Ultra Kiasu Boleh Keluar Jika Tak Faham Sejarah Tanah Siapa Ini





Pemikiran, agenda komunis masih hidup walaupun PKM sudah dihapusASAL usul Malaysia, bukan bernama ‘Tanah Cina’ atau ‘Tanah India’ atau tanah bangsa lain. Tetapi namanya adalah ‘Tanah Melayu’, iaitu tanah untuk bangsa Melayu dan raja-rajanya.Seluruh dunia mengiktiraf termasuk penjajah Portugis, Belanda dan British. Jika tidak, mana mungkin pegawai-pegawai British begitu lunak amat menghormati raja-raja Melayu dan bangsa Melayu seperti Frank Swettenham, Maxwell, Bradel, Winstedt, Clementi dan lain-lain.Begitu juga saki baki anak-anak British yang masih tinggal di sini, yang masih bersama syarikat perladangan terbesar kepunyaan bapanya (British), Sime Darby, yang kini menjadi milik PNB iaitu Sime Darby. Henry S Barlow, yang masih bersama Sime Darby sentiasa mengingatkan pengurusan Sime Darby agar tidak melupakan agenda Melayu dan Bumiputera.Kenapa beliau begitu lunak? Kenapa ultra kiasu yang tinggal sekian lama, sentiasa membangkitkan isu-isu sensitif yang menimbulkan ketegangan dan kemarahan orang Melayu? Justeru, ultra kiasu mesti difahamkan akan hakikat sejarah Tanah Melayu. Jika tidak, setiap kali, pasti isu sensitif akan dibangkitkan dan akan menimbulkan rasa tidak senang orang Melayu.Ultra kiasu mesti difahamkan, kenapa negara ini mempunyai sembilan raja-raja Melayu dan satu Yang di-Pertuan Agong? Begitu juga soalan kenapa negeri Melaka, yang begitu kuat sistem kesultanan Melayu, hari ini tidak lagi mempunyai raja? Sedar atau tidak, bahawa Pulau Pinang, yang menjadi sebuah negeri (negeri Selat) yang diduduki ultra kiasu hari ini adalah wilayah kepunyaan Sultan Kedah suatu masa dahulu.Pendek kata, kewujudan raja-raja Melayu seramai sembilan orang ada sebab musababnya dan bukannya direka cipta.Inilah soalan yang memang sukar dijawab oleh ultra kiasu kecuali beberapa orang seperti sejarahwan negara, Prof Khoo Kay Kim dan anaknya, Eddin Khoo, serta beberapa lagi dalam mereka yang tidak ultra kiasu.Mutakhir ini, kedudukan raja-raja Melayu dibangkitkan tanpa rasa segan silu dan hilang langsung adab budaya Timur serta rasa hormat.Pada mereka, kewujudan sembilan raja-raja Melayu tiada membawa apa-apa manfaat kepada negara ini, atau dalam kata lain membazirkan wang negara sahaja. Wang rakyat digunakan untuk menyara istana, keluarga diraja dan kerabat-kerabatnya.Pernah atau tidak ultra kiasu terfikir bahawa asal usul negara ini bermula dengan raja-raja Melayu. Bacalah sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Tanpa kebenaran raja-raja Melayu mana mungkin ultra kiasu diterima di bumi bertuah ini. Dengan kebaikan raja-raja Melayu inilah maka ultra kiasu boleh hidup senang lenang di bumi bertuah.Tiba-tiba apabila mereka telah senang, mendapat pangkat dan gelaran, muncul suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu diperlekeh, dihina, dicaci dan dimaki. Sedihnya, tidak ada sebarang tindakan keras diambil setakat ini, terutama isu terbaharu berkaitan Statut Rome. Raja-raja Melayu dikritik dan dihina secara terang-terangan di khalayak.Kita tidak nafikan raja juga adalah manusia biasa. Mereka tidak terlepas daripada melakukan dosa. Mereka juga belum tentu masuk syurga, meskipun doa dibaca ketika khutbah Jumaat memohon kesejahteraan bBaginda. Selagi raja-raja Melayu tidak sujud kepada Allah selagi itu mereka belum tentu selamat.Tetapi kita perlu ingat, dalam konteks negara kita, raja-raja Melayu tetap bersemayam di atas takhta. Raja adalah payung kepada agama Islam, orang Melayu dan Bumpiputera. Lebih kurang sama dengan peranan raja di negara lain, seperti Thailand dan Britain. Raja adalah pelindung kepada agama dan rakyat. Sebab itu, tidak hairan jika raja begitu disanjung dan dihormati.Jika ultra kiasu lakukan perkara yang sama di Thailand, mempertikaikan kedudukan raja di khalayak, sudah lama mereka dihumban ke dalam penjara di bawah lese mejeste. Lese Majeste, bahasa Latin, bermaksud ‘menderhaka kepada raja’. Undang-undang ini melindungi, memelihara kemuliaan dan menghentikan penghinaan terhadap institusi raja.Hukuman penjara boleh dikenakan antara tiga hingga 15 tahun jika disabitkan kesalahan. Malangnya, lese mejeste ini tidak ada di Malaysia. Sebab itulah ultra kiasu begitu berani.Saya cukup bimbang dengan agenda ultra kiasu yang berideologikan komunis. Apakah kita tidak sedar bagaimana lenyapnya kerajaan beraja di negara China setelah dikuasai komunis. Pemikiran komunis masih hidup hari ini meskipun Parti Komunis Malaya berjaya dihapuskan.Komunis itulah ultra kiasu yang antara lain mahukan sistem beraja ini dihapuskan. Mereka mahu mewujudkan sistem negara republik.Justeru, kebobrokan ini mesti didedahkan. Ultra kiasu tidak melihat pentingnya asal usul kesultanan di negeri-negeri Tanah Melayu dalam silibus sejarah mereka di sekolah persendirian Cina. Yang lebih banyak diajar adalah asal usul sejarah bangsa dan negara China.Bayangkan, jika pelajar di alam persekolahan tidak didedahkan dengan sejarah asal usul Melayu dan raja-raja Melayu. Jika ada pun sejarah yang ditekankan adalah sejarah sumbangan bukan Melayu menjelang kemerdekaan sahaja. Asal usul Tanah Melayu tidak diajar. Pada ultra kiasu, asal usul negara ini sudah bermasyarakat majmuk sejak daripada awalnya.Sebab itu, pada hemat saya, selagi ultra kiasu ini sejak kecil tidak didedahkan sejarah awal negara ini, selagi itulah isu-isu sentitif akan terus dibangkitkan tanpa rasa bersalah. Ultra kiasu mesti difahamkan kenapa kita mempunyai sembilan raja-raja Melayu berbanding hanya ada satu di negara-negara lain di dunia.Pada masa sama, kita mengharapkan juga, raja-raja Melayu dan semua kerabatnya dapat menunjukkan akhlak yang baik kepada rakyat jelata. Jika tidak, sudah pasti menjadi kesukaran kepada patik pacal yang hina ini untuk mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu.Patik amat percaya, kedaulatan raja-raja akan terpelihara jika raja-raja Melayu menjaga kedaulatan Allah. Ingatkan tujuh (7) wasiat raja-raja Melayu. Jagalah ia, pasti kedaulatan raja-raja Melayu akan terpeliharaPertama, Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);Kedua, Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;Ketiga, Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;Keempat, Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;Kelima, Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;Keenam, Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;Ketujuh, Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)Tujuh wasiat ini adalah wasiat keramat. Maka jagalah ia dengan baik. Kepada ultra kiasu yang tidak mahu patuh, maka bersegera untuk kamu kembali ke tempat asal yang tidak ada raja.Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/04/ultra-kiasu-boleh-keluar-jika-tak-faham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Elit Bandar Tidak Faham Keresahan Marhaen Anwar

Elit Bandar Tidak Faham Keresahan Marhaen Anwar

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 434 hits
Elit bandar tidak faham keresahan marhaen AnwarPosted By on May 02 2019Presiden PKR Anwar Ibrahim mempertahankan kritikannya baru baru ini bahawa kerajaan diihat tunduk dan memberikan tumpuan terlalu banyak kepada golongan elit bandar Pada ...
Mengapa Sukar Faham Baca Tulisan Doktor

Mengapa Sukar Faham Baca Tulisan Doktor

papar berkaitan - pada 6/5/2019 - jumlah : 1257 hits
Kalau tulisan tangan yang sukar dibaca maka itu dikatakan tulisan doktor Mengapa tulisan doktor sukar dibaca Adakah semua doktor tulisannya cakar ayam atau tidak elok Atau adakah tulisan doktor yang sukar dibaca hanya ketika menulis hal yan...
Kalau Selalu Gastrik Ketika Puasa Ini 7 Perkara Kena Faham Standby Siap Siap

Kalau Selalu Gastrik Ketika Puasa Ini 7 Perkara Kena Faham Standby Siap Siap

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 461 hits
Don t Confuse Gallbladder Disease With Gastric Pain Tak lama lagi nak mula puasa Aku risaulah nanti gastrik datang balik Kalau boleh nak puasa penuh tak nak ada yang tertinggal sebab sakit perut atau muntah Kedatangan Ramadhan tentunya memb...
Selfie Pun Bayar Bagus Bergambar Sama Kuda Kata Netizen Tapi Aiman Tino Kata Itu Semua Salah Faham

Selfie Pun Bayar Bagus Bergambar Sama Kuda Kata Netizen Tapi Aiman Tino Kata Itu Semua Salah Faham

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 475 hits
Kemunculan penyanyi muda ini pastinya dinantikan oleh ramai peminat peminatnya Popular dengan lagu Ku Rela Dibenci Aiman Tino kini menjadi siulan netizen bukan kerana persembahan atau lagu lagu terbarunya tetapi kerana sekeping tiket jualan...
Mahathir Tak Faham Perlembagaan Shad Saleem

Mahathir Tak Faham Perlembagaan Shad Saleem

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 394 hits
Kenyataan Mahathir bahawa perlembagaan negeri Johor dan Terengganu terbatal dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu tidak tepat Menurut pakar undang undang Shad Saleem Tambah beliau lagi tafsiran Mahathir adalah berlebihan dengan mengat...
Semua Benda Isteri Buat Tak Faham Pasangan Punca Perkahwinan Rasa Tak Bahagia

Semua Benda Isteri Buat Tak Faham Pasangan Punca Perkahwinan Rasa Tak Bahagia

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 362 hits
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu satu perkahwinan tu tak bahagia Sebab duit ke Sebab rupa Atau sebab agama semata 1 Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat Basuh baju isteri kemas isteri masak isteri Sedangkan...
Inara Terpelanting Keluar Dan Jatuh Ke Bawah Flyover Bapa Saudara Kongsi Tragedi Sayu Yang Menimpa Keluarga Abangnya

Inara Terpelanting Keluar Dan Jatuh Ke Bawah Flyover Bapa Saudara Kongsi Tragedi Sayu Yang Menimpa Keluarga Abangnya

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 511 hits
The ReporterSebaik saja si ibu tersedar dari koma dia terus bertanya di mana suami anak sulung dan bayinya yang berusia 10 bulan Ahli keluarganya yang berada di wad terdiam tidak tahu bagaimana hendak memaklumkan bahawa anak bongsunya itu s...
Saya Dengar Ada Lelaki Dalam Rumah Keluar Atau Saya Panggil Jais Gadis Berang Difitnah Sekumpulan Lelaki

Saya Dengar Ada Lelaki Dalam Rumah Keluar Atau Saya Panggil Jais Gadis Berang Difitnah Sekumpulan Lelaki

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 414 hits
The Reporter Sumpah geram siapa yang report Call cakap dengar suara lelaki dalam rumah selepas itu nak tuduh macam macam dan kata kitorang buka pintu belakang untuk lepaskan lelaki itu situ Apa funtion guard kat depan Tak nampak ke orang ke...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian