Ulasan Private Internet Access Murah Ringkas Dengan Sedikit Kelemahan



Private Internet Access atau PIA ialah sebuah penyedia perkhidmatan VPN yang bertapak di negara Amerika Syarikat. Ianya murah, mempunyai klien untuk pelbagai platform, dan ada ciri-ciri sampingan yang mampu menarik perhatian, meskipun aplikasinya ringkas sahaja.
Pada saya selaku pengguna, jika anda lebih mahukan kepada servis yang murah dan mempunyai rekod trek yang bersih (terbukti), maka PIA adalah pilihan yang baik.
Intro
Ianya tidaklah mempunyai ciri-ciri yang ‘mampat’ seperti TorGuard di mana kliennya sahaja sudah menempatkan pelbagai fungsi di dalamnya.
Bahkan, klien pada desktop Windows tidak pula mempunyai sebarang paparan antaramuka pengguna yang boleh ditatap.
Saya tahu anda tidak mahu membaca artikel yang terlalu meleret, maka sesuai dengan itu saya persembahkan sahaja kepada anda bagaimana rupanya paparan tetapan aplikasi/klien desktop Windows PIA. Lihat tangkap layar di bawah.

Ciri PIA
Salah satu ciri menarik yang ingin saya ketengahkan adalah ‘PIA MACE’. Ianya adalah ciri penyekat iklan berniat jahat, trackers, dan malware.
Ini boleh dikatakan sama dengan ciri CyberSec oleh NordVPN. Sedikit quote dari NordVPN:
“When enabled, CyberSec will automatically block harmful websites so that no malware or other cyber threats can infect your device. Additionally, no flashy pop-ups, auto-play ads and other advertisement material will come at your sight”.
Sedikit quote dari PIA pula tentang MACE:
“MACE is a system developed by Private Internet Access to help protect our customer’s privacy and security. Private Internet Access MACE returns IP addresses of unwanted domain names as an address that’s not routable on the public internet”.
Saya tiada sebarang komen mengenai ciri ini, sama ada positif atau negatif kerana sama seperti NordVPN, saya lebih memilih untuk menyahaktifkan ia. uBlock Origin pada saya sudah memadai bagi tujuan penyekatan iklan. Anda boleh pilih untuk aktifkan dan lihat sendiri perbezaan sekiranya ada.
Anda tanya bagaimana hendak bersambung kepada rangkaian PIA?
Kliennya bertempat di taskbar, dan dikendalikan hanya dari situ.

Dari segi sekuriti, ia menawarkan ciri perlindungan kebocoran DNS dan IPv6. Berikut adalah tangkap layar ujian yang dijalankan selepas saya bersambung kepada pelayan PIA yang terletak di AS (Seattle).

Bagaimana pula dengan sokongan terhadap laman penstriman?
Di zaman ini apalah gunanya mempunyai sekuriti rangkaian paling ketat dan hebat dalam dunia sekiranya tidak dapat menikmati YouTube, Netflix, Hulu, dan lain-lain lagi laman penstriman.
Setakat yang saya uji, terdapat beberapa pelayan PIA dari AS yang masih ‘lepas’ dari sekatan Netflix, bahkan Hulu juga dapat dibuka, dilayari dan distrim.
Menurut pembangun PIA, mereka dengan membangunkan satu ‘workaround’ bagi menyelesaikan isu sekatan Netflix terhadap alamat-alamat IP pelayan mereka.
Di bawah adalah tangkap layar demo bagaimana saya dapat strim Netflix dengan PIA diaktifkan.

Kelajuan bagi PIA boleh dikatakan berada pada tahap pertengahan. Tidak terlalu bagus, tidak pula terlalu teruk. Anda tetap akan dapat strim kandungan berdefinisi tinggi penuh tanpa buffering, melainkan liputan rangkaian anda sendiri yang bermasalah.
Itu, saya tak dapatlah nak tolong.
Sokongan Kepada Pelanggan Selepas Jualan
Kalau ada sesuatu yang saya boleh katakan tidak beberapa ‘berkenan’ dengan PIA selain klien desktop-nya yang agak mengecewakan, ialah sokongan terhadap para pelanggan selepas jualan (atau sebelum).
Tiada sebarang kemudahan tetingkap bual (chat) di laman rasminya, dan apa-apa urusan untuk penyelesaian masalah (troubleshoot) atau urusan bayaran balik (refund) perlu diteruskan melalui emel.
Ini bererti anda perlu menunggu staf PIA untuk membalas emel (tiket) yang dibuka oleh anda. Isu akan lebih cepat dapat diselesaikan sekiranya mereka menggunakan tetingkap bual di laman sesawang.
Isu Negara Lima Mata (AS)
Sama seperti TorGuard, PIA tetap mendapat perakuan dari kami untuk digunakan oleh anda walaupun mereka bertapak dalam negara Amerika Syarikat. Dalam kajian kes yang dilakukan sebelum ini, PIA terbukti berjaya mengendalikan sapina dengan baik tanpa perlu mengorbankan data peribadi penggunanya.
Rekod trek mereka bersih dari sebarang kerjasama dengan FBI atau lain-lain agensi perisikan kerajaan dan persendirian. Oleh itu, isu syarikat ini bertapak atau dikendalikan dalam negara Lima Mata sepatutnya sudah tidak menjadi satu perkara yang membimbangkan bakal pengguna.
Namun ia dapat difahami sekiranya masih terdapat keraguan, kerana maklum saja Amerika Syarikat adalah pengasas kepada semua kesepakatan negara 14 Mata.
Outro
Anda dapat apa yang anda bayar. Jika anda hendak merasa bagaimana servis VPN premium yang lain berfungsi, anda bolehlah langgan NordVPN, ExpressVPN, ProtonVPN, BolehVPN atau TorGuard. Jika anda rasa memadailah sekadar anda mempunyai satu servis VPN ‘standard’ yang dapat menjaga privasi, sekuriti, serta keselamatan data dan rangkaian, maka PIA dapat melakukan perkara itu untuk anda.
Untuk melanggan dengan cara yang paling senang, anda pasang dan gunakan aplikasi PIA dari Google Play Store. Terdapat kemudahan in-app purchase untuk langganan sebulan atau setahun. Saya bayar lebih kurang RM27 untuk tempoh langganan sebulan.
Anda dah bersedia untuk melanggan dan mencuba PIA VPN?
Gunakan pautan berikut bagi mendapatkan langganan beserta diskaun 58% (2 tahun):
>>> Private Internet Access – OMG Hackers


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/ulasan-private-internet-access-murah-ringkas-dengan-sedikit-kelemahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Maxis Fibre Internet Dari Penggunanya Yang Terawal

Ulasan Maxis Fibre Internet Dari Penggunanya Yang Terawal

papar berkaitan - pada 24/12/2018 - jumlah : 1026 hits
Intro Menurut Wikipedia Maxis Fibre Internet dilancarkan pada 30 Mac 2011 Kalau tak salah ingatan saya mula melanggannya lebih kurang dua hingga tiga bulan selepas tarikh ia dirasmikan Walaupun sudah tiga bulan ia dilepaskan kepada umum pad...
Rupanya Dia Dah Tukar Dengan Iphone Yang Rosak Rugi Rm800 Diperdaya Scammer Konon Nak Jual Iphone 7 Plus Murah

Rupanya Dia Dah Tukar Dengan Iphone Yang Rosak Rugi Rm800 Diperdaya Scammer Konon Nak Jual Iphone 7 Plus Murah

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 363 hits
Terperdaya dengan tawaran murah iPhone terpakai seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM800 selepas diperdaya scammer nbsp Dalam kejadian di depan premis dobi layan diri Asyraf Omey yang juga pemilik kedai membaiki telefon didatangi se...
Steamboat Murah Dan Sedap Di Shah Alam

Steamboat Murah Dan Sedap Di Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/12/2018 - jumlah : 681 hits
Assalamualaikum Jumaat lepas Amni Farid dan Adira berkesempatan makan di DKayangan Steamboat Seksyen 13 Shah Alam Perjalanan yang memakan masa hanya 20 minit dari Cheras ini sangat mudah memandangkan korang hanya perlu waze sahaja DKayangan...
Tips Booking Tiket Kereta Murah Untuk Liburan Akhir Tahun Anda

Tips Booking Tiket Kereta Murah Untuk Liburan Akhir Tahun Anda

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 547 hits
Akhir tahun adalah waktu yang pas untuk merencanakan liburan bersama orang terkasih ataupun keluarga besar Moment perayaan Natal dan tahun baru yang dibarengi dengan liburan sekolah serta cuti bersama akan memberikan Anda kesempatan untuk m...
Buku Karangkraf Murah Rm1 Sebuah Datang Lagi

Buku Karangkraf Murah Rm1 Sebuah Datang Lagi

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 448 hits
BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI Assalamualaikum semua Selamat sejahtera Shopping apa hari ini sempena 12 12 Mummy Biasalah kan bila BUKU KARANGKRAF MURAH RM1 SEBUAH DATANG LAGI WAJIB ambil peluang ni ha Korang jangan dok fikir ...
Dapatkan Stroller Murah Dan Aman Di Ilotte

Dapatkan Stroller Murah Dan Aman Di Ilotte

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 519 hits
Sekarang ini stroller atau kereta dorong bayi banyak digunakan orangtua sebagai alat bantunya terlebih pada saat mereka akanberpergian bersama si kecil Meski begitu adanya hal utama yang perludiperhatikan pada saat membelinya yaitu faktor k...
Bos Ap Ii Pengaturan Terminal Khusus Maskapai Berbiaya Murah Dimulai 2019

Bos Ap Ii Pengaturan Terminal Khusus Maskapai Berbiaya Murah Dimulai 2019

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 338 hits
Bandara Soekarno Hatta bakal memiliki terminal Low Cost Carrier Terminal Langkah ini diambil untuk menggenjot industri pariwisata Indonesia
Bali Diobral Murah Kepada Turis China Paket Trip 5 Hari 4 Malam Termasuk Pesawat Cuma 2 Juta Doang

Bali Diobral Murah Kepada Turis China Paket Trip 5 Hari 4 Malam Termasuk Pesawat Cuma 2 Juta Doang

papar berkaitan - pada 15/12/2018 - jumlah : 372 hits
Udah murahnya nggak masuk akal bayarnya pake Alipay lagi Lho kalau duitnya balik ke China lalu Bali dapat apa Dapat sampahnya saja
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Irfan Zaini Gambarkan Watak Jack Sebagai Watak Kompleks Dalam Macai

Jabal Malaikat Allah Hantar 3000 Malaikat Untuk Bantu Dalam Perang Badar

Flow Bangi Smoke Brew Bandar Baru Bangi

Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan Kecantikan Kesuburan

Nasi Goreng Simple Dan Pengalaman Musim Luruh

Bahaya Guna Barang Expired Jangka Hayat Produk Dan Alat Kecantikan Yang Patut Korang Tau