Ulasan Persembahan Music Of The Soul An Evening With Dato Sri Siti Nurhaliza


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Diumumkan seawal bulan Julai, persembahan khas Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza ini merupakan persembahan amal yang diadakan untuk mengumpul wang bagi Yayasan Nurjiwa yang merupakan organisasi  bukan untung yang menjalankan aktiviti amal

Diasaskan pada 21 Ogos 2006, Yayasan Nurjiwa merupakan yayasan yang diasaskan oleh Dato' Sri Khalid dan Dato' Sri Siti Nurhaliza dan telah menjalinkan beberapa inisiatif dan bekerjasama dengan Kita Fund untuk menubuhkan Tabung Bantuan Khas untuk Bencana Alam, Palestin dan Covid-19


Untuk makluman, ini merupakan kali ketiga yayasan ini menganjurkan persembahan amal dengan kerjasama penganjur acara, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd (2022). Kali pertama adalah Konsert Satu Dato' Siti Nurhaliza (2009), Dato' Siti Nurhaliza Live In KLCC: Where The Heart Is (2014) dan terkini, Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza (2022)

MUSIC OF THE SOUL: AN EVENING WITH DATO' SRI SITI NURHALIZA

Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan menonton persembahan khas Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza pada kedua-dua harinya. Bagaimana aku boleh menonton persemban tersebut bagi dua hari berturut-turut? Anda boleh baca dalam artikel sebelum ini : Teruja Dapat Bergambar Bersama Siti Nurhaliza
In shaa Allah dalam artikel kali ini aku akan memberikan pendapat dan pandangan aku terhadap persembahan ini

SUSUN ATUR PERJALANAN PERSEMBAHAN
Sekitar jam 8.45 malam persembahan dimulakan dengan pembukaan oleh pengacara. Untuk hari pertama pengacaranya adalah Che Puan Sarimah Ibrahim manakala hari kedua pula diacarakan oleh Muaz Buletin FM.  Seterusnya persembahan dimulakan dengan video grafik yang menarik seterusnya dimulakan dengan lagu pertama. Persembahan diteruskan dengan beberapa selingan video mengenai bantuan yang diberikan oleh Yayasan Nurjiwa. (Juga menjadi waktu untuk beliau menukar busana)

Satu bahagian yang menarik adalah dimana Dato' Sri Siti Nurhaliza turun ke tempat penonton dan berinteraksi dengan mereka. Banyak telatah lucu dan gelagat menghiburkan termasuklah cara beliau sendiri dalam memberikan hiburan yang cukup kelakar


Sekitar jam 10.50 Dato' Awie mula memasuki panggung dan mempersembahkan nyanyiannya. Dato' Awie juga tidak kurang dengan cerita-cerita kelakarnya. Walaupun hanya mendendangkan dua buah lagu sahaja (hari kedua, lagu bonus Sejati) tetapi persembahan beliau tetap memberikan impaknya tersendiri

Sekitar jam 11.30 malam, persembahan ini pun berakhir dengan segmen tradisional sebagai segmen terakhir. Perjalanan konsert bagi kedua-dua hari itu berjalan sangat lancar dan cukup menghiburkan kerana selain mendengar nyanyian, penonton turut dihiburkan dengan cerita-cerita dan telatah Dato' Sri Siti Nurhaliza yang kelakar dan bersahaja


PEMILIHAN LAGUPersembahan dimulakan dengan lagu berentak rancak iaitu "Warna Dunia & Siapa Tak Mahu". Kemudiannya, penonton dibawa ke zaman awal karier beliau dengan nyanyian lagu "Diari Hatimu".  Lagu "Anta Permana" pula dinyanyikan seterusnya sebagai sebuah lagu 'comeback' beliau selepas melahirkan kelahiran sulung, Siti Aafiyah

Medley seterusnya adalah lagu "Kuasa Cintamu & Bukan Cinta Biasa" yang diberikan nafas baru, berentak lebih laju. Seterusnya lagu "Lebih Indah" dinyanyikan dengan cukup bertenaga. Sebuah lagu yang dinanti-nantikan oleh peminat beliau untuk dinyanyikan iaitu lagu "Segala Perasaan" dinyanyika dengan cukup baik dan mendapat tepukan dan sorakan gemuruh seluruh dewan

Medley berikutnya adalah "Cinta Tak Berganti & Beradu di Khayalan". Segmen berikutnya beliau turun mendekati peminat dan kemudiannya menyanyikan lagu "Aku Bidadari Syurgamu".  Segmen berikutnya adalah Medley lagu "Kau Kekasihku & Bila Harus Memilih" . 

Seterusnya beliau menyanyikan lagu "Nian di Hati", antara lagu paling mencabar dengan memerlukan nada tinggi, kemudiannya lagu "Melawan Kesepian" sebagai sebuah lagu khas bagi mereka yang kehilangan orang yang tersayang

Di segmen berikutnya, sebelum Dato' Awie membuat persembahan, Dato' Sri Siti Nurhaliza mempersembahkan nyanyian lagu "Ratuku" yang dipopularkan oleh Dato' Awie. Seterusnya, Dato' Awie menyanyikan lagu "Di Penjara Janji" dengan cukup bertenaga, dan kemudiannya sebagai peralihan kepada segmen tradisional, Dato' Awie dan Dato' Sri Siti Nurhaliza berduet menyanyikan lagu "Pantun Budi"

Segmen tradisional diteruskan dengan dua buah lagu yang tidak pernah lagi dinyanyikan secara langsung iaitu lagu "Seloka Budi & Senyum Minang Manis". Persembahan pada malam itu ditutup dengan lagu "Ya Maulai"


Berikut adalah pembahagian lagu mengikut album :-Adiwarna (1998): Diari HatimuPancawarna (1999) : Kau Kekasihku, Nian Di HatiSahmura (2000) : Ya MaulaiSafa (2001) : Beradu Di KhayalanE.M.A.S (2003) : Bukan Cinta BiasaPrasasti Seni (2004) : Cinta Tak BergantiTranskripsi (2006) : Bila Harus MemilihHadiah Daripada Hati (2007) : Melawan KesepianLentera Timur (2008) : Seloka Budi, Senyum Minang ManisFragmen (2014) : Warna Dunia, Lebih IndahSimetriSiti (2017) : Segala PerasaanManifestaSITI2020: Siapa Tak Mahu, Kuasa Cintamu, Anta Permana, Aku Bidadari SyurgamuBUSANA DALAM PERSEMBAHAN
Untuk persembahan khas Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza ini beliau menggayakan busana daripada dua orang pereka fesyen tempatan yang terkenal iaitu Ashraff Zainal & Samm Republic


Busana beliau sepanjang persembahan bagi dua hari ini sememangnya dilihat begitu kemas terutamanya pada tudungnya dinama beliau hanya menggayakan tudung bawal yang merupakan pilihan utama peminatnya termasuklah aku sendiri

Jika diminta untuk memilih pakaian terbaik, mungkin busana tradisional pada hari pertama ataupun busana serba putih pada hari kedua. Kedua-duanya kelihatan sangat cantik dan indah dilihat dari segala sudut dalam dewan

KESIMPULAN ;
Persembahan Music Of The Soul: An Evening With Dato' Sri Siti Nurhaliza bagi aku sendiri adalah persembahan yang berjaya. Berjaya dari segi kutipan tiket yang sangat memberangsangkan, berjaya dari segi pemilihan lagu dan juga kualiti vokal beliau yang sememangnya berada pada tahap yang tinggi, berjaya dari segi dua jam yang cukup menghiburkan dan sebagainya

Tidak puas merupakan perasaan yang kebiasaannya terjadi tiap kali konsert mahupun persembahan beliau dimana-mana pentas. Peminat dan penggemar pastinya mahukan lagi nyanyian beliau, tapi apakan daya persembahan sudah mempunyai durasinya tersendiri

Tahniah diucapkan buat Yayasan Nurjiwa & Siti Nurhaliza Productions atas persembahan khas yang bertaraf konsert ini. Terima kasih kerana menghiburkan semua penonton yang hadir. Tidak dilupakan juga kepada artis jemputan, Dato' Awie dan juga pemuzik yang menambah lagi kemeriahan dalam persembahan ini

Rujukan;
Instagram Siti Nurhaliza


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.aerill.com/2022/11/ulasan-persembahan-music-of-soul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dato Sri Siti Nurhaliza Maya Karin Elizabert Tan Antara Penerima Anugerah Mcmillan Global Awards 2022

Dato Sri Siti Nurhaliza Maya Karin Elizabert Tan Antara Penerima Anugerah Mcmillan Global Awards 2022

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 241 hits
McMillan Global Awards 2022 menyaksikan selebriti tempatan seperti Dato Sri Siti Nurhaliza Maya Karin Elizabeth Tan Jestinna Kuan dan Joey Leong beserta artis artis Hong Kong seperti Just Cheung Wiyona Yeung Ophelia 3 dan Eric Lau menerima ...
Siti Kasim Gets The Last Laugh About Religion And State

Siti Kasim Gets The Last Laugh About Religion And State

papar berkaitan - pada 21/11/2022 - jumlah : 155 hits
Siti Kassim says young people are being brainwashed to back groups that empower their religion PETALING JAYA Lawyer activist Siti Kasim says the results of the general election have vindicated her stance on the need to separate religion and...
The Colours Of Life One Fine Day With Camera

The Colours Of Life One Fine Day With Camera

papar berkaitan - pada 18/11/2022 - jumlah : 246 hits
The Colours of Life One Fine Day with camera Dari pagi aku rasa eager nak bawak kamera Lama tak memain dengan kamera fuji ni terutama lepas abis NPQEL Hari ni pun agak pack Pagi dengan program MOA Lepas tu ada LO Sambung terus kelas sampai ...
The Marvellous Dato Lee Chong Wei

The Marvellous Dato Lee Chong Wei

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 169 hits
Assalamualaikumm haaa tahu ape makne die tahu okayy terima kasih kerana tahu Tahniah Datuk Lee Chong Wei Pagi ni lepas sahur aku dengan mama layan match badminton olimpik 2012 antara Datuk L C W dengan Chen Long Berkobar kobar semacam je ma...
How To Assemble The Ideal Coffee Corner With Minibar

How To Assemble The Ideal Coffee Corner With Minibar

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 286 hits
For some time now the coffee corner has gained space in homes and hearts but recently another idea has also been very successful the coffee corner with a minibar Yes we can consider this as a plus The post appeared first on
Tan Sri Dato Sri S Vigneswaran Kembalikan Kegemilangan Rakyat Sungai Siput Kepada Barisan Nasional

Tan Sri Dato Sri S Vigneswaran Kembalikan Kegemilangan Rakyat Sungai Siput Kepada Barisan Nasional

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 192 hits
Kembalikan Kegemilangan rakyat Sungai Siput kepada Barisan Nasional yakni Tuan President MIC Tan Sri Dato Sri Vigneswaran Itulah harapan calon Barisan Nasional Parlimen P 062 Sungai Siput Tan Sri Vigneswaran a l M Sanaseepada PRU 15 kali in...
Ge15 Bn In The Lead With Ph Closely Behind Analyst

Ge15 Bn In The Lead With Ph Closely Behind Analyst

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 176 hits
Political analyst Dr Azmi Hassan predicts Barisan Nasional to win a significant bloc in the upcoming 15th general election with Pakatan Harapan trailing behind followed by Perikatan Nasional and Gerakan Tanah Air SUBSCRIBE now
Notepad With Ibrahim Sani Ge15 Institutional Reforms That Are Needed By The New Government

Notepad With Ibrahim Sani Ge15 Institutional Reforms That Are Needed By The New Government

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 263 hits
SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Berita lanjut di http grid astroawani com Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTE
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii