Ulasan Maxis Fibre Internet Dari Penggunanya Yang Terawal



Intro
Menurut Wikipedia, Maxis Fibre Internet dilancarkan pada 30 Mac 2011. Kalau tak salah ingatan, saya mula melanggannya lebih kurang dua hingga tiga bulan selepas tarikh ia dirasmikan.
Walaupun sudah tiga bulan ia dilepaskan kepada umum, pada waktu itu orang masih belum mempunyai keyakinan terhadap kemampuan Maxis memberikan khidmat internet berasaskan fiber.
Pelbagai khabar angin dan gosip didengari.
“Maxis guna orang TM”,
“Maxis tumpang TM untuk bagi internet fiber”,
“Maxis fiber ada kuota”,
Dan pelbagai lagi cakap bual ditokok-tambah untuk menyedapkan cerita, walhal mereka yang memberikan cerita versi kedai kopi itu tidak pun menggunakan Maxis Fibre sama sekali. Ada yang benar, tetapi lebih banyak yang palsu.
Tetapi saya nekad, biar apa pun terjadi saya mesti pasang juga di rumah. Saya ke Warta Bangi (sekarang Kipmall) dan mendaftar untuk tujuan pemasangan di situ. Plan yang saya daftarkan adalah 10Mbps, RM148 sebulan. Ketika itu ia adalah plan ‘paling murah’ dan ‘paling laju’ untuk internet fiber. Antara sebab juga mengapa saya tidak berdaftar dengan Unifi, kerana mereka menawarkan plan 5Mbps sahaja dengan harga yang lebih kurang sama (atau lebih, saya sudah tidak ingat lagi).
Setelah beberapa tahun menggunakannya, pelbagai perubahan berlaku kepada plan tersebut. Dari Rm148 ia turun, turun, dan terus turun harga bulannya hingga dirasakan plan 10Mbps tidak lagi relevan. Saya juga pernah seketika menamatkan langganan, kemudian sambung kembali, dan terbaru saya ‘menurun taraf’ bayaran bulanan kepada RM89 manakala kelajuannya pula ‘dinaiktaraf’ dari 10 kepada 30Mbps.

Bridge
Dari 2011 hinggalah sekarang, ada sebab mengapa saya tidak beralih dari perkhidmatan ini.
Adakah kerana operator Maxis bekerja dengan baik ketika saya buat panggilan bagi mengadukan masalah atau sesuatu isu? Oh tidak. Bahkan saya selalu ‘ditinggalkan’ dengan lagu yang tidak sedap didengari, berpuluh minit lamanya hinggalah saya sendiri tamatkan panggilan.
 
Gambar dari Carousell (sebab router sendiri dah ditukarkan – tak sempat ambil gambar). Ada juga cabaran hendak buat temujanji pemasangan router baharu, dan juga dongle yang disertakan dalam plan terbaru ini. Ada ketikanya agak menguji kesabaran juga kerana apabila panggilan dibuat, kata operator “tiada sebarang temujanji dibuat untuk encik pada tarikh ini”.
Maxperts yang datang ke rumah bagi pemasangan dongle. Apa yang membuatkan saya terus kekal ‘melekat’ dengan Maxis Fibre Internet atau sekarang namanya adalah MaxisONE Home Fibre, ialah kerana kelajuan yang dijanjikan – katakan 10Mbps maka pasti anda akan mendapat 10Mbps bahkan kadangkala lebih (11Mbps maksimum, contohnya).
Jika plan tersebut 30Mbps, anda pasti akan mendapat seperti diiklankan. Anda tidak akan mendapat kelajuan separuh, suku, apatah lagi terputus-putus. Jika anda sangat gemar menikmati kandungan atas talian dengan hanya strim, anda tidak akan lihat bulatan penimbalan akibat sambungan rangkaian yang menghampakan.
Apa yang akan anda nikmati ialah pengalaman menggunakan internet pada potensi maksimumnya.
Bukan saya hendak kata ia tidak punyai sebarang masalah.
Oh, masalah tetap ada, maklum saja ia ‘menumpang’ infrastruktur dari TM. Jadi apabila Unifi bermasalah, maka Maxis fibre akan turun terpalit kesannya. Kadangkala apabila bangun pagi terlihat pada router lampu berwarna merah menyala menandakan sambungan ke rangkaian internet sedang terputus.
Di sinilah saya lihat di mana Maxis menitik beratkan betapa perlunya ia diselesaikan dengan segera. Pengguna tidak akan dibiarkan terlalu lama berada dalam keadaan begitu – ‘kosong’ tanpa internet. Jika anda buat panggilan kepada Maxis, dan ia berpunca dari masalah tetapan pelayar web atau tetapan peranti, anda akan dibantu sehingga berjaya melayari semula.
Anda ia berpunca dari masalah infra fiber, juruteknik dari Maxis dengan pantas akan menyelesaikan isu.
Router baru versi dual band dengan sokongan dongle. Keadaan bertambah bagus apabila plan terbaru (RM89 – 30Mbps) menawarkan router dual band. Router ini punyai kekuatan pemancar wayarles berbeza dengan router sebelumnya (gambar ada di awal artikel). Apa yang menggembirakan ialah ia turut disokong oleh dongle WiFi dengan kekuatan 4G.
Ini bererti tiada lagi istilah ‘down time’ untuk Maxis Fibre kerana jika rangkaian tersebut bermasalah, ia akan segera beralih kepada rangkaian 4G Maxis. Saya tidak pasti tentang kuota, tetapi oleh kerana setakat ini belum lagi saya berhadapan dengan ‘down time’, jadi anda terpaksa tunggu hingga saya punyai peluang menggunakan dongle tersebut.
Outro
MaxisOne Home Fibre bukanlah satu servis yang sempurna. Jauh dari definisi itu. Operator Maxis perlu lebih ilmu dalam mengendalikan pelanggan dan ilmu tentang servis Maxis Fibre itu sendiri agar mereka dapat membantu semaksimum mungkin. Juga isu liputan, andainya Maxis dapat meneroka dengan lebih jauh ke kawasan-kawasan selain bandar major, pastinya ada sesuatu yang positif menanti kerana bukan semua orang kampung tidak ambil tahu tentang kemudahan berinternet.
Namun pada saya setelah beberapa generasi plan ini berubah, berevolusi dari harga kepada kelajuannya, dan saya masih setia menjadi seorang pengguna (sedangkan saya amat cerewet), cukuplah sekadar itu sebagai penutup agar saya tidak terlampau memuji ataupun mengeji.
Sekarang saya telah menjadi pengguna bagi MaxisONE Prime pula. Dikombinasikan dengan MaxisONE Home Fibre, saya berharap agar plan ini dapat ‘dibina semula’ agar tidak terlalu membebankan.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ulasan-maxis-fibre-internet-dari-penggunanya-yang-terawal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Private Internet Access Murah Ringkas Dengan Sedikit Kelemahan

Ulasan Private Internet Access Murah Ringkas Dengan Sedikit Kelemahan

papar berkaitan - pada 21/12/2018 - jumlah : 262 hits
atau ialah sebuah penyedia perkhidmatan VPN yang bertapak di negara Amerika Syarikat Ianya murah mempunyai klien untuk pelbagai platform dan ada ciri ciri sampingan yang mampu menarik perhatian meskipun aplikasinya ringkas sahaja Pada saya ...
Perbandingan Pelan Internet Jalur Lebar 100mbps Daripada Tm Unifi Maxis Time Dan Celcom

Perbandingan Pelan Internet Jalur Lebar 100mbps Daripada Tm Unifi Maxis Time Dan Celcom

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 542 hits
Tahun ini menyaksikan harga langganan perkhidmatan internet tempatan dikemaskini sekaligus pelbagai penyedia perkhidmatan menurunkan harga langganan mereka sekaligus membolehkan para pengguna untuk melanggan pakej 100Mbps pada harga kurang ...
Perancangan Tnb Untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Internet Akan Diumumkan Pada Januari 2019

Perancangan Tnb Untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Internet Akan Diumumkan Pada Januari 2019

papar berkaitan - pada 20/12/2018 - jumlah : 724 hits
Jika sebelum ini TM cukup sinonim dengan dominasi arena jalur lebar Tetapi kini nampaknya mereka mungkin akan mempunyai saingan besar dalam masa yang terdekat Ini kerana seperti yang ramai sedia maklum Tenaga Nasional Berhad telah pun memul...
Xiaomi Play Dikatakan Akan Ditawarkan Dengan 10gb Internet Percuma Sebulan

Xiaomi Play Dikatakan Akan Ditawarkan Dengan 10gb Internet Percuma Sebulan

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 256 hits
Beberapa imej acah untuk Xiaomi Play telah dikongsi kepada umum Yang pasti ia akan dilancarkan pada 24 Disember hadapan Ia disahkan mempunyai skrin bertakuk kecil dwi kamera utama pada posisi menegak seperti Mi 8 dan penawaran warna cerun T...
Mudahnya Bayar Zakat Dengan Perbankan Internet

Mudahnya Bayar Zakat Dengan Perbankan Internet

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 302 hits
Hi korang Zakat merupakan rukun islam ke empat dan sememangnya wajib disempurnakan oleh kita umat islam Kepada anda yang layak membayar zakat sepatutnya melaksanakan kerana di dalam rezeki kita pastinya terselit rezeki orang lain dan inilah...
Kapolri Tito Bicara Peradaban Manusia Dari Naik Kuda Sampai Era Internet

Kapolri Tito Bicara Peradaban Manusia Dari Naik Kuda Sampai Era Internet

papar berkaitan - pada 17/12/2018 - jumlah : 246 hits
Kapolri Jendral Tito Karnavian memberikan arahan kepada jajaran Humas Polri seluruh Indonesia di Mabes Polri Jakarta Selatan Senin Dalam kesempatan itu Tito menyampaikan pentingnya beradaptasi dengan perkembangan zaman
Perkhidmatan Bas Terawal Di Kelantan

Perkhidmatan Bas Terawal Di Kelantan

papar berkaitan - pada 28/12/2018 - jumlah : 797 hits
Di Kelantan perkhidmatan bas terawal disediakan oleh North Eastern Transport Services yang kini dikenali Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan Bas yang gambarnya di atas adalah yang beroperasi di Pasir Mas Bas di atas mempunyai nombor pendafta...
Cara Pemerintah Jokowi Hidupkan Umkm Lewat Internet

Cara Pemerintah Jokowi Hidupkan Umkm Lewat Internet

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 275 hits
Pemerintah Jokowi JK tengah gencar membangun koneksi internet di seluruh nusantara Bahkan menurut Kominfo tak satupun daerah di Indonesia yang tidak terhubung dengan jaringan backbone internet cepat Palapa Ring
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Polis Lari Lintang Pukang Dengar Bunyi Letupan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog