Umno Amal Double Standard Kata Ketua Bahagian Dipecat Pada 2009



Ahli persoalkan ketidakadilan Umno apabila peraturan parti hanya terpakai kepada anggota marhaen, tetapi tidak kepada pemimpin parti.
(MalaysiaNow) – Bekas ketua Umno bahagian yang digugurkan jawatan dan dipecat kerana berdepan pertuduhan mahkamah pada 2009 mempersoalkan sikap “double standard” parti itu kerana tidak mengambil tindakan sama apabila melibatkan presiden dan pemimpin tertinggi.
Bekas ketua Umno bahagian Labuan Suhaili Abdul Rahman berkata, parti itu seharusnya menggunakan Fasal 10.10 terhadap pemimpin parti yang berdepan dengan pendakwaan mahkamah seperti berlaku pada dirinya pada 2009.
“Ini maknanya Umno ‘double standard’ sebab peraturan itu digunakan kepada semua. Peraturan ini digunakan pada 2009. Adil atau tidak kepada ahli lain?” kata Suhaili seperti dilaporkan Utusan Malaysia hari ini.
“Apakah peraturan itu hanya kepada rakyat marhaen macam saya? Kepada ahli Majlis Tertinggi, setiausaha dan presiden bagaimana?”
Suhaili berkata, kes mahkamah yang dihadapinya pada 2009 tidak melibatkan pertuduhan rasuah, salah guna kuasa atau merompak akan tetapi beliau digugurkan daripada jawatan dan dipecat daripada parti.
Pada April 2009, jawatan ketua Umno bahagian Labuan yang disandang Suhaili gugur dengan serta merta berikutan pendakwaan mahkamah dihadapinya.
Pada ketika ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Sementara Najib yang juga ketua Umno bahagian Pekan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah,menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).
Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan juga sedang dibicarakan atas dakwaan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterimanya daripada perdana menteri ketika itu, Najib kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada 2013.
Manakala Ketua Umno Bahagian Putrajaya Tengku Adnan Tengku Mansor pula berdepan sabitan dan hukuman penjara 12 bulan dan denda RM2 juta kerana menerima rasuah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan.
Zahid dan Najib kini mengetuai sekumpulan pemimpin Umno yang berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah di mahkamah menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Tahun lalu, Umno adalah antara parti yang menyokong pembentukan kerajaan PN.
Menurut Suhaili, beliau merupakan pemimpin Umno yang pertama dan terakhir dikuatkuasakan peraturan itu sedangkan ramai lagi pemimpin parti Melayu itu yang terpalit dengan pertuduhan mahkamah.
“Dulu saya langsung tak diberi ruang untuk membuat penjelasan, jawatan pun tak dikembalikan kepada saya walaupun kes dah selesai,” katanya kepada Utusan Malaysia.
“Dua belas tahun kes ini sudah berlalu, tapi hari ini biar semua orang tahu tentang ketidakadilan perjuangan Umno sebenarnya.”
Semalam, seorang pengamal undang-undang Adnan Seman memberitahu Utusan Malaysia peraturan yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno pada 29 Mei 2009 ketika Najib merupakan presiden parti itu menyatakan mana-mana pemimpin atau ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik digantung semua jawatannya di dalam parti.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/23/umno-amal-double-standard-kata-ketua-bahagian-dipecat-pada-2009/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bahagian Puteri Arau Tolak Azlan Ketua Umno Perlis Desak Zahid Kembalikan Shahidan

Bahagian Puteri Arau Tolak Azlan Ketua Umno Perlis Desak Zahid Kembalikan Shahidan

papar berkaitan - pada 26/4/2021 - jumlah : 326 hits
Umno bahagian Arau dan sayap Puteri bahagian itu menolak pelantikan Azlan Man sebagai Ketua Umno Perlis menggantikan Shahidan Kassim Mereka turut mendesak Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengembalikan jawatan itu kepada Shahidan yang juga ...
Video Rebus Katak Sunting Ucapan Ketua Biskop Untuk Hasut Orang Islam Kata Kumpulan Peguam

Video Rebus Katak Sunting Ucapan Ketua Biskop Untuk Hasut Orang Islam Kata Kumpulan Peguam

papar berkaitan - pada 28/4/2021 - jumlah : 217 hits
Persatuan Peguam Katolik mahu pihak berkuasa siasat video yang menyunting ucapan Ketua Biskop Julian Leow di luar konteks dengan niat untuk mengancam keamanan PETALING JAYA Satu video rebus katak yang dimuat naik di Facebook baru baru ini m...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 537 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

Gelar Ahli Politik Kluster Mahkamah Binatang Politik Faiz Anjing Salakan Bersatu Kata Umno

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 245 hits
April 19 2021 6 25 PMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Armand Azha Abu Hanifah berkata Muhammad Faiz Na aman harus faham dan terima kenyataan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional adalah kerana sokongan Umno PETALING JAYA Kenyataan kurang aj...
Malu Apa Bossku Kali Ni Umno Nak Kata Apa Macai Tak Kan Lihat Sahaja Dah Kata Tak Salah Hadi Tak Keluar Fatwa

Malu Apa Bossku Kali Ni Umno Nak Kata Apa Macai Tak Kan Lihat Sahaja Dah Kata Tak Salah Hadi Tak Keluar Fatwa

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 191 hits
Terkini Najib menghampiri penjara pendakwa raya dedah pelaburan hampir RM4 bilion SRC palsu April 15 2021 Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu bahawa pelaburan berjumlah hampir RM4 bilion dari SRC International adalah palsu Timbalan pendakwa...
Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

Umno Polls Okay But Not Ge15 It S About Zahid Say Analysts

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 303 hits
With 200 000 taking part in the Umno elections it would be just as risky as a general election say analysts PETALING JAYA Political analysts have decried the selfish attitude reeking of a double standard of Umno politicians calling for earl...
Pas Tangguh Rundingan Kerusi Dengan Umno Teruskan Dengan Ppbm Kata Hadi

Pas Tangguh Rundingan Kerusi Dengan Umno Teruskan Dengan Ppbm Kata Hadi

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 181 hits
Faiz ZainudinPETALING JAYA Rundingan kerusi PAS dengan Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke 15 ditangguh bagi memberi ruang kepada Umno menyelesaikan isu dalaman kata Abdul Hadi Awang Presiden PAS itu berkata rundingan pengagihan kerus...
Fasal 10 Umno Boleh Digunakan Lucut Jawatan Zahid Kata Bekas Ahli Umno

Fasal 10 Umno Boleh Digunakan Lucut Jawatan Zahid Kata Bekas Ahli Umno

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 198 hits
Jawatan Presiden UMNO yang dipegang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi boleh terlucut serta merta sekiranya Fasal 10 perlembagaan parti itu dikuatkuasakan kata seorang bekas ahli parti yang pernah menjadi mangsa dihukum dibawah peraturan tersebu...
Apa Kata Umno Berusaha Satukan Pas Dengan Pan

Apa Kata Umno Berusaha Satukan Pas Dengan Pan

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 248 hits
Pas menegaskan belum bersedia menjalinkan kerjasama politik dengan Parti Amanah Negara Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata perbezaan fahaman menjadi punca parti itu tidak boleh menjalin kerjasama dengan PAN Hari ini Pas m...
Kfc Malaysia Tutup Lebih 100 Restoran Francais Kesan Boikot

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Adapting To Consumer Behavior

Mcmc S Police Report Against Writer Murray Hunter Is High Handed And Has A Chilling Effect On Freedom Of Speech

Keluarga Berang Terima Kiriman Jenazah Individu Lain

There Is An Awakening

App Inarah

Netizen Mohon Maaf Asyik Mengutuk Ruhainies Beri Respon Saya Dah Tak Fikir Sekarang Nak Fokus On Being Happy



5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan

5 Tumbuhan Penghalau Kucing Yang Turut Mencantikkan Laman Rumah

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3


Berhari Raya Lagi Rumah Saudara Sepupu

Couple Urges Police Mcmc To Act Against Alleged Blackmailer

Housewives Social Protection Scheme Still Short Of Target Says Kasthuri

Impartiality In Business

Fariza Shooting Video Mv Lagu Raya

Mencuba Sajian Eksotik Kerabu Telur Belangkas