Umno Akan Luput Selepas Pru 15 Jika Salah Pilih Pakatan



(Mingguan Malaysia) – UMNO tidak akan mampu bertahan, malah kemungkinan akan terus luput jika tersalah pilihan pakatan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa berkata, demi untuk kelangsungan, parti itu perlu memastikan orang Melayu terus bersatu padu.
Katanya, tidak ada cara lain untuk melihat penyatuan Me­layu melainkan melalui gabu­ngan UMNO, Pas dan Bersatu.
“Pada saya mudah saja, UMNO akan survive sekiranya orang Melayu bersatu padu. UMNO itu parti orang Melayu. UMNO itu wujud dan tumbuh kuat kerana orang Melayu itu bersatu,” katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.
Annuar berkata, bermula dengan gabungan UMNO-Pas selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), telah berjaya menarik minat Bersatu dan sebahagian daripada PKR untuk menyertainya dan membentuk Perikatan Nasional.
“Dua kuasa itu (UMNO-Pas) digabungkan di bawah penyatuan orang Melayu yang saya kira sejak merdeka itulah penyatuan terbesar orang Melayu – UMNO, Pas, Bersatu dan sebahagian daripada PKR.
“Mereka bergabung membentuk kerajaan PN dan itu satu gabungan paling kuat dan digeruni musuh-musuh politik yang lain.
“Jadi, kalau tanya pada saya, UMNO akan terus kuat kalau UMNO dapat berperanan menya­tupadukan orang Melayu.
“Apabila kita bergabung, tentulah ada perbezaan pendapat. Cabaran kepada pe­mimpin Melayu adalah menguruskan perbezaan tersebut dan bukannya ancam mengancam,’’ katanya.
Namun, kata Ahli Parlimen Ketereh itu, kalau UMNO sahaja yang mufarakah dalam permuafakatan yang besar ini, UMNO akan luput dalam PRU akan datang.
Katanya, walaupun ada teori UMNO boleh gabung dengan DAP dan PKR, namun untuk survival ia bukan hanya bergantung dengan siapa yang ia bergabung tetapi juga bergantung kepada apa yang diperjuangkan.
“Kita mungkin ada angka jika bergabung dengan DAP, tetapi dasar DAP itu berbeza. Kalau pergi ke sana (bergabung de­ngan DAP, PKR), walaupun dapat angka pada peringkat awal tetapi akan berpecah juga se­perti berlaku pada PH.
“Bila sudah berjaya, DAP sudah tentu mahu laksanakan kuasa dan ideologinya yang akhirnya akan berpecah. Kenapa hendak ulang kesilapan PH? Pada saya itu cari nahas.
“Kita perlu duduk berun­ding cari jalan dan perlu ada tolak ansur, tidak mungkin satu parti boleh jadi supreme, boleh jadi big brother dalam keadaan sekarang. Tetapi politik ta’awun dan ta’ayus. Ta’awun saling bekerjasama, ta’ayus kewujudan bersama.
“Nak wujud bersama mestilah ada titik persamaan. Tak boleh letak kucing dan harimau dalam satu kandang, tetapi kita tahu Bersatu, UMNO dan Pas mempunyai dasar yang hampir sama dan No DAP, No Anwar.
“Semua parti ini menjunjung konsep penyatuan Melayu de­ngan memperjuangkan Melayu dan Islam. Titik persamaan le­bih besar daripada perbezaan,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/01/17/umno-akan-luput-selepas-pru-15-jika-salah-pilih-pakatan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Juliari Jokowi Tak Salah Pilih Bu Risma Sangat Berkompeten

Juliari Jokowi Tak Salah Pilih Bu Risma Sangat Berkompeten

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 224 hits
Mantan Menteri Sosial Juliari Peter Batubara yang juga tersangka dugaan suap dana bantuan sosial Corona turut mengomentari penunjukan Tri Rismaharini atau Risma menjadi Mensos baru Menurut Juliari Presiden Joko Widodo tidak salah pilih Pres...
Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

Pemecatan Annuar Musa Umno Semakin Tidak Sabar Lagi Nak Pru Penganalisis Politik

papar berkaitan - pada 6/1/2021 - jumlah : 300 hits
KUALA LUMPUR Pemecatan Tan Sri Annuar Musa sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional jelas menunjukkan tindakan tegas UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 akan datang Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya D...
Presiden Umno Kalau Mahu Menang Pru Dan Nak Jadi Pm Mesti Berani Berdepan Media

Presiden Umno Kalau Mahu Menang Pru Dan Nak Jadi Pm Mesti Berani Berdepan Media

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 233 hits
Selama ini terutama ketika era Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri mesyuarat MT UMNO yang wajib disusuli sidang medianya ia adalah detik yang paling ditunggu tunggu oleh para petugas media Ia bukan saja untuk para wartawan mendapat...
Umno Tidak Desak Pru 15 Dalam Masa Terdekat Kata Mahdzir Khalid

Umno Tidak Desak Pru 15 Dalam Masa Terdekat Kata Mahdzir Khalid

papar berkaitan - pada 10/1/2021 - jumlah : 198 hits
Umno tidak memberi tekanan supaya Pilihan Raya Umum ke 15 diadakan dalam masa terdekat tetapi meminta diadakan selepas kes Covid 19 berada pada tahap yang rendah Naib Presidennya Mahdzir Khalid berkata mengambil kira kebajikan rakyat yang b...
Selepas Zahirkan Tak Setuju Dengan Darurat Umno Mahu Tunggu Apa Lagi Dalam Kerajaan

Selepas Zahirkan Tak Setuju Dengan Darurat Umno Mahu Tunggu Apa Lagi Dalam Kerajaan

papar berkaitan - pada 19/1/2021 - jumlah : 323 hits
Baik secara langsung atau tidak langsung tindakan Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan mengutus surat kepada semua Ahli Parlimen parti itu untuk meminta persetujuan mereka bagi menggesa Yang Dipertuan Agong memanggil sidang khas Parlimen adal...
Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

Pas Akan Pilih Bersatu Dan Tinggalkan Umno Sebab Mudah Dapat Kerusi 18 Ketoi Hanyut Akan Ikut Asal Dapat Jawatan Kah

papar berkaitan - pada 5/1/2021 - jumlah : 246 hits
January 5 2021 PENGANALISIS meramalkan PAS akan meneruskan hubungannya dengan Bersatu dan meninggalkan Umno kerana dapat mengelak konflik besar rundingan kerusi dalam Perikatan Nasional berbanding rundingan dengan Umno Tidak seperti Umno PA...
Bukan Salah Umno Menuntut Dalam Kerajaan Pn Nik Abduh

Bukan Salah Umno Menuntut Dalam Kerajaan Pn Nik Abduh

papar berkaitan - pada 7/1/2021 - jumlah : 277 hits
BUKAN satu kesalahan untuk parti UMNO membuat sebarangan tuntutan terhadap Kerajaan Pakatan Nasional Juga bukan satu kesalahan sekiranya Pas atau Bersatu turut membuat tuntutan atau mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional Ahli Parlimen P...
Annuar Musa Inginkan Muhyiddin Terus Menjadi Pm Selepas Pru Ke 15

Annuar Musa Inginkan Muhyiddin Terus Menjadi Pm Selepas Pru Ke 15

papar berkaitan - pada 9/1/2021 - jumlah : 204 hits
Kemelut pendedahan Annuar Musa ketika sidang media semalam betapa Zahid dan Najib menyokong Anwar Ibrahim secara diam diam nampaknya belum berakhir nampak semakin panas dengan serangan liar datang dari pegawai Annuar Musa pula Pegawai Annua...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital