Ulasan Realme 2 Pro Terbaik Dari Realme
Realme sebuah jenama jelmaan dari OPPO ini baru saja muncul dengan model pertama Realme 1 May tahun lepas. Ketika itu jenama ini tidak masuk ke pasaran Malaysia secara rasmi. Hanya dalam masa 4 bulan selepas itu mereka melancarkan generasi baru Realme 2 dan Realme 2 Pro dengan spec yang lebih tinggi.
Ia mula dipasarkan di negara ini sejak November tahun lepas. Apa yang paling menarik perhatian adalah Realme 2 Pro varian tertinggi dilengkapkan dengan RAM sebesar 8GB dijual hanya pada harga RM1,099 sahaja. Model ini turut dilengkapkan dengan storage internal sebesar 128GB.
SpesifikasiRealme 2 ProSkrinIPS 6.3″ FHD+ 2340 × 1080
408 ppi / waterdrop notch
19.5:9 aspect ratio
84% screen to body ratioSoCQualcomm® Snapdragon™ 660 AIE
14nm / 8-core
4 × Kryo 260 @ 2.0 Ghz /
4 × Kryo 260 @ 1.8 GhzGPUAdreno 512RAM4GB / 6GB / 8GBStorage64GB / 128GB internal
Slot micro SD dedicated max 256GBKamera Belakang16MP f/1.7
PDAF
Flash LED tunggalKamera kedua 2MP f/2.4
Depth sensingKamera Hadapan16MP f/2.0
Face recognitionBateri3,500 mAhOSAndroid 8.1 Oreo
ColorOS 5.2Lain-lainLTE band 1/3/5/8/7/20/38/40/41
Wifi a/b/g/n/ac 2.4 GHz & 5 GHz
Fingerprint scanner
Compass / Gyroscope
Micro USBAksesori didalam kotakCharger 10W
Silicone case
Kabel micro USB
Pin SIM ejectorRekaan dan binaanSekali pandang, Realme Pro 2 mirip Oppo F9 terutamanya pada teardrop notch serta kedudukan kamera dan fingerprint scanner di belakang. Namun ia dibezakan di permukaan belakang tanpa sebarang corak, hanya logo Realme cukup besar dan jelas kelihatan disini.
Permukaan belakang yang berkilat ini sebenarnya bukan kaca tapi sejenis polymer berkemungkinan jenis acrylic yang sifatnya optikalnya seperti kaca. Kelebihan bahan ini berbanding kaca ia lebih tahan lasak dan lebih murah. Cuma ia kurang tahan terhadap calar.
Button power di sebelah kanan dan volume kiri sama seperti kebanyakan model-model Oppo. Penggunaan micro USB juga cukup sinonim dengan Oppo yang begitu gemar dengan penyambung ini berbanding type-C.
Bahagian depan lebih menarik. Teardrop, waterdrop atau apa saja anda ingin gelarnya, ia sebenarnya nampak cukup menarik berbanding notch biasa ala iPhone. Ia cukup minimum dan memberi lebih ruang untuk skrin. Satu-satunya cara untuk menyemak notifikasi adalah hanya dengan menghidupkan skrin kerana tiada LED notifikasi pada smartphone ini.
Dari segi ergonomik, memegang smartphone ini sangat selesa atas sebab binaanya yang solid dan rekaan lengkung di bahagian sisi serta panel balakang acrylic yang agak “melekat” pada kulit berbanding kaca yang kadang-kala terlalu licin.
Hardware dan Performance
Tiada apa nak diperkatakan pada paparan full HD+ yang ada pada Realme 2 Pro ini. Ia cukup terang, sunlight visibility cukup baik, viewing angle cemerlang dan resolusi tinggi membuatkan imej cukup-cukup cantik.
Bunyi dari speaker tunggal ini adalah pada tahap average. Bunyinya lebih kepada nyaring dan kurang bass. Pada volume maksimum, agak kurang best untuk dengan muzik. Namun fine tuning masih boleh dilakukan melalui equalizer tersedia.
Anda salah jika menganggap RAM 8GB dapat membuatkan fon berfungsi lebih pantas. Realme 2 Pro membuktikan dirinya sama seperti smartphone lain yang menggunakan cip sama. Tapi dengan RAM yang tinggi ini smartphone ini dapat mengekalkan dirinya sentiasa pantas walaupun beberapa apps dibuka serentak.
Walaupun PUBG sedang berjalan di belakang, anda masih boleh berfacebook sebentar tanpa perlu loading game semula. Sepanjang penggunaan saya penggunaan RAM biasanya kurang dari 50% walaupun sedang bermain game serta 10 lagi apps berjalan di belakang.
Konsisten adalah kata kunci bagi smartphone. Dengan RAM tinggi sebegini, tak pelik untuk saya katakan smartphone ini akan masih releven walaupun dalam masa 4 tahun akan datang dimana ketika itu apps akan lebih dahaga RAM berbanding ketika ini.
Bateri3,500 mAh dengar macam tak cukup besar. Ye la banyak smartphone sekarang paling kurang pun 4,000 mAh. Tapi jangan hairan Realme 2 Pro dengan cip pemprosesan yang cukup efisyen sehingga mampu bertahan seharian tanpa sebarang masalah.
Tanpa sebarang pengecasan pantas charger 10W yang dibekalkan mampu mengisi sehingga 62% dalam masa sejam dan ia meningkat ke 96% untuk jam kedua. Keseluruhannya 2 jam 20 minit untuk naik sehingga 100% dalam keadaan fon dihidupkan dalam mode standby. Agak perlahan untuk bateri bersaiz ini. Kalau ada VOOC kan lagi best.
ColorOS 5.2 / Android 8.1 OreoKalau anda tak biasa dengan Oppo, anda akan memerlukan sedikit masa untuk mula serasi dengan ColorOS. Tapi pada versi baru ini ia labih “Android” berbanding versi lama yang lebih nak ke arah iOS.
Tiada app drawer pada home screen default. Bayangkan betapa banyak icon app yang perlu anda susun kalau semua 128GB dipenuhkan dengan apps. Kalau tak suka, boleh saja install apa saja launcher yang ada di Play Store.
Sebenarnya banyak fungsi menarik pada ColorOS 5.2 ni. Antara yang menarik…
Swipe-up gestures – Kalau anda lebih gemarkan navigasi gestures berbanding 3 button biasa, ColorOS menawarkan lebih banyak pilihan untuk disesuaikan dengan pilihan anda.Smart sidebar – Ala-ala edge bar pada Galaxy S9. Shortcut ke apps dan fungsi seperti screenshot atau recorder boleh ditempatkan disini.Game Space – Fungsi seakan Shark Mode pada Xiaomi Black Shark ini dicipta untuk menjadikan gaming lebih menarik dan tanpa gangguan.App lock – Bukan saja fingerprint, face recognition juga boleh digunakan untuk nyah-kunci appsSmart Call – Menyediakan fungsi menarik salah-satunya pengguna hanya perlu letakkan fon di telinga ketika call masuk untuk menjawab. Juga ketika call menggunakan loudspeaker, cuma perlu letakkan fon di telinga ia akan tukar ke mode earpiece secara automatik.Split screen – Perlu juga diberi perhatian. Split screen boleh dijalankan dengan swipe 3 jari kebawahGoogle Assistant – Agak rare pada ColorOS anda dapat menyeru Google Assistant dengan menekan power button selama 0.5 saat, selain dari cara biasa “Ok Google”Khabarnya update ColorOS 6 yang berasaskan Android 9 Pie akan hadir pada Realme 2 Pro ini hujung Mac nanti. Apa yang pasti ColorOS 6 akan membawakan interface yang lebih clean, serta penggunaan kebolehan AI untuk belajar cara penggunaan pengguna dan mengoptimasikan sistem untuk meningkatkan tahap efisyensi.
KameraKamera berkembar di belakang kini tidak asing lagi malahan entry level pun dah mula ada dual camera. Interface kamera pada Realme lengkap dari Portrait Mode ke Expert Mode, tidak kurang juga mode yang fancy yang namanya Sticker.
Imej low light bukanlah yang terbaik seakan Pixel 3 tapi cukup bagus untuk sebuah mid-range. Detail yang tinggi serta noise yang hampir sifar nyata membuatkan saya teruja.
Outdoor photography atau ketika di tempat terang, gambar yang terhasil kelihatan natural tanpa sebarang over saturation. Memang best kalau pergi bercuti dengan Realme 2 Pro, kameranya memang boleh diharap.
Penggemar selfie pasti ingin tahu bagaimana kamera depan perform kan? Bagi saya ia sedikit below expectation disebabkan saya mengharapkan sesuatu yang superb seakan Oppo F7 tapi ia belum sampai ke tahap itu. Imej wajah dapat diambil dengan baik dengan detail yang tinggi dan juga beautification mode (jika dihidupkan) masih dapat cantikkan wajah dengan baik, cuma gambar background kelihatan kurang detail. Jika anda menghidupkan bokeh, semuanya jadi ok sebab background dah blur.
KesimpulanKombinasi antara processor, RAM dan storage yang tinggi serta rakaan yang elegen dan minimalis, membuatkan Realme 2 Pro sesuai untuk semua orang. Ia sesuai kepada golongan profesional yang mementingkan produktiviti, juga sesuai untuk kaki game, malah penggemar media social juga pasti akan sukakan smartphone ini.
Walaupun ia bukan level flagship, tapi inilah “flagship” kepada jenama ini. Jadi segalanya yang ada pada Realme 2 Pro ini adalah yang terbaik Realme.
663
The post [Ulasan] Realme 2 Pro – Terbaik dari Realme appeared first on Lepak CC.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.lepakcc.com/ulasan-realme-2-pro-terbaik-dari-realme/