Ulasan L Melayu Kena Terima Hakikat Tanah Melayu Tidak Ada Lagi


malaysiakini.com
A Kadir Jasin
Diterbitkan: Jul 17, 2023
ULASAN l Kita adalah negara persekutuan. Iaitu gabungan 13 buah negeri, tidak termasuk Wilayah Persekutuan. Waktu merdeka tahun 1957, negara kita dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu.

Natijahnya, apabila namanya Persekutuan Tanah Melayu, tidaklah ada keraguan berkenaan siapa tuan punya atau tuan rumah negara itu.

Tetapi apabila ditubuhkan Malaysia pada tahun 1963 dengan kemasukan Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak, nama Persekutuan Tanah Melayu ditukar menjadi Persekutuan Malaysia. Mulai saat itu timbullah tuntutan "Malaysian Malaysia".
A Kadir JasinBagi orang Melayu yang "meratib" berkenaan negeri atau negara Melayu, mereka kena terima hakikat bahawa Persekutuan Tanah Melayu sudah tidak ada lagi. Sudah jadi bekas.

Yang ada adalah Malaysia. Negara yang dulu dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu sekarang ini dipanggil Semenanjung Malaysia.

Persekutuan Tanah Melayu hanya tinggal dalam sejarah dan ingatan orang lama. Singapura "dikeluarkan" pada tahun 1965 dan sekarang ini Sarawak dan Sabah semakin bebas, berautonomi dan menjadi "kingmaker" yang menentukan siapa memerintah Malaysia.

Kerajaan persekutuan memerintah seluruh negara dengan diketuai oleh Perdana Menteri. Ada orang kata, "Menteri Perdana" lebih tepat. Macam Menteri Besar.
Kerajaan negeri memerintah negeri-negeri dengan diketuai oleh Menteri Besar. Ada negeri menggunakan gelaran Ketua Menteri dan Premier.

Kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dipilih oleh warganegara berumur 18 tahun ke atas dalam pilihan raya setiap lima tahun sekali atau lebih singkat.

Pada masa Persekutuan Tanah Melayu dan awal-awal Malaysia, pilihan raya Parlimen dan dewan-dewan undangan negeri diadakan serentak, kecuali di Sabah dan Sarawak.

Kalau tidak silap, negeri pertama mengadakan PRN berasingan adalah Sabah pada tahun 1967 dan kemudiannya Sarawak pada tahun 1983.
Amalan PRN berasingan ini meluas selepas kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 2018, khususnya apabila terjadi rampasan kuasa "tebuk atap" pada bulan Februari 2020. Pada tahun berikutnya, Umno melakukan tipu helah di Melaka dan Johor sehingga memaksa PRN diadakan. Di Melaka, PRN diadakan pada 20 November 2021 dan Johor pada 12 Mac. Kedua-duanya dimenangi oleh BN.

Berpaksikan kemenangan di Melaka dan Johor itulah Umno, atau lebih tepat kluster mahkamah Umno, memaksa Perdana Menteri dari Umno, Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen lebih awal. Mereka sangat yakin akan menang besar.

Tetapi keyakinan kluster mahkamah Umno itu meleset sama sekali. Umno kalah teruk dalam PRU 2022. Malah kalah kepada parti serpihannya sendiri, Bersatu. Umno menang 26 kerusi dan Bersatu 31.

Apabila PRU diadakan lebih awal pada bulan November lalu, negeri-negeri yang diperintah oleh parti-parti Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk tidak membubarkan DUN di negeri-negeri kawalan mereka iaitu Kedah (PN), Pulau Pinang (PH), Selangor (PH), Negeri Sembilan (PH), Terengganu (PN) dan Kelantan (PN).
Sekarang PRN di negeri-negeri itu wajib diadakan kerana tempoh DUN mereka sudah hampir habis.

Pada tahun 2018 tiga pihak bertanding di enam negeri berkenaan, iaitu BN, PH dan Pas. Masa itu Bersatu dalam PH. Kali ini dua gabungan akan bertanding. Pas dengan Bersatu di bawah panji-panji PN dan Umno berpakat dengan PH. Undi Melayu yang pecah tiga dalam PRU 2018 dan 2022 akan terbahagi kepada dua saja dalam PRN 12 Ogos nanti.

Apa pun juga keputusannya, kedudukan kerajaan pusat tidak dijangka terancam tetapi akan mempengaruhi trend jangka sederhana dan panjang politik Malaysia, terutamanya imej Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

A KADIR JASIN ialah Tokoh Wartawan Negara (2011) dan bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times.

Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini. Kali pertama terbit di Facebook dengan judul Mengenali bekas Tanah Melayu dan PRN.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/07/ulasan-l-melayu-kena-terima-hakikat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salahkah Saya Kata Malaysia Tanah Melayu

Salahkah Saya Kata Malaysia Tanah Melayu

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 236 hits
ismaweb net 06 07 2023Dr Mahathir pelik dakwaan dipertikai meski nyatakan yang benarBANGI 17 Zulhijjah 1444H Khamis Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan sama ada menjadi kesalahan apabila menyebut Malaysia adalah Tana...
Tangau Slams Dr M Over Tanah Melayu Multiracial Identity Remarks

Tangau Slams Dr M Over Tanah Melayu Multiracial Identity Remarks

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 389 hits
Wilfred Madius Tangau said Sabah and Sarawak are proudly multicultural PETALING JAYA Tuaran MP Wilfred Madius Tangau has slammed former prime minister Dr Mahathir Mohamad for his controversial claims about Tanah Melayu and Malaysia s multir...
Pmx Terima Kunjungan Hormat Pm India

Pmx Terima Kunjungan Hormat Pm India

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 146 hits
Menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan India TYT Shri Rajnath Singh di Putrajaya hari ini Saya turut diapit Menteri Pertahanan Dato Seri Utama Mohamad Hasan Dalam pertemuan ini kami dapat menilai kerjasama pertahanan antara Malaysia d...
Lepas Terima Surat Saman Kit Siang Annuar Ancam Saman Balik

Lepas Terima Surat Saman Kit Siang Annuar Ancam Saman Balik

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 183 hits
Annuar Musa mengesahkan sudah menerima surat saman daripada Lim Kit Siang PETALING JAYA Annuar Musa akan menyaman kembali Lim Kit Siang atas dakwaan veteran DAP itu telah mencemarkan kewibawaannya apabila menuduh dirinya sejak menyertai PAS...
Pm Terharu Terima Kehadiran Anak Almarhum Dr Yusuf Al Qaradawi

Pm Terharu Terima Kehadiran Anak Almarhum Dr Yusuf Al Qaradawi

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 265 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi melahirkan rasa terharu ketika menghadiri Siri Syarahan Kehormat Madani mengenai Syeikh Dr Yusuf Al Qaradawi di Seri Perdana kediaman rasmi PM di Putrajaya Anwar melalui ucapannya berkata ...
Bank Dah Tak Terima Duit Syiling Habis Tu Macam Mana Dengan Orang Yang Menabung Pula

Bank Dah Tak Terima Duit Syiling Habis Tu Macam Mana Dengan Orang Yang Menabung Pula

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 289 hits
Bank dah tak terima duit syiling Habis tu macam mana dengan orang yang menabung pula Selepas bersusah payah menabung sudah tentu hasil tabungan itu nak simpan di bank atau di tempat yang sepatutnya Begitu juga jika yang menabung tu adalah a...
Polis Trafik Terima Suapan Bulanan Didenda Rm30 000

Polis Trafik Terima Suapan Bulanan Didenda Rm30 000

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 258 hits
MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALIMELAKA Seorang anggota trafik berpangkat koperal didenda RM30 000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM3 600 bagi melindungi sebuah syarikat pengangkutan pada 201...
Bupati Oku Timur Dan Istri Terima Penghargaan Manggala Karya Kencana Dari Bkkbn

Bupati Oku Timur Dan Istri Terima Penghargaan Manggala Karya Kencana Dari Bkkbn

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 127 hits
Penghargaan Manggala Karya Kencana ini diberikan untuk sosok yang dinilai mempunyai dedikasi tinggi terhadap program pengendalian penduduk
Polis Trafik Didenda Rm30 000 Terima Suapan Lindungi Lori

Polis Trafik Didenda Rm30 000 Terima Suapan Lindungi Lori

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 180 hits
MELAKA Seorang anggota polis trafik didenda RM30 000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini selepas mengaku bersalah menerima suapan RM3 600 bagi melindungi sebuah syarikat pengangkutan pada 2017 Hakim Elesabet Paya Wan menjatuhkan hukuman...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kawal Alergik Bila Alahan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Menyusuri Pesona Water Front Kuching Tempat Wisata Yang Wajib Dikunjungi

Pendapatan Kas Negara Tanpa Pajak Dalam Sistem Ekonomi Islam Kaffah

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara