Umno Akan Berpecah Jika Jalin Kerjasama Dengan Dap


by1Media.my-December 07, 2020

SHAH ALAM - Hasrat UMNO yang mahu menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) termasuk DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak bakal mencetuskan perpecahan dalam kalangan ahli parti tersebut sekiranya ia berjaya direalisasikan.

Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Politik dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata, UMNO juga bakal kehilangan kepercayaan orang Melayu terhadap parti itu sekiranya UMNO tidak berwaspada dalam tindakannya menyelesaikan krisis politik di Perak

“Bagi saya, UMNO perlu berhati-hati untuk mewujudkan jajaran politik baharu kerana Malaysia di ambang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika pilihan bekerjasama dengan PH menjadi kenyataan, UMNO akan berhadapan cabaran besar khususnya mencetuskan perpecahan dalaman parti dan kehilangan undi orang Melayu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Mohammad Tawfik berkata, UMNO juga perlu melihat kembali kepada legasi dan sejarah panjang politik parti tersebut yang membolehkan mereka terus mendapat kepercayaan orang Melayu.

“Walaupun UMNO dan Pas pernah berseteru dalam politik negara, tetapi Pas mempunyai DNA politik UMNO dan pernah bekerjasama bersama dalam kerajaan campuran tahun 1973.

“Pada pandangan saya, UMNO tidak seharusnya mencipta sejarah buat kali pertama untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan khususnya DAP.

“UMNO tidak perlu menghancurkan sejarah politiknya yang dihormati orang Melayu semata-mata untuk menjawat jawatan Menteri Besar dengan bekerjasama dengan DAP,” katanya.

UMNO sedia kerjasama PH bentuk kerajaan di Perak

Beliau berkata, jalan terbaik yang perlu diambil ialah dengan UMNO bersama parti lain dalam Perikatan Nasional (PN) memperbaharui kerjasama mereka dengan kembali memperkasa perhubungan antara mereka.

“Bagi saya rundingan perlu melibatkan agihan peringkat Persekutuan dan negeri bagi meredakan ketegangan dan pada masa sama mengiktiraf satu sama lain.

“PN boleh membawa Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ke kerajaan Persekutuan sebagai menteri dan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sebagai Menteri Besar Perak.

“Dengan langkah tersebut, sudah pasti ketegangan antara ADUN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Perak akan reda,” katanya.

Mohamad Tawfik berkata, untuk jangka masa panjang, PN perlu menetapkan sebuah penjajaran politik baharu yang lebih adil di semua peringkat.

“Parti yang mempunyai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) terbanyak perlu diberikan ruang untuk mengetuai kerajaan negeri," katanya.

Terdahulu, UMNO melalui Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa parti tersebut sedia bekerjasama dengan PH termasuk DAP untuk membentuk kerajaan baharu di Perak sekiranya jajaran gabungan parti terdahulu tidak dapat diteruskan.

Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/113625/BERITA/Politik/UMNO-akan-berpecah-jika-jalin-kerjasama-dengan-DAP

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/12/umno-akan-berpecah-jika-jalin-kerjasama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sebelum Ini Umno Kini Dap Jelaskan Alasan Kenapa Kerjasama Umno Di Perak

Sebelum Ini Umno Kini Dap Jelaskan Alasan Kenapa Kerjasama Umno Di Perak

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 343 hits
Sebelum ini UMNO memberi alasan kononnya PN tak bersama membentuk kerajaan Perak dan UMNO hanya ada 25 Adun sahaja UMNO salahkan PAS kerana tak masuk campur pembentukan kerajaan setelah akar umbi UMNO kelihatan marah disebabkan tindakan UMN...
Umno Perak Tuntut Dap Tak Pegang Jawatan Exco Sebagai Syarat Kerjasama

Umno Perak Tuntut Dap Tak Pegang Jawatan Exco Sebagai Syarat Kerjasama

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 314 hits
malaysiakini comDiterbitkan Hari ini 3 33 pmUmno Perak sedang mempertimbangkan secara serius kemungkinan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan negeri yang baru Namun menurut sumber yang dekat dengan perbincangan yang s...
Aziz Bari Tidak Tolak Kemungkinan Gabungan Kerjasama Antara Dap Dan Umno

Aziz Bari Tidak Tolak Kemungkinan Gabungan Kerjasama Antara Dap Dan Umno

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 358 hits
KUALA LUMPUR Ahli Dewan Undangan Negeri Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak kemungkinan gabungan kerjasama diantara parti politik di negeri Perak boleh berlaku seperti sebelum ini Menurut beliau dalam gelanggang politik tiada apa...
Menimbang Buruk Baik Kerjasama Umno Dap

Menimbang Buruk Baik Kerjasama Umno Dap

papar berkaitan - pada 13/12/2020 - jumlah : 295 hits
freemalaysiatoday com December 13 2020 10 41 AMSeorang pemimpin Umno menjangka gabungan antara Umno dan PKR serta DAP mungkin bukan idea yang buruk PETALING JAYA Kerjasama antara Umno dan DAP jika berlaku boleh menyumbang ke arah pembersiha...
Dap Buktikan Tidak Perkauman Tawar Kerjasama Dengan Umno

Dap Buktikan Tidak Perkauman Tawar Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 284 hits
Biar pun dilupakan begitu sahaja oleh Umno selepas DAP membantu menjatuhkan MB Bersatu namun kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama membuktikan parti itu tidak anti Melayu Menurut Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming peristiwa sepanjang 3 hari i...
Umno Tak Tolak Kerjasama Dengan Ph Dap

Umno Tak Tolak Kerjasama Dengan Ph Dap

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 281 hits
UMNO tidak menolak kemungkinan mengadakan kerjasama dengan Pakatan Harapan termasuk DAP bagi membentuk kerajaan negeri baharu di Perak Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ini berikutan keputusan Pas dan Bersatu yang tidak m...
Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 326 hits
DAP Perak sedia bekerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat dan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai kenyataan terdahulu daripada...
Demi Negara Alangkah Baiknya Jika Umno Dan Dap Dapat Bekerja Bersama

Demi Negara Alangkah Baiknya Jika Umno Dan Dap Dapat Bekerja Bersama

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 201 hits
Nota ini adalah artikel lama yang pernah saya tulis pada 23 Oktober 2020 lalu dan oleh kerana sekarang nampaknya ruang untuk UMNO dan DAP bekerjasama seolah olah sudah terbuka saya titipkan semula untuk tatapan mungkin ada kebaikan bersama ...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Glc Leaders Feeling The Heat And They Re Singing Anwar S Tune

New Android Features To Help You Stay Connected And Safe

Cops Perhilitan Arrest Wildlife Trader Rescue 40 Turtles

Inilah Tv Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Umno Youth S Rice Monopoly Criticism Amuses Amanah Counterpart

How To Find Undervalued Domains

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ole Ole Dari Dubai

Lirik Lagu Jom Solat Unic Ft Aniq Muhai Naufal Isa

Hannah Delisha Tipu Helah Chord

Apa Itu Hoarding Disorder Adakah Ianya Gangguan Mental Atau Personalti

30 Pilihan Baju Raya Lelaki Murah Bawah Rm100

Pegawai Tribunal Kastam Ditemukan M Ti Dengan Leher Kaki Terjerut Pengikat Kabel