Isteri Pelakon Kerdil Badrol Shah Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Varian Delta Saya Perlu Kuat Demi Anak Anak


Arwah isteri Badrol Shah dijangkiti virus Covid-19 varian Delta.
'Petang semalam kata dah meninggal, malam tadi kata nazak pula'

SELEPAS pelawak Shuib kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin akibat wabak Covid-19, seorang lagi selebriti iaitu Badrol Shah turut berdepan ujian yang sama apabila isterinya meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Badrol atau nama sebenarnya, Badrol Shah Abdul Manan, 39, memaklumkan isterinya, Farah Sheila Mazlan, 37, meninggal dunia pada pukul 1 petang Selasa selepas 8 hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur.

Bad, 39, yang popular menerusi filem Busut Bonang berkata, dia juga keliru dengan tindakan pihak hospital sehingga menimbulkan salah faham kepada banyak pihak.

"Saya tak faham apa yang dilakukan oleh pihak hospital. Apabila dimaklumkan bahawa isteri saya sudah meninggal dunia, saya kongsikan berita itu di Facebook kerana itu cara untuk maklumkan kepada kenalan-kenalannya.

"Jadi, andai kata ada sesiapa yang mengenalinya atau ada hutang piutang yang belum dilunaskan, mereka akan dapat tahu berita ini.

"Tapi, apabila malam semalam seorang doktor menghubungi dan maklumkan isteri saya sedang nazak, saya sendiri jadi keliru dan sudah berlaku salah faham," katanya.

Menurut Bad, apa yang berlaku membuatkannya trauma.

"Ada yang cakap saya menipu dan meraih simpati. Bukan itu niat saya. Saya jadi takut sampai sekarang pun saya masih menggeletar.

"Saya hanya sampaikan apa yang dimaklumkan oleh pihak hospital kepada saya. Setiap kali dihubungi, doktor juga berbeza-beza," katanya.

Bagaimanapun, Badrol menafikan isterinya sedang hamil ketika meninggal dunia seperti mana yang tersebar di media sosial.

"Doktor call beritahu isteri sudah meninggal dunia pukul 1 petang Selasa.

"Arwah isteri dijangkiti virus Covid-19 varian Delta pada 20 Julai lalu dan sejak itu dia ditempatkan di CAC Titiwangsa sebelum keadaan menjadi lebih teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke ICU HKL.

"Sekarang saya hanya tunggu panggilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid meninggal dunia di situ setiap hari.

“Saya juga nak betulkan info yang tersebar di media sosial, isteri saya tidak mengandung ketika meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Allahyarham isteri Badrol Shah bersama anak mereka. Badrol yang juga pelakon kerdil turut menjelaskan Allahyarham isterinya yang merupakan guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur dijangkiti Covid-19 ketika berada di sekitar kawasan perumahan mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak.

"Arwah isteri dijangkiti virus masa keluar rumah nak sampaikan wang khairat kematian kepada penduduk perumahan dan lepas itu kami satu keluarga disahkan positif.

"Saya dan anak-anak jalani kuarantin kendiri di rumah sehingga gelang dipotong pada 1 Ogos lalu.

"Cuma keadaan isteri sahaja yang kritikal sehingga akhirnya dia menghembuskan nafas terakhir," ujarnya yang juga merupakan pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) kerdil. Sekarang saya hanya tunggu pangilan doktor bila jenazah isteri akan dilepaskan untuk dikebumikan sebab memang ramai pesakit Covid meninggal dunia di situ setiap hari. BADROL SHAH PELAKON KERDIL Badrol berkahwin dengan Allahyarham pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da'aiyatul Insyirah yang kini berusia 2 tahun.

Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang keguguran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.

Tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama Allahyarham kini turut dijaga Badrol iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7.


Badrol bersama barisan pelakon filem Busut Bonang. "Dalam perkongsian Facebook, saya titipkan kata-kata yang arwah isteri kini dapat kembali bersatu dengan anak sulung kami yang meninggal dunia selepas isteri keguguran pada tiga tahun lalu.

"Sekarang saya perlu kuat demi anak-anak... kalau saya tumbang, pastinya anak-anak pun akan ikut tumbang.

"Sekarang tidak boleh berlakon, saya buat kerja sebagai pemandu Grab... dapat RM20 hingga RM30 sehari pun saya dah bersyukur asalkan dapat beli susu untuk anak," katanya.

Badrol sebelum ini pernah muncul dalam filem Busut Bonang, Senario Pemburu Emas Yamashita serta drama bersiri One Two Hantu.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/08/isteri-pelakon-kerdil-badrol-shah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Salah Faham Dikata Isteri Telah Meninggal Dunia Pelakon Badrol Shah Trauma

Hiburan Salah Faham Dikata Isteri Telah Meninggal Dunia Pelakon Badrol Shah Trauma

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 365 hits
Pelakon Badrol Shah mengakui dirinya trauma dengan tindakan pihak hospital yang memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia akibat COVID 19 ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementSemalam pelakon filem Busut Bonang ini memaklumkan isterinya F...
Guru Pasti Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Guru Pasti Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 303 hits
Oleh SARINA ISMAIL PADANG SERAI Dewan Pemuda PAS Padang Serai merakamkan ucapan takziah di atas pemergian salah seorang tenaga pengajar PASTI Islahiah Kilang Lama Normarinah Ayub Allahyarham Normarina menghembus nafas terakhir kira kira jam...
Ibu Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Ebi Kornelis Dan Bapa Juga Positif Masih Jalani Kuarantin

Ibu Meninggal Dunia Akibat Covid 19 Ebi Kornelis Dan Bapa Juga Positif Masih Jalani Kuarantin

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 462 hits
Ebi Kornalis bersama ibu dan bapanya dijangkiti Covid 19 DUGAAN buat penyanyi Ebi Kornelis apabila ibunya iaitu Reni Bakar meninggal dunia di usia 81 tahun pada Selasa akibat Covid 19 di Unit Isolasi Hospital Queen Elizabeth 1 Sabah Lebih m...
Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid 19

Ibu Ebi Kornelis Meninggal Dunia Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 421 hits
Ibu meninggal dunia akibat Covid 19 Ebi Kornelis dan bapa juga positif masih jalani kuarantin KOTA KINABALU Ibu penyanyi dan pelakon Ebi Kornelis iaitu Reni Bakar 81 meninggal dunia akibat Covid 19 di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu ...
Siti Sarah Meninggal Dunia Isteri Shuib Sepahtu Pergi Selamanya Kerana Covid 19 Al Fatihah

Siti Sarah Meninggal Dunia Isteri Shuib Sepahtu Pergi Selamanya Kerana Covid 19 Al Fatihah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 1530 hits
Siti Sarah MENINGGAL DUNIA isteri Shuib Sepahtu pergi selepas bersalin kerana Covid 19INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJI UN AL FATIHAH Selepas Solat Subuh si suami beritahu Siti Sarah meninggal dunia Saya macam HA BETUL KE SERIUS NI ABANG TIPU Say...
Al Fatihah Untuk Siti Sarah Yang Meninggal Dunia Akibat Positif Covid 19 Dan Kekurangan Oksigen Dalam Tubuh Badan

Al Fatihah Untuk Siti Sarah Yang Meninggal Dunia Akibat Positif Covid 19 Dan Kekurangan Oksigen Dalam Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 895 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraInnalillahiwainnahirojiun Al fatihah untuk arwah yang sudah ke rahmatullah Rasanya 3 4 hati ni ramai rakyat Malaysia yang sentiasa follow keadaan ahli keluarga Shuib Sepahtu lagi lagi berita mengenai ister...
Ketua Pemuda Amanah Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun Akibat Jangkitan Virus Covid 19

Ketua Pemuda Amanah Meninggal Dunia Pada Usia 34 Tahun Akibat Jangkitan Virus Covid 19

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 292 hits
KUALA LUMPUR Ketua Pemuda Parti Amanah Negara Shazni Munir Mohd Ithnin meninggal dunia hari ini Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Pemuda AMANAH Asim Abdullah melalui media sosial parti berkenaan Dukacita dimaklumkan sahabat dan rakan perju...
Apakah Anak Anak Rentan Terpapar Covid 19 Varian Delta Plus

Apakah Anak Anak Rentan Terpapar Covid 19 Varian Delta Plus

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 263 hits
Mengutip Yale Medicine studi dari Inggris menunjukkan anak anak dan orang dewasa di bawah 50 tahun 2 5 kali lebih mungkin terinfeksi varian Delta Lantas bagaimana penularan varian Delta Plus terhadap anak
Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

Sebelum Meninggal Dunia Ibu Dijangkiti Covid Pesan Pada Anak Pergi Rumah Anak Yatim

papar berkaitan - pada 29/7/2021 - jumlah : 338 hits
Seorang ibu tunggal yang dijangkiti Covid 19 sempat berpesan kepada dua anak perempuannya berusia tujuh dan sembilan tahun supaya pergi ke rumah anak yatim sebelum menghembuskan nafas terakhirnya pada Isnin Pemeriksaan awal menggunakan kit ...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bab 4 April 2025

Domain Name Valuation Matter


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor

China Bertindak Balas Naikkan Tarif Terhadap As Sebanyak 84

Hari Raya Kedua