Ulasan Ketua Ekonomi Bank Islam Kerajaan Kehilangan Perolehan Rm21 Billon


Add caption
Kerajaan sedar akan kehilangan perolehan RM21 bilion daripada Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB).

Ketua Ekonominya, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata berhubung Belanjawan 2019 yang dibentangkan semalam, kehilangan perolehan berkenaan bagaimanapun dikurangkan dengan pembaharuan cukai termasuk cukai tembakau dan arak, cukai keuntungan hartanah (RPGT) untuk penjualan selepas lima tahun dan cukai soda.

“Apa yang penting, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) akan menyumbang RM54 bilion dividen tahun depan yang mana RM30 bilion adalah dividen khas,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Berkenaan pertumbuhan negara, Mohd Afzanizam berkata, kerajaan berada di kedudukan yang mana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2019 dijangka melebihi atau kurang daripada tahap potensi 4.8 peratus, yang mencadangkan bahawa keputusan mengenai peruntukan sumber adalah sangat kritikal memandangkan faktor luaran tidaklah sangat kondusif.

Katanya, perkara ini benar apabila ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dijangka memotong eksport Malaysia dan KDNK, masing-masing sebanyak 0.08 mata peratusan dan 0.02 mata peratusan bagi tempoh 2018 dan 2020 berdasarkan jangkaan dalaman Kementerian Kewangan (MoF).

“Bagaimanapun, jika perang perdagangan itu berterusan meningkat dan menarik turun pengeluaran sebanyak 0.4 mata peratusan menjelang 2020, ekonomi Malaysia akan berkurangan sebanyak 0.7 mata peratusan,” katanya.

Dalam hal ini, menurut Mohd Afzanizam, jika garis asas ramalan 2019 adalah 4.9 peratus, pertumbuhan KDNK akan dikurangkan kepada 4.2 peratus jika pengeluaran global susut 0.4 mata peratusan berikutan peningkatan dalam kekuatan perang perdagangan.

“Justeru, permintaan domestik berkemungkinan memerlukan usaha yang besar tahun depan,” jelas Mohd Afzanizam.

Di sisi lain, katanya, dasar kerajaan mengarah kepada peningkatan kapasiti terutamanya di dalam sektor swasta.

Ini terutamanya, revolusi perindustrian keempat yang sudah menjadi perkara umum dan dilakukan dalam mencapai pertumbuhan mampan dan lebih inklusif, kata Mohd Afzanizam.

Katanya, ini dicerminkan di dalam pelaburan swasta yang dijangka mencatat pertumbuhan lima peratus pada 2019 daripada jangkaan 4.5 peratus tahun ini.

Ini adalah berdasarkan perbelanjaan berterusan firma swasta terhadap Internet of Things (IoT), perisian, elektronik canggih, jentera pintar, automasi dan robotik, kenderaan berpandukan automatik, aero angkasa dan peranti perubatan.

Dalam hal ini, langkah ke arah kadar guna pakai yang tinggi untuk Komunikasi dan Teknologi Maklumat (ICT) dalam kalangan perniagaan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus diterjemahkan menjadi produktiviti yang lebih baik dan keuntungan kecekapan.

Setakat ini, penggunaan ICT masih lagi terhad kepada menghantar dan menerima e-mel (70.6 peratus), perbankan internet (41.3 peratus), mendapatkan maklumat mengenai barangan dan perkhidmatan (38.9 peratus) dan menghantar maklumat atau maklumat segera (36.6 peratus).

“Dengan apa yang diperkatakan, kami percaya langkah yang diumumkan adalah sangat jelas,” kata Mohd Afzanizam.

FrontDesk

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bankami.blogspot.com/2018/11/ulasan-ketua-ekonomi-bank-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Senarai Pinjaman Dana Perniagaan Yang Ditawarkan Kerajaan Selain Pinjaman Bank

15 Senarai Pinjaman Dana Perniagaan Yang Ditawarkan Kerajaan Selain Pinjaman Bank

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 761 hits
Setiap perniagaan mempunyai kitaran peringkat yang tersendiri dari peringkat awal sehingga ke peringkat tumbesaran seterusnya ke peringkat matang dan di setiap peringkat ada sejumlah perbelanjaan modal yang perlu dilaksanakan Sebagai rakyat...
Bawa Pindaan Ruu355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam

Bawa Pindaan Ruu355 Bukti Kerajaan Mengangkat Syiar Islam

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 447 hits
KENYATAAN bahawa Kerajaan Persekutuan ingin meningkatkan syiar Islam dengan peningkatan peruntukan kepada RM1 2 bilion dalam Bajet 2019 boleh dipersoalkan banyak pihak Kalau kerajaan serius hasrat ini sepatutnya turut direalisasi dengan ini...
Ulasan Islam Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Jamal Khashoggi Tghh

Ulasan Islam Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Jamal Khashoggi Tghh

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 386 hits
Oleh Haji Hadi AwangPERISTIWA pembunuhan kejam terhadap wartawan Saudi Jamal Khashoggi sangat memalukan seluruh manusia Lebih malang kalau pelakunya mengaku Islam jika benar dilakukan Islam mengharamkan cara bunuh yang kejam walaupun terhad...
Bank Dunia Jelaskan Punca Sebenar Krisis Ekonomi Malaysia Sekarang

Bank Dunia Jelaskan Punca Sebenar Krisis Ekonomi Malaysia Sekarang

papar berkaitan - pada 24/10/2018 - jumlah : 576 hits
Pada 4 oktober lepas Bank Dunia meramalkan ekonomi Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang berkaitan dengan ketidakpastian dalam persekitaran luaran Malah Bank Dunia hari ini mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2018 mala...
Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan Semua Boleh Ikut Cara Islam

Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan Semua Boleh Ikut Cara Islam

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 446 hits
Siti Amiza yang popular dengan video Mencari Suami Orang Sebagai Madu dan video Menjual Ubat Kuat memuat naik 1 video berkenaan Pesta OktoberFest yang berlangsung di dalam Malaysia Salahkan Diri Sendiri Jangan Sempit Minda Sangat Dan Bukan ...
Sosok Ini Rela Kehilangan Dua Tangan Demi Bendera Tauhid

Sosok Ini Rela Kehilangan Dua Tangan Demi Bendera Tauhid

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 575 hits
Berita Islam 24H Sosok ini adalah saudara kandung Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib Dia Sayyidul Asy Syuhada pemimpin para mujahidin Abu Abdillah anak paman Rasulullah bin Abdul Mutthalib bin Hasim bin Abdi Manaf Al Quraisy Namanya Ja far ...
Cara Pendekatan Islam Terhadap Pemimpin Zalim 8494

Cara Pendekatan Islam Terhadap Pemimpin Zalim 8494

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 769 hits
Taat pada Pemimpin yang ZalimPenulis January 25 2013 Saya memberi wasiat kepada kalian agar tetap bertaqwa kepada Allah azza wa jalla tetap mendengar dan ta at walaupun yang memerintah kalian seorang hamba sahaya Islam lewat lisan Nabinya t...
Diadang Emak Emak Sandiaga Dipaksa Teken Prasasti Rs Islam Jombang

Diadang Emak Emak Sandiaga Dipaksa Teken Prasasti Rs Islam Jombang

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 263 hits
Usai melakukan ziarah ke Makam KH Abullah Wahab Chasbullah di Tambak Beras Jombang Calon Wakil Presiden nomor urut 02 Sandiaga Uno diadang di Jalan Raya Jombang Jawa Timur Sandi diadang para emak emak yang membawa spanduk bertuliskan mampir
Umat Islam Perlu Sensitif Soal Halal Haram Makanan

Umat Islam Perlu Sensitif Soal Halal Haram Makanan

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 516 hits
Makanan mempunyai pengaruh besar kepada rutin harian manusia sama ada dari segi jasmani mahupun rohani Pada zaman moden ini kita sering dilalaikan dengan memilih makanan bertujuan pertumbuhan jasmani saja tetapi lupa mencari makanan seimban...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee