Aziz Bari Tidak Tolak Kemungkinan Gabungan Kerjasama Antara Dap Dan Umno

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan  Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak  kemungkinan gabungan kerjasama diantara parti politik di negeri Perak  boleh berlaku seperti sebelum ini.
Menurut  beliau, dalam gelanggang politik tiada apa yang mustahil boleh berlaku  asalkan menepati tuntutan Perlembagaan serta tidak bertentangan dengan  norma
Bahkan,  kata ADUN dari DAP itu, sejak 2008 lagi, sudah banyak gabungan  kerjasama yang tidak pernah terbayang di fikiran rakyat sudah berlaku
“Jadi  saya fikir tidak mustahil melihat gabungan baharu, asalkan pimpinan  peringkat Pusat bersedia menerima dan di sana juga harus ada  pengecualian
“Jangan  lihat apa yang berlaku di peringkat Persekutuan tidak boleh berlaku  peringkat negeri kerana sifat Persekutuan itu mengizinkan kelainan,"  katanya dalam temu bual bersama Astro AWANI pada Jumaat
Beliau  berkata demikian sebagai mengulas keputusan undi percaya yang ditolak  majoriti ADUN Perak terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal  Azumu hari ini
Dalam  perkembangan sama, Abdul Aziz mengucapkan syabas kepada Speaker Dewan  Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid atas  keberanian dan ketegasan dalam membawa usul terbabit.
"Kita tahu jalan itu ada, cuma kelebihan kita di Perak iaitu kita mempunyai Speaker yang begitu mantap dan terbuka
"Kalau  tidak saya sendiri berasa suspen juga lepas ke usaha ini mengikut  aturan mesyuarat yang diberikan kepada ADUN semalam. Benda itu (usul  percaya) akan dibentangkan selepas Belanjawan
“Jadi keberanian beliau mengambil satu langkah yang berani diterima (untuk) satu perkara berlaku," katanya lagi
Sementara itu, Abdul Aziz berkata, isu kepimpinan Ahmad Faizal telah lama dipersoalkan sebelum ini
Namun  apabila usul percaya itu dibawa ternyata ADUN Chenderiang itu gagal  mengekalkan sokongan pada tahap yang dikehendaki Undang-Undang Tubuh  Kerajaan Negeri Perak
"Apa yang berlaku  bahawa kerajaan yang dipimpin oleh Ahmad Faizal gagal memenangi sokongan  dan keyakinan Ahli Dewan, jadi tiada cara lain selain meletakkan  jawatan,” katanya lagi
MR: Setuju UMNO dan DAP serta PKR bentuk kerajaan Perak supaya orang Melayu kenal siapa UMNO, pengkhianat bangsa
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/aziz-bari-tidak-tolak-kemungkinan.html