuduhan te...
Setelah Didapati Bersalah Najib Bersumpah Laknat Lagi

Setelah Didapati Bersalah Najib Bersumpah Laknat Lagi

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 356 hits
Najib Razak mengulangi sumpah laknatnya tidak tahu mengenai RM42 juta dana SRC International dalam akaun banknya selepas disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan rasuah semalam more Bekas perdana menteri itu menafikan beliau pernah meminta ata...
Najib Didapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

Najib Didapati Bersalah Salah Satu Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 306 hits
KUALA LUMPUR Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak didapati bersalah atas salah satu pertuduhan salah guna kuasa melibatkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputus...
Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana Rm42 Juta Milik Src

Najib Razak Didapati Bersalah Kesemua 7 Pertuduhan Berkait Dana Rm42 Juta Milik Src

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 283 hits
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan melibatkan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta berkait SRC International Sdn Bhd yang dikenaka...
Video Kalau Umno Tak Keluar Pn Zahid Akan Senasib Najib

Video Kalau Umno Tak Keluar Pn Zahid Akan Senasib Najib

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 309 hits
Ahli Parlimen Umno diingatkan agar berani bertindak untuk keluar daripada Perikatan Nasional Perkara ini ditegaskan oleh seorang penyokong Dato Seri Najib di luar perkarangan mahkamah yang berhimpun menyatakan sokongan terhadap mantan perda...
Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

Keputusan Kes Src Najib Didapati Bersalah Terhadap Semua Tujuh Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 319 hits
334 total views 334 views today Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah terhadap ketujuh tujuh pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kuasa melibatkan RM42 juta dana S...
Penyokong Najib Mahu Umno Keluar Pn

Penyokong Najib Mahu Umno Keluar Pn

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 284 hits
Selepas Mantan Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak didapati bersalah oleh mahkamah para penyokong Najib berang dan tidak berpuas hati Salah seorang penyokong yang mendakwa ahli Umno beliau berkata Najib telah difitnah dan dianiaya oleh Tu...
Akhirnya Diputuskan Najib Didapati Bersalah Untuk Semua 7 Pertuduhan

Akhirnya Diputuskan Najib Didapati Bersalah Untuk Semua 7 Pertuduhan

papar berkaitan - pada 28/7/2020 - jumlah : 245 hits
Sebentar tadi satu pertuduhan yang dibacakan telahpun diputuskan bahawa Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib didapati bersalah dan enam lagi pertuduhan sedang dibacakan Hakim Mohd Nazlan Tiga pertuduhan berkaitan pecah amanah dan tiga lag...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt