Kalau Selalu Gastrik Ketika Puasa Ini 7 Perkara Kena Faham Standby Siap Siap


Don’t Confuse Gallbladder Disease With Gastric Pain
“Tak lama lagi nak mula puasa. Aku risaulah nanti gastrik datang balik. Kalau boleh nak puasa penuh, tak nak ada yang tertinggal sebab sakit perut atau muntah…”
Kedatangan Ramadhan tentunya membuat ramai teruja. Namun ada sesetengah yang mudah terkena sakit perut atau gastrik, terutamanya pada beberapa hari terawal puasa.
Ini berlaku kerana dalam bulan puasa, pola pemakanan kita akan berubah. Di waktu siang semasa perut kosong, peningkatan asid di dalam perut boleh berlaku dan menyebabkan keradangan perut, loya, muntah atau berasa pedih pada ulu hati.
Jadi, bagi pesakit gastrik atau anda yang selalu sakit perut bila lewat makan, jom ketahui beberapa tips ini untuk membantu anda mengawal gastrik agar dapat berpuasa dengan lebih lancar dan selesa tanpa kesakitan.
7 TIPS MENGAWAL & MENGELAKKAN GASTRIK KETIKA PUASA
1. JENIS MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN
Umumnya, pemilihan makanan sihat amat membantu mengawal masalah gastrik.
Berikut adalah jenis makanan yang perlu dielakkan atau dihadkan:
Makanan bergoreng
Makanan pedas dan berempah
Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
Minuman bergas
Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
Makanan yang diproses seperti sosej dan nugget
mengidam makanan tidak sihat
Foto Kredit: popsugar.com
2. KETIKA BERBUKA
Ketika berbuka, makanlah dalam kuantiti yang sederhana. Elakkan makan terlalu banyak dan jarakkan pengambilan pemakanan.
Contohnya anda boleh berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat Maghrib dahulu. Kemudian barulah makan nasi bersama lauk pauk dalam kuantiti sederhana.
Selesai solat terawih pula, banyakkan makan buah-buahan yang tidak berasid, biskut oat atau roti.
3. KETIKA BERSAHUR
Seeloknya lewatkan sahur, iaitu ketika hampir waktu imsak. Cuba elakkan makan sahur terlalu awal, contohnya jam 2 atau 3 pagi dan tidur semula sehingga pagi.
Anda digalakkan minum segelas susu semasa sahur. Hal ini dapat mengurangkan simptom gastrik dan ulser peptik.
Tabiat tidur selepas selesai sahur atau berbuka boleh menyebabkan gastrik dan masalah pencernaan.
4. JANGAN MEROKOK & MAKAN LEWAT MALAM
Bulan puasa adalah bulan yang paling ideal untuk anda berhenti merokok. Merokok bukan saja membahayakan kesihatan, tetapi ia juga boleh menjadi penyumbang kepada gastrik.
Makan selepas solat terawih atau moreh / supper juga seeloknya perlu dijarakkan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur.
5. MINUM AIR KOSONG
Minum air kosong secukupnya sepanjang malam di waktu Ramadhan. Ramai yang ‘terlupa’ minum air kosong sebab macam-macam jenis minuman yang menggiurkan dijual di pasar Ramadhan.
Air kosong penting bagi melancarkan sistem pencernaan dan mengelakkan gastrik atau sakit perut yang dihadapi di siang hari.
Mengikut saranan KKM, anda sepatutnya boleh mencukupkan 8 gelas air sehari dengan jadual minum air seperti berikut:
-1 gelas ketika bangun sahur
-1 gelas selepas makan sahur
-1 gelas semasa berbuka puasa
-1 gelas selepas makan
-1 gelas selepas solat maghrib
-1 gelas selepas solat isyak
-1 gelas selepas solat terawih
-1 gelas sebelum tidur
kuruskan badan di bulan puasa
6. MAKANAN & MINUMAN YANG DIGALAKKAN
Banyakkan makan makanan karbohidrat kompleks atau yang berasaskan bijirin gandum, seperti beras perang, kekacang badam dan oat.
Cuba gunakan teknik memanggang atau kukus untuk mengelakkan makanan bergoreng dan berminyak.
Selain air kosong, anda boleh minum susu atau smoothie buah-buahan yang tidak berasid seperti kurma dan pisang.
7. ‘STANDBY’ & MAKAN UBAT
Jika anda diberikan ubat oleh doktor, jangan lupa mengambil ubat mengikut preskripsi doktor.
Sekiranya diserang gastrik yang teruk, anda boleh mendapatkan suntikan di klinik jika perlu.
Berikan anak ‘supplement’ dan ‘vitamin’
JANGAN PAKSA DIRI JIKA KEADAAN TIDAK MENGIZINKAN
Selain mengawal pemakanan, cuba elakkan stres dan amalkan gaya hidup sihat. Beberapa kajian menyatakan bahawa stres boleh menyebabkan peningkatan asid perut.
Jika kerap sakit, berbincanglah dengan doktor tentang keadaan anda berkaitan masalah yang dihadapi ketika berpuasa. Ingat, Islam itu agama yang indah dan tidak memaksa umatnya melakukan sesuatu yang di luar kemampuan mereka.
Selamat berpuasa!

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2019/04/kalau-selalu-gastrik-ketika-puasa-ini-7.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tips Elak Gastrik Ketika Puasa Bersama Lazz

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa Bersama Lazz

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 461 hits
Assalamualaikum w b t Tiada Alasan Untuk Tidak Berpuasa Gastrik antara penyakit yang korang jangan buat main main tau Pedih perut sakitnya jangan nak katalah kan cuma ini bukan alasan untuk sesiapa yang mampu berpuasa untuk tidak berpuasa M...
Cafe Cerita Kambing Menu Masakan Kambing Enak Ketika Berbuka Puasa

Cafe Cerita Kambing Menu Masakan Kambing Enak Ketika Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 761 hits
Assalammualaikum dan Salam SejahteraBulan puasa dah dekat mesti ramai yg buntu dan tercari cari tempat makan yg sedap kan Ha ni nak habaq kat korang bagi penggemar masakan kambing berbuka puasa kat Cafe Cerita Kambing memang satu pilihan yg...
Mengapa Ikn Tidak Benarkan Bawa Bunga Segar Ketika Lawat Pesakit Di Wad Ini Beberapa Perkara Perlu Anda Tahu

Mengapa Ikn Tidak Benarkan Bawa Bunga Segar Ketika Lawat Pesakit Di Wad Ini Beberapa Perkara Perlu Anda Tahu

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 406 hits
Mengapa IKN Tidak benarkan Bawa Bunga Segar Ketika Lawat Pesakit Di Wad Ini Beberapa Perkara Perlu Anda Tahu Penyakit kanser adalah salah satu penyakit berbahaya yang tiada sesiapa pun sanggup untuk melaluinya Kerap kali kita mendengar baha...
Saya Okay Je Puasa Masa Hamil Siap Menyusu Lagi Ingat Tak Semua Orang Sama Jumpa Lah Pakar

Saya Okay Je Puasa Masa Hamil Siap Menyusu Lagi Ingat Tak Semua Orang Sama Jumpa Lah Pakar

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 465 hits
Menjelang bulan Ramadan pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi oleh ibu hamil dan menyusu Ada yang tidak dapat bertahan dan ada yang dapat bertahan untuk menunaikan ibadah puasa Bagi yang mampu bertahan ia merupakan satu anugerah yang ...
Ini Penyebab Mengapa Daya Tahan Tubuh Menurun Ketika Sedang Puasa

Ini Penyebab Mengapa Daya Tahan Tubuh Menurun Ketika Sedang Puasa

papar berkaitan - pada 30/4/2019 - jumlah : 273 hits
Tantangan untuk menjaga daya tahan tubuh ini juga bakal lebih berat pada minggu pertama puasa Dokter Suci Sutinah Diah Suksmasari mengatakan daya tahan tubuh akan menurun karena tubuh masih harus menyesuaikan
Bolehkah Hubungan Intim Di Malam Puasa Tapi Mandi Junub Ketika Subuh

Bolehkah Hubungan Intim Di Malam Puasa Tapi Mandi Junub Ketika Subuh

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 639 hits
Pertanyaan Bolehkah berhubungan intim di malam hari puasa lalu mandi junub saat Subuh Jawabannya boleh Berikut alasannya Allah SWT berfirman Dihalalkan bagimu pada malam hari puasa bercampur dengan istrimu Mereka adalah pakaian bagimu dan k...
Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

Susu Kurma Blend Maintain Tenaga Ibu Menyusu Ketika Puasa Sesuai Di Ambil Waktu Sahur

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 850 hits
Cara pemakanan teknik mengepam dan mindset yang betul sangat penting untuk ibu menyusu di bulan Ramadan nanti Ada yang risau susu akan drop dan mungkin cepat lapar selepas mengepam atau menyusukan anak Bagaimanapun ada beberapa cara yang bo...
Berdoalah Ketika Hampir Berbuka Puasa

Berdoalah Ketika Hampir Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 712 hits
BERDOALAH KHUSUSNYA KETIKA HAMPIR BERBUKA PUASA MUDAH MUDAHAN DOAMU DIPERKENANKAN OLEH ALLAH TAALA Daripada Saidina Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawa dia berkata Rasulullah pernah bersabda Tiga orang yang doa mereka tidak tertolak iaitu...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Salted Egg Yolk Croissant Hazelnut Latte Richiamo

Sejarah Imam Syafie Sebuah Inspirasi Agung

Lirik Lagu Mungkin Harith Zazman Alex Ungku

Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025