Ulasan Samsung Galaxy A30 Sukar Untuk Diabaikan


Dulu kalau ada yang minta pendapat Samsung apa yang best tapi harga kurang dari RM1k, saya tanpa berfikir panjang terus membalas tak ada yang best kalau bajet begitu. Baik beli Xiaomi, Asus atau Honor. Tapi tahun ini abang besar K-Pop ni nampaknya nak kacau market yang selama ini selesa didiami jenama-jenama dari China.

Dengan tanda harga RM799, Galaxy A30 dengan senang hati tampil dengan ciri-ciri menarik yang tak ada pada model lain yang seharga dengannya. Kalau nak tau ciri yang disebutkan itu adalah paparan Super AMOLED yang cantik, menarik, tertarik dan sangat jarang dilihat pada segment mid-range sebegini.
Jom kita jenguk dulu spesifikasi penuh Samsung Galaxy A30.
Spesifikasi Samsung Galaxy A30 SM-A305F/DS Skrin Super AMOLED 6.4″ FHD+ 2340 × 1080
408 ppi / notch
19.5:9 aspect ratio
84.9% screen to body ratio SoC Samsung Exynos 7 Octa
14nm / 8-core
6 × Cortex-A53 @ 1.6 Ghz /
2 × Cortex-A73 @ 1.8 Ghz GPU Mali-G71 MP2 RAM 4GB Storage 64GB internal
Slot micro SD max 512GB (berasingan) Kamera Belakang 16MP f/1.7
PDAF
Flash LED tunggalKamera kedua 5MP f/2.2
123° ultra-wide angle Kamera Hadapan 16MP f/2.0
Face recognition Bateri 4,000 mAh OS Android 9 Pie
One UI 1.1 Lain-lain LTE Band 1,3,5,7,8,20,38,40,41
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Compass / Gyroscope
USB Type C
Pengecasan pantas 15W
NFC
Samsung Pay Aksesori didalam kotak Adaptor 15W
Earphone
Silicone case
Kabel USB ke type-C
Pin SIM ejector Rekaan dan binaan Samsung menawarkan 3 pilihan warna untuk A30. Ada hitam, biru dan juga warna yang ada pada saya untuk review ini, putih. Bahagian depan kelihatan sama bagi semua warna kerana Samsung menggunakan bezel hitam untuk kesemuanya. Panel belakang ini diperbuat dari plastik yang diberikan coating istimewa yang membuatkannya kelihatan seperti kaca yang memantul siap dengan efek beralun yang dapat dilihat pada sudut tertentu.

Reka bentuk belakang cukup kemas dan yang lagi best kedudukan sensor fingerprint yang sama aras dengan keseluruhan panel, buatkan A30 ada feel premium sedikit. Frame di bahagian tepi dan button power serta volume semuanya plastik tapi dipasang kemas dan seamless, yang saya tak boleh nak complain apa-apa tentang ini. Semuanya terasa ok dan kena pada tempatnya.
Galaxy A30 mempunyai tubuh badan ramping, disebabkan baterinya yang tidak begitu besar jadi ia hanya 7.7mm. Atas sebab ini memegang smartphone ini rasa sangat-sangat selesa.

Hampir 85% dari permukaan depan ini dimonopoli oleh skrin sAMOLED yang bertakuk diatasnya. Samsung lebih gemar memanggilnya dengan trademark Infinity-U. Dibawah skrin pula ada bezel “dagu” yang boleh tahan juga lebarnya, hampir 8mm. Tapi tu biasa bagi mid-range. Tiada LED notifikasi tapi takde hal sebab ada always-on display, kan AMOLED.
Hardware dan Performance Mula dengan skrin. Samsung menggunakan skrin keluaran mereka sendiri iaitu Super AMOLED yang bersaiz 6.4″ dan aspect ratio 19:9 ikut trend 2019. 4 bucu sudut bulat dan juga notch Infinity-U di tengah-tengah untuk memberi ruang kepada kamera selfie. Rasanya semua dah sedia maklum macam mana terangnya warna pada paparan Super AMOLED ni. Hitamnya pula pekat
Pixel density 403 ppi cukup untuk membuatkan imej dipapar lengkap dengan tahap detail yang tinggi. Setiap pixel menghasilkan cahaya yang cukup terang jadi melihat pada skrin A30 tidak menjadi masalah walaupun dibawah terik matahari.
Loudspeaker tunggal yang menghala kebawah bagi saya di tahap memuaskan. Dengan earphone dipasang, Galaxy A30 mampu memproses Dolby Atmos untuk menghasilkan bunyi surround.
Galaxy A30 menggunakan chipset Exynos 7904 buatan Samsung sendiri yang menggunakan teknologi proses pembuatan 14 nm. Dari segi performance, memandangkan kita semua lebih familiar dengan Snapdragon, boleh dikatakan Exynos 7904 hampir dengan Snapdragon 636 yang digunakan pada banyak smartphone termasuk Asus Zenfone Max Pro M1.
Bezanya GPU pada Exynos menggunakan Mali-G71 MP2 manakala Snapdragon menggunakan Adreno 509. Hasilnya Snapdragon jauh lebih unggul pada pemprosesan 3D. Boleh lihat pada score 3DMark yang A30 lebih rendah berbanding Max Pro M1.

Jangan risau, Galaxy A30 masih sebuah mid-range yang capable untuk gaming. Setakat PUBG pada setting medium, takde hal. Mobile Legend, Asphalt 9, PES 2019 semuanya tested and proven. Semestinya suhu akan meningkat, tapi yang best kat fon ni performance maintain walaupun suhu naik mencecah 45°C jika diukur di panel balakang.
Bateri 4,000 mAh bunyi macam ok. Tapi entah kenapa A30 yang saya guna susah untuk bertahan sehari suntuk. Saya selalu dapat screen-on-time paling lama cuma 5 jam. Tapi waktu pengecasan sangat tidak mengecewakan. Dengan menggunakan adaptor 15W yang dibekalkan, cas penuh hanya memerlukan masa 1 jam 45 minit.

 
 
One UI 1.1 / Android 9 Pie UI Samsung berevolusi dari Touchwiz yang ditamatkan 2 tahun lalu, diganti dengan Samsung Experience dan akhirnya Samsung menamakan UI baru mereka dengan nama One UI. Ia masih baru dilancarkan bersama-sama Galaxy S10 April lalu.

Sekali lihat UI baru ni masih membawa DNA Samsung tapi diringkaskan berbanding Experience terutamanya pada Setting. Yang unik “splash screen” singkat yang dipaparkan untuk masuk ke Setting, Phone, Contact dan juga Gallery, ala-ala Windows, nampak kemas, tapi tak rasa annoying.
Dark Mode atau pada One UI dipanggil Night Mode boleh dihidupkan cuma melalui toggle pada notification. Walaupun Android Pie masih belum menyediakannya, Samsung dah ada dengan One UI. Setelah dihidupkan, kesemua apps build-in akan jadi gelap, tambah pula dengan skrin AMOLED, selain kelihatan lebih menarik, boleh juga jimatkan bateri. Sayangnya Night Mode ni tak beri efek pada apps lain.
Tapi kalau nak bandingkan dengan UI lain seperti MIUI atau ColorOS, One UI ni masih kurang fungsi tambahan seperti App Lock, call recording dan Dual Space (MIUI sahaja). Yang ada cuma Clone Apps atau pada One UI, Dual Messenger yang membolehkan apps di’klon’ jadi dua.

Digital Wellbeing oleh Google turut disertakan untuk anda monitor penggunaan seharian atau habit penggunan anda. Yang paling best fungsi Wind Down yang anda boleh set masa untuk “Do Not Disturb” dan turut menghitam putihkan skrin telefon untuk anda bersedia untuk tidur.
Dalam banyak-banyak Android “skin”, MIUI lah yang paling saya suka. Sebabnya, ia ada imej tersendiri dengan fungsi-fungsi tambahan yang bukan sekadar gimik tapi pada masa yang sama tidak terlalu jauh beza dengan stock Android dari segi user experience.
Face Unlock pula, One UI ada option Faster Recognition dimana proses pengecaman akan lebih cepat tapi sedikit kelonggaran dari segi sekuriti. Saya ok dengan option begini tapi tertanya juga kenapa smartphone mid-range lain boleh je pengecaman wajah pantas tanpa perlu mengurangkan tahap sekuriti.

Keseluruhannya One UI masih belum perfect tapi hampir. Yang paling saya suka adalah design. Minimalist dan clean. Dan ketelitian dalam memfokuskan pada penggunaan contohnya dalam gambar diatas dimana susunan sebegitu bertujuan untuk memudahkan penggunaan.
Kamera Di belakang ada satu kamera utama 16MP f/1.7 dan satu lagi kamera ultra-wide angle 5MP 123° fixed focus.

Performance kamera belakang ni secara ringkasnya – lebih dari jangkaan. Walaupun kadangkala nampak sedikit overexposed, tapi performance low light dalam mode Auto dengan bantuan AI (Samsung guna nama Scene Optimizer), end up gambar akan kelihatan sedikit “artificial” tapi untuk kegunaan media social, ramai akan menyukainya.
Contoh gambar low-light
Tahap “noise” pada gambar sangat memuaskan tapi dari segi detail, agak kurang.
Kamera kedua yang sangat berguna disini, ada masa kita mahu sudut pandang yang lebih luas, inilah perbandigan kamera pertama (kiri) dan wide angle (kanan).
Aperture f/2.2 pada kamera wide-angle ni membuatkan noise kelihatan lebih jelas pada low light.
Seterusnya kamera selfie, not bad juga sebenarnya kamera depan A30 ni. Tapi kalau indoor tu agak struggle sikit. Tengok la sendiri, ok tak.
Kamera selfie Galaxy A30 Begitulah lebih kurang serba sedikit tentang kamera. Bab video pula, A30 tak menyokong sebarang stability. Kalau tangan tak stabil tu bersedia la untuk video bergegar ye. Smartphone ini mampu merakam video maksimum Full HD 30 fps sahaja. Tiada 4k dan 60 fps. Kesemua kamera termasuk wide-angle mampu merakam video.
Kesimpulan Samsung Galaxy A30 adalah sebuah smartphone yang cukup kuat untuk memberi cabaran dalam segmen mid-range. Walaupun performance tak seberapa tapi Super AMOLED dan kamera wide-angle saja cukup sebagai alasan kukuh untuk anda menolak Xiaomi, Redmi dan Honor ketepi.
The post [Ulasan] Samsung Galaxy A30 – Sukar Untuk Diabaikan appeared first on Lepak CC.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.lepakcc.com/ulasan-samsung-galaxy-a30-sukar-untuk-diabaikan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip Tertiris Peranti Tri Skrin Lipat Pertama Dunia

Rekaan Dan Spesifikasi Samsung Galaxy Z Flip Tertiris Peranti Tri Skrin Lipat Pertama Dunia

papar berkaitan - pada 21/1/2020 - jumlah : 386 hits
https ift tt 2RDOGdA Pelancaran Samsung Galaxy Z Flip akan berlangsung 11 Februari hadapan di San Francisco Terdapat pelbagai spekulasi mengenai peranti skrin boleh lipat kedua dari Samsung ini Hari ini dua maklumat baharu mengenainya mula ...
Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baru

Samsung Malaysia Mengacah Kehadiran Siri Galaxy A Baru

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 357 hits
Samsung sebelum ini telah pun memperkenalkan dua telefon pintar baru dibawah siri Galaxy A iaitu Galaxy A51 dan juga Galaxy A71 Kini Samsung Malaysia telah mula mengacah kehadiran siri baru Galaxy A ini tidak lama lagi Kedua dua peranti ini...
Ini Ialah Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20 S20 Dan S20 Ultra 5g

Ini Ialah Imej Pengolokan Samsung Galaxy S20 S20 Dan S20 Ultra 5g

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 289 hits
Samsung Galaxy S20 S20 dan S20 Ultra 5G akan dilancarkan pada 11 Februari hadapan Setakat ini tiada lagi rahsia mengenai kerana ia telahpun tertiris seminggu lalu Pagi ini imej pengolokan rasmi ketiga tiga peranti ini pula tertiris menerusi...
Cleanpro Express Dan Visa Umum Pemenang Bertuah Kereta Honda City Dan Samsung Galaxy S10

Cleanpro Express Dan Visa Umum Pemenang Bertuah Kereta Honda City Dan Samsung Galaxy S10

papar berkaitan - pada 24/1/2020 - jumlah : 614 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraApa khabar rakan rakan dan pembaca semua Alhamdulillah baru baru ini aku berkesempatan ke majlis pengumuman pemenang bagi peraduan Sentuh Menang yang dianjurkan oleh CleanPro Express dan Visa Hadiah yang d...
Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Akan Dilancarkan Sebagai Galaxy Bloom

Samsung Galaxy Fold 2 Mungkin Akan Dilancarkan Sebagai Galaxy Bloom

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 258 hits
https ift tt 3a5eUym Pada 11 Februari hadapan Samsung akan melancarkan peranti terkini mereka Antara yang dilancarkan ialah peranti skrin boleh lipat yang kedua Sebelum ini kami melaporkan ia akan menggunakan nama Galaxy Fold 2 tetapi menur...
Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S20 Tertiris Skrin 120hz Bateri 5000mah 108mp Exynos 990

Spesifikasi Penuh Samsung Galaxy S20 Tertiris Skrin 120hz Bateri 5000mah 108mp Exynos 990

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 281 hits
Secara tidak langsung mengesahkan nama peranti adalah S20 bukannya S11 Selain itu skrin juga tidak lagi melengkung seperti biasa tetapi sedikit rata seakan Pixel 2 XL Terkini spesifikasi penuh untuk kesemua peranti S20 iaitu S20 Ultra 5G S2...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids