Demi Negara Alangkah Baiknya Jika Umno Dan Dap Dapat Bekerja Bersama


 
Nota - ini adalah artikel lama yang pernah saya tulis pada 23 Oktober 2020 lalu dan oleh kerana sekarang nampaknya ruang untuk UMNO dan DAP bekerjasama seolah-olah sudah terbuka, saya titipkan semula untuk tatapan, mungkin ada kebaikan bersama daripadanya. 


DEMI NEGARA, ALANGKAH BAIKNYA JIKA UMNO DAN DAP DAPAT BEKERJA BERSAMA


Walaupun UMNO dan DAP diketahui sudah bermusuhan sejak sekian lama, permusuhan itu jika dihalusi hanyalah sia-sia saja.


Ini kerana kedua-dua parti tidak pun bertembung dalam pilihanraya di kawasan yang sama.


UMNO hanya bertanding di kawasan Melayu atau luar bandar, manakala DAP lebih tertumpu di bandar serta kawasan majoriti Cina.


Tindakan UMNO terus memusuhi DAP hanya meringankan kerja MCA dan membuatkan parti Cina dalam komponen BN itu lebih banyak masa untuk goyang kaki daripada membuat kerja.


Sepatutnya, biarlah MCA saja mendepani DAP kerana ia parti Cina juga, selain itulah lawannya dalam pilihanraya.


Ini tidak, UMNO lebih melihat DAP macam mereka takutkan hantu, walaupun tidak pernah melihat rupa sebenar hantu.


DAP juga begitu, mereka turut takut kepada UMNO seperti takutnya kepada hantu.


Hakikat mudahnya, ketakutan UMNO kepada DAP, begitu juga ketakutan DAP kepada UMNO, lebih banyak diselubungi imaginasi.


Realiti yang nyata, UMNO adalah parti Melayu yang bukan saja bertanding di kawasan Melayu, tetapi turut menang banyak kerusi di kawasan Melayu.


Sama juga dengan DAP, ia adalah parti Cina yang cuma bertanding di kawasan majoriti Cina dan menang banyak kerusi di kawasan Cina.


Makna kata, kedua-dua parti iaitu UMNO dan DAP adalah parti yang diterima di kawasan masing-masing yang berbeza kelompok kaumnyq.


Jadi, di mana logiknya mereka perlu bermusuh dan bergaduh?


Kebelakangan ini, berikutan ura-ura Anwar Ibrahim mahu membentuk kerajaan baru dengan sokongan UMNO, ternampak ramai sekali pemimpinnya menolak kerjasama itu dengan alasan ada DAP di dalamnya.


Sesetengah pemimpin juga enggan memberi komitmen kerana ia melibatkan UMNO.


Sebagaimana disebut di atas, ketakutan itu sebetulnya hanya imaginasi dan seperti takutnya kepada hantu, walaupun seumur hidup tidak pernah melihat rupa hantu.


Kenapa perlu takut sesama sendiri sedangkan mereka tidak pernah bekerjasama dan bertanding pula di kawasan yang berbeza?


Dalam konteks masyarakat majmuk dan untuk kebaikan negara, oleh kerana UMNO adalah parti paling diterima oleh orang Melayu, sementara DAP parti paling diterima oleh orang Cina, bukankah lebih baik jika mereka saling bekerjasama?


Dengan bekerjasamanya UMNO dan DAP dalam kerajaan, mereka mampu saling berperanan dengan lebih baik untuk memajukan negara mewakili sokongan kuat daripada kaum masing-masing


Lebih daripada itu, dengan bersama dalam kerajaan juga, mereka mampu saling menyesuaikan diri, berkompromi dan mengawal atau menegur antara satu sama lain dalam mengurus negara.


Lagi pula, dengan kedudukan MCA yang ditolak oleh pengundi Cina, keharmonian kaum hanya dapat dicapai melalui wujudnya kerjasama kedua-dua parti yang mendapat sokongan kaum Melayu dan Cina itu.


Selagi mereka bermusuhan dan seperti takutkan hantu, selagi itulah keharmonian antara Melayu dan Cina tiada jambatan penghubungnya.


Namun demikian, UMNO dan DAP tidak perlu bersama dalam sebuah gabungan parti yang sama, mereka boleh terus berbeza seperti sedia ada untuk menghadapi pilihanraya.


Mereka bebas bertanding di kawasan yang berbeza, tetapi setelah pilihanraya selesai dan demi kebaikan negara, bersama membina negara dalam kerajaan adalah pilihan yang lebih baik daripada terus bermusuhan dari segi politik dan bermusuh juga dengan satu pihak menjadi kerajaan dan satu pihak lagi menjadi pembangkang.


Sebagaimana musuh DAP adalah MCA, musuh UMNO yang sebenar ialah parti Melayu seperti Bersatu yang bukan saja mahu merampas banyak kawasan Melayu yang biasa ditandingi UMNO, malah merupakan halangan terbesar kepada parti itu untuk mendapatkan balik kerusi Perdana Menteri.


Berbeza dengan DAP, oleh kerana kawasan Cina kurang berbanding kawasan Melayu, parti itu tidak mengancam survival UMNO dan kerusi Perdana Menteri yang dikejarnya.


Seperti sudah ramai orang Melayu suka makanan Cina serta dim sum dan ramai orang Cina pula gemar masakan Melayu serta hidangan pedas-pedas, berdamai dan bersama dalam kerajaan dengan masing-masing harus sedia berlapang dada dan melakukan penyesuaian tidak harus lagi dilihat sebagai imaginasi atau seperti takutkan hantu. (Shahbudindotcom 23/10/2020)






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/demi-negara-alangkah-baiknya-jika-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

Dap Perak Sedia Kerjasama Dengan Umno Demi Kepentingan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 297 hits
DAP Perak sedia bekerjasama dengan Umno demi kepentingan rakyat dan bagi membentuk sebuah kerajaan negeri yang stabil Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming berkata demikian kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai kenyataan terdahulu daripada...
Mungkin Satu Petanda Baik Buat Negara Bila Umno Kini Boleh Berkerjasama Dengan Dap

Mungkin Satu Petanda Baik Buat Negara Bila Umno Kini Boleh Berkerjasama Dengan Dap

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 408 hits
IPOH Mungkin ini petanda baik buat negara kita apabila UMNO boleh bekerjasama dengan DAP untuk gugurkan saya sebagai Menteri Besar Demikian reaksi sinis Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditanya berhubung kekalutan ya...
Mungkinkah Umno Bergabung Dengan Dap

Mungkinkah Umno Bergabung Dengan Dap

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 275 hits
December 7 2020 Sebilangan pemimpin Umno membuat spekulasi mengenai gabungan dengan parti lain termasuk DAP untuk membentuk kerajaan Perak yang baru PETALING JAYA Pemimpin Umno yang mencari jalan untuk membentuk kerajaan Perak yang baru tid...
Isu Umno Nak Kahwin Dap Apa Kena Mengena Dengan Madey

Isu Umno Nak Kahwin Dap Apa Kena Mengena Dengan Madey

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 326 hits
Pakatan Harapan diambang perpecahan apabila Anwar membuat keputusan mati berlutut di parlimen dan ini membangkitkan kemarahan dan desakan kasar dari cabang muda AMANAH dan DAP Anwar yang dikatakan akan letak jawatan dalam tempoh 7 hari juga...
Some In Umno Still Want An Umno Pkr Dap Alliance

Some In Umno Still Want An Umno Pkr Dap Alliance

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 412 hits
Two nights ago Anwar Ibrahim met up with certain Umno leaders to plan their next move after the Perak coup fiasco They still want Muhyiddin and PPBM out to be replaced with PKR and DAP as Umno s new coalition partner and with Anwar as PM9 N...
Undi Percaya Pemimpin Umno Dap Gesa Dewan Rakyat Contohi Dun Perak

Undi Percaya Pemimpin Umno Dap Gesa Dewan Rakyat Contohi Dun Perak

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 316 hits
Undi percaya di DUN Perak hari ini menimbulkan gesaan agar undi seumpanya turut diadakan di parlimen Pemimpin Umno dan DAP menggesa agar undi percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diadakan bagi menjawab persoalan mengenai keabsa...
Spekulasi Umno Nak Bergabung Dengan Dap Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara

Spekulasi Umno Nak Bergabung Dengan Dap Penganalisis Politik Dakwa Bersifat Sementara

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 435 hits
Pemimpin UMNO yang mencari jalan untuk membentuk kerajaan Perak yang baru tidak menolak kemungkinan adanya pakatan politik baru tetapi penganalisis politik berkata gabungan seperti itu hanya bersifat sementara dan tidak akan bertahan lama O...
Dap Buktikan Tidak Perkauman Tawar Kerjasama Dengan Umno

Dap Buktikan Tidak Perkauman Tawar Kerjasama Dengan Umno

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 237 hits
Biar pun dilupakan begitu sahaja oleh Umno selepas DAP membantu menjatuhkan MB Bersatu namun kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama membuktikan parti itu tidak anti Melayu Menurut Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming peristiwa sepanjang 3 hari i...
How Dap Stabbed Itself In The Foot With Umno S Keris

How Dap Stabbed Itself In The Foot With Umno S Keris

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 307 hits
Clement Stanley FMT Will the real DAP stand up and be counted I guess not Only those who are brave and not swayed by the lust of power will do that In less than a span of 10 days we saw the worst of this political force who were prepared to...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya