Umat Islam Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Tidak Dimandikan Bagi Elak Jangkitan
Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR PETUGAS  Skuad Tajhiz, JHEAINS ketika menguruskan pengebumian jenazah mangsa  Covid-19 di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Ainsdale, Seremban. -  UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMINPUTRAJAYA:  Jenazah umat Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19 tidak perlu  dimandikan kerana dibimbangi wabak terus tersebar dan menjangkiti orang  lain.
Perkara itu dijelaskan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP)  menerusi artikel Irshad Al-Fatwa Siri Ke-600: Adakah mereka yang  meninggal kerana Covid-19 boleh diklasifikasikan mati syahid dan tidak  perlu dimandikan, yang dikeluarkan hari ini di laman web PMWP.
Menurut PMWP, jenazah tidak dimandikan atas faktor keselamatan selain  mengelak daripada kemudaratan berikutan ada kebimbangan wabak Covid-19  terus tersebar.
“Ini bermakna jenazah tersebut tidak dimandikan bukan di atas sebab  syahid berperang di jalan Allah akan tetapi disebabkan kemudaratan yang  perlu dihindari.
“Bagaimanapun, ia juga tertakluk kepada perkembangan semasa situasi  Covid-19 di negara ini yang mana pihak-pihak berkaitan akan meneliti  dari semasa ke semasa prosedur operasi standard (SOP) pengurusan  jenazah,” katanya.
Menurut artikel itu, orang Islam yang meninggal dunia akibat Covid-19  dikategorikan sebagai syahid di akhirat dan ganjaran tersebut akan  diberikan di akhirat kelak.
“Bagaimanapun, dalam fiqh ada dibincangkan oleh fuqaha bahawa  mana-mana jenazah atas sebab-sebab tertentu yang boleh membawa mudarat  kepada orang hidup maka tidak perlu dimandikan tetapi ditayamumkan.
“Dan jika tayammum pun tidak dapat dilaksanakan pada pandangan pakar, maka gugurlah kedua-dua tuntutan itu,” katanya.
Katanya, ada hadis menjelaskan bahawa individu Muslim yang meninggal  disebabkan taun (wabak) dikategorikan sebagai mati syahid kerana azab  yang dahsyat ketika menghadapi kesakitan dan kematian tersebut.
“Secara umum, taun dikategorikan sebagai wabak atau penyakit  berjangkit bahkan kesannya boleh menyebabkan kematian yang sangat cepat.
“Oleh itu, wabak Covid-19 juga boleh diklasifikasikan di dalam  kategori wabak seperti taun sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis  Nabi SAW,” katanya. UTUSAN 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2021/08/umat-islam-meninggal-dunia-akibat-covid.html