Pencuci Muka Terbaik Cetaphil


Pencuci muka Bella abis ni. Paling malas kan nak fikir untuk beli dan tukar pencuci muka baru. Selalunya Bella akan tukar pencuci muka selepas 3 bulan setia menggunakan satu jenama. Sebab selepas 3 bulan pencuci muka tu dah macam takda memberi kesan kat wajah Bella. Sebelum ni, Bella ada jerawat besar - besar dekat bawah pipi. Nasib kat bawah pipi kan? Pakai tudung hilang. Kih2x. Selepas 3 bulan, jerawat besar tu mengecil. Tapi mengecil dan menjadi jerawat kecil - kecil pula. Adoi! Bella dah lama dapat tahu yang PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL. Cuma tak sempat nak cuba. Jadi inilah masa yang paling sesuai Bella nak cuba. Bella akan cuba Cetaphil Gentle Skin Cleanser. Jom - jom pergi cari. 


CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER MENJADIKAN KULIT WAJAH LEBIH SIHAT
Kenapa Bella cakap Pencuci muka terbaik Cetaphil? Korang tak percaya korang Google dan carilah senarai pencuci muka terbaik sama ada di Malaysia ataupun Indonesia. Mesti Brand Cetaphil akan tersenarai. Ia juga disarankan oleh Dermatologist (Malaysia No.1 derma Skincare Brand). Bella baca ini pun dan teruja. Memang terus pilih. Tak pandang yang lain. 

Korang jangan salah pilih produk tau. Jangan tertarik dengan iklan dan janji - janji manis produk kecantikan yang menawarkan kulit akan cantik, putih nampak macam kulit bayi dalam masa 7 hari. Jangan! Korang sepatutnya cari produk yang menyihatkan kulit wajah korang luar dan dalam. Bella memilih Gentle Skin Cleanser dan baca segala kebaikan yang akan diberikan kepada kulit wajah. Bella tertarik sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan menjadikan kulit wajah lebih sihat dari dalam. Membuatkan wajah benar - benar sihat. 
CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER DENGAN FORMULA MELINDUNGI KULIT
Kulit wajah yang sihat tu macam mana ya? Tanpa jerawat? Putih melepak? Kalau korang nak tahu, kulit wajah yang benar - benar sihat adalah yang bila sentuh dan belai rasa lembut dan lembab. Bukan kering atau berminyak tau. Jadi, Cetaphil Gentle Skin Cleanser akan melindungi kulit dengan kandungan semulajadi yang terdapat didalamnya. Sebuk lembut inilah formula rahsia yang akan membersih jauh kedalam kulit dan sekaligus akan melembabkan kulit wajah. Cara inilah yang akan membuatkan Bella mendapat kulit wajah sihat idaman Bella. 

CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER SESUAI DENGAN SEMUA JENIS KULIT
Bila korang nak cuba, mesti korang terfikirkan? "Ala, kulit muka Bella macam ok je. Kulit muka aku ni, berminyak. Atau Sensitif. Atau kering sangat." Jangan risau, sebab kajian telah dilakukan dan dan 99% sangat bersetuju yang Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersihkan wajah dengan lebih bersih dan menjadikan kulit wajah lebih lembut dan lembab keatas semua jenis kulit. Jadi semua jenis kulit pun sesuai. Korang guna saja tanpa was - was. Sebab Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini :-Tanpa sabunPencuci muka yang mengandungi sabun akan berbuih dan buih itu akan mengikis lapisan pelindung semula jadi dan akan membuatkan kulit kering
Tanpa pewangi tambahanKalau korang kulit sensitif, janganlah guna pencuci yang wangi kerana pewangi itu akan merengsakan kulit dan jadikan kulit lebih merah atau gatal
PH yang seimbangCetaphil Gentle Skin Cleanser mengandungi PH value yang dekat dengan PH value kulit semulajadi kita.Terbukti secara klinikalOleh sebab itu pakar kulit selalu mengesorkan kepada individu supaya kulit lebih sihat kerana ia selamat digunakan dan berkesan menjaga kulit dengan baik


Cetaphil Gentle Skin Cleanser juga sesuai digunakan di badan yang bermasalah jerawat dan juga muka. Ia juga boleh digunakan sebagai penjagaan harian untuk kulit sensitif. Ia juga boleh digunakan keatas kulit bayi. Selamat. Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser adalah dengan mengunakan air atau tanpa air. Macam magik! Bila nak gunakan air, pam sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit kemudian cuci menggunakan air sehingga diyakini bersih. Tanpa air, pam sedikit Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit kemudian lap sahaja menggunakan kain bersih. Ia amat memudahkan sebab ia tiada buih. Kerja mencuci menjadi lebih mudah dan cepat. Bella terfikir, seronok ni kalau bawa dan gunakan semasa mengembara, bercuti ataupun semasa membuat aktiviti lasak diluar. Bila nak solat, nak cuci mekap ringan kat muka tak payah guna air. Kalau tak, habis basah baju nak basuh muka saja. Selalunya bila nak hilangkan kotoran dan minyak dimuka kita lap saja. Kalau lap saja kadang - kadang kotoran dan lebihan minyak akan melekat. Membuatkan kulit akan jadi lebih teruk. Lepas ni memang bawa sajalah Cetaphil Gentle Skin Cleanser kemana saja. Sapu kat muka, lap saja pakai kain. Mudahnya. 
PENGALAMAN PERTAMA KALI MENGUNAKAN CETAPHIL GENTLE SKIN CLEANSER
HARI PERTAMA


Bella pakai sebelum tidur. Cuci mekap dengan pencuci mekap dan pamkan Cetaphil Gentle Skin Cleanser dan gosok ke atas kulit muka Bella. Alamak! takda buih. Tak biasa sungguh! Sangat janggal dan rasa kulit tak bersih. Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini berwarna jernih. Ia dah bertukar kepada warna kelabu bila digosakkan ke wajah Bella. Sebab ia juga menanggalkan mekap yang ringan dan mencuci jauh kedalam. Bella tak perasan sangat masa tu. Tapi bila Bella cuci muka dengan air, air yang jatuh itu berwarna putih susu. Memang jelas sebab sinki Bella warna hitam. Selepas cuci Bella gosok dengan jari, owh dah kesat. Maknanya kulit dah bersih dari kotoran dan minyak. Bella pun tidur.
HARI KEDUA

Bangun pagi - pagi sebelum nak ambil air sembahyang, perasan muka langsung takda minyak. Macam pakai bedak nipis macam tu. Kulit muka Bella jenis berminyak. Selalunya bangun pagi, memang berkilat - kilat muka Bella. Ini macam matte gitew. Bella macam eh! betul ke ni? ke mimpi? Sambil gosok - gosok pipi. Pagi tu Bella cuci sekali lagi. Bila petang, masa Bella tengah masak HB balik kerja dia tegur. Eh! harini ada orang pakai pemerah pipi la. Bella macam eh! takdalah. Tak kuasa Bella nak pakai mekap. Seriously?? Maknanya muka Bella dah nampak perubahan dan glowing. Serius la. Macam tak percaya kali ketiga!
HARI KETIGA




Bella cuba cuci badan HB sebab dia ada masalah jerawat dekat badan. Bukan nak buka aib suami, tapi benda baik dan memberi kebaikan kepada semua, InshaALLAH. Tapi Takda gambar suamilah yer, mahal. Kah2x. Bella buat sama macam cuci muka. Gosok belakang HB rata - rata. Dalam masa 5min macam tu, jerawat yang dah kering, membuang kulit mati dan bintik putih jatuh! Jatuh dekat telapak tangan Bella! Tunjuk dekat HB. Tapi susah sebab warnanya sama dengan warna Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni. Puas Bella cuba. Bella cakap " Sayang, Jerawat sayang jatuhlah!" "Mana??" Bila tunjuk "Bintik putih la" Selama ini dengar je kata bintik putih jatuh. Hari ini tengok ada atas tangan. Allahu. Bersyukur sangat kenal dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser ni.
HARI KEEMPAT



Kesan jerawat kecil - kecil yang ada bawah pipi Bella mula mengeluarkan isinya. Selama ini ingat jerawat mati. Rupanya ada isi! Patutlah tak hilang - hilang. Boleh dikatakan semua jerawat kecil yang tak hilang - hilang ada isi kat dalam. Bella picit memang banyak sungguh yang keluar. Isi putih macam bintik putih. Sekarang tinggal kesan jerawat yang besar dan yang dah takda isi. Sekarang Bella   teruskan supaya kulit Bella mulus dan licin tanpa jerawat.
HARI KELIMA


Bella berani keluar tanpa mekap! pergi pasar raya besar tau. Pergi makan malam dengan HB. Selalunya HB akan tegur, eh kenapa muka berminyak sangat ni? Hari ini HB diam je sampai Bella tanya, pelik tak muka hari ni? HB kata nape? Ok je. Sebab selalunya Bella akan mekap nipis sangat. Bagi muka nampak berseri sikit cukuplah. Jadi HB ingat Bella pakai bedak macam tu. Padahal Bella bedak pun tak pakai. Bella bagitahu yang Bella tak pakai mekap hari ni. HB terkejut sangat - sangat. Dia kata memang ok. Selalunya berminyak. Lagi natural beauty katanya. Tersengih macam kerang busuk Bella.

Memang PENCUCI MUKA TERBAIK CETAPHIL! Bella terus sukakannya dan jatuh cinta. Masa mula pakai takdalah harapkan kesan sepantas, secepat dan sebaik ini. Bella selalunya akan nampak kesan setakat muka kurang berminyak saja. Target Bella, hilang jerawat cukuplah. Ini memang terbaik. Semua kesan Bella rasa dalam masa kurang seminggu. Sekarang yang susah bintik putih dekat hidung dan jerawat kecil - kecil sekitar muka. Tapi yang takda isi. Harapan harap Cetaphil Gentle Skin Cleanser boleh hilangkan juga. 
Korang boleh cari dekat drug store seperti Watsons dan Guardian di seluruh Malaysia dan juga e-commerce store seperti Shopee dan Lazada. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.bellaidura.com/2019/04/pencuci-muka-terbaik-cetaphil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Smartphone Terbaik Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama

7 Smartphone Terbaik Dengan Bateri Yang Tahan Lebih Lama

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 485 hits
Smartphone ni dah ibarat benda penting dalam hidup Semua benda boleh dapat dengan satu klik je pada telefon pintar Disebabkan smartphone banyak kegunaan dan korang pulak asyik gunakan setiap masa bateri telefon selalu cepat habis Lepastu mu...
Madrasah Terbaik Dan Berimbuhan

Madrasah Terbaik Dan Berimbuhan

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 306 hits
Assalammualaikum wbtMADRASAH TERBAIK DAN BERIMBUHAN Beberapa hari sahaja lagi Rejab akan berakhir Syaban dan seterusnya Ramadhan menyingkap tirai Bermula ibadah puasa untuk umat Islam di mana sahaja berada moga Allah SWT memberi izin kepada...
Filem One Two Jaga Filem Terbaik Ffm30

Filem One Two Jaga Filem Terbaik Ffm30

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 315 hits
Filem One Two Jaga dinobat sebagai Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke 30 yang berlangsung di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya malam tadi Selain pengiktirafan tertinggi terbabit karya terbitan Pixel Play Enter...
Tawaran Terbaik Beli Elba Food Steamer

Tawaran Terbaik Beli Elba Food Steamer

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 461 hits
Suka makan kuih Pau ikan masak steam limau atau pelbagai jenis dim sum Biasa kalau beli yang dah siap masak harga ada mantol sikit Harga pasti dah mark up Kan Nak makan banyak banyak takut budget lari Jadi apa kata beli steamer elektrik Mud...
Pengelolaan Dana Desa Di Bali Salah Satu Yang Terbaik Di Indonesia

Pengelolaan Dana Desa Di Bali Salah Satu Yang Terbaik Di Indonesia

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 250 hits
Saatnya Bali mengajarkan kepada Indonesia tentang pengelolaan dana desa ujarnya pada Sosialisasi Pengawasan Penyaluran dan Penggunaan Dana Desa di Bali Kamis
Waktu Terbaik Memberi Nama Kepada Bayi Yang Baru Lahir

Waktu Terbaik Memberi Nama Kepada Bayi Yang Baru Lahir

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 328 hits
Soalan Saya baru sahaja dikurniakan cahaya mata Bilakah waktu yang sesuai untuk saya menamakan anak saya yang baru lahir ini Saya ada terdengar elok dinamakan pada hari yang hendak dilaksanakan aqiqah ada juga yang mengatakan selepas seming...
Situs Penyimpanan Atau Backup Online Terbaik

Situs Penyimpanan Atau Backup Online Terbaik

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 262 hits
mega nz sejenis rapidshare atau 4shared atau dropboxtetapi mega nz sepertinya layananan ini berada di new zealand karena domain nzKelebihan dari mega nz adalah1 Kapasitas penyimpanan yang besar untuk free account2 Kecepatan Bandwith yang be...
Jam Pintar Terkini Harga Terbaik

Jam Pintar Terkini Harga Terbaik

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 338 hits
Nak cari jam Pintar untuk telephone android anda Harga mesti mau yang super Murah murah Pasal saja nak pakai tukar tukar dengan jam yang lain Kan Jadi setelah saya scroll atas bawah Open close app ini Baru lah jumpa harga tawaran terbaik in...
Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Menu Kampung

Kereta Terbang Dari Jambatan Tak Siap

Dog Owner Ignored Sign And Brought Pup To Park

Intel Arc Battlemage Gpu Dikhabarkan Akan Dilancar Tahun Ini

Hujan Sangat Lebat Berterusan Dijangka Berlaku Di Kelantan Terengganu Dan Pahang Sehingga 29 November Ini

Amboi Pandai Bodek Guna Lagu K Pop Ketika Lawatan Rasmi Di Korea Selatan Ig Pmx Raih Perhatian