Ulasan Filem Triple Frontier



Tahun Terbit | 2019Pengarah | J.C ChandorPelakon | Ben Affleck, Oscar Isaac, Charlie Hunnam, Pedro Pascal
Bayangkan beberapa pelakon hebat disatukan dalam sebuah filem heist yang memang nampak simple, tapi punya perjalanan cerita yang sukar dijangka. Maka, jadilah Triple Frontier. Ben Affleck yang kita kenal sebagai Batman, Oscar Isaac yang dikenali dari Rogue One dan juga Pedro Pascal dari siri tv Narcos bergandingan dan ianya sesuatu yang sukar untuk dijangkakan! Macam tak percaya mereka bergabung

Triple Frontier mengisahkan bagaimana satu pasukan cuba untuk mencuri duit kingpin dadah, Lorea. Perancangan untuk mencuri itu bukanlah kejutan. Tapi, apa yang berlaku selepas itu, itu yang menjadikan Triple Frontier begitu sukar dijangka. Plot filem ni terlalu unpredictable sehinggakan kau rasa nak tahu apa yang bakal terjadi seterusnya dan seterusnya.
Filem ini tidak mempunyai aksi yang padat. Mungkin pada permulaan filem ni, kita begitu teruja menanti aksi kerana lagak pakai watak-watak yang sentiasa siap bersenjata. Percayalah, anggapan korang memang salah kerana aksi hanya berlaku dalam amaun yang kecil tetapi boleh dikatakan sesuai dan kena pada tempatnya.
Sebagai sebuah filem edaran Netflix, kita sebenarnya dah boleh jangkakan level kualiti filem ni. Namun, pada pandangan peribadi, Triple Frontier berada dalam golongan filem yang ada nikmat dan rasa. Dalam lambakan filem bertemakan futuristik dan pasca kiamat yang sering melingkari senarai di aplikasi itu, Triple Frontier antara sisi yang jarang diterokai yang mencuri tumpuan.
Antara yang menjadi perhatian dalam filem ini semestinya lakonan Ben Affleck yang boleh dikatakan menyerlah lebih dari pelakon lain. Dari segi kesenioran pelakon, Ben Affleck ialah bintang yang begitu hebat untuk berada di kalangan pelakon baru yang mencuri tumpuan di era baru ini. Lakonannya walaupun sedikit sentiasa mencuri tumpuan aku

Namun, jangan diharap untuk melihat watak Ben Affleck sebagai watak yang benar-benar utama. Wataknya kelihatan cuba untuk blend dengan watak-watak lain dan cuba untuk disama ratakan supaya filem ini tidak menjadi sebuah filem yang menyerlahkan Ben Affleck semata dan menenggelamkan watak-watak lain

Fasa paling menarik dalam filem ni semestinya selepas rompakan berlaku. Jika kau tonton, kau akan sedar yang filem ni cuba untuk menyatakan bahawa kalau kau tamak haloba, maka kau akan rugi dan hilang nikmat yang kau mahu. Tema ini membawa kepada ending yang sukar dijangka tetapi tidaklah begitu kick sangat

Agak kurang menarik sikit di bahagian ending apabila penamatnya terlalu simple dan ringkas. Walaupun ianya menyimpulkan dan memberi mesej yang dalam, impak untuk ending filem ni sangat takde kick yang membuatkan aku sedikit kecewa. Namun, disebabkan perjalanan adventure watak yang memuaskan hati aku, aku terima sahaja

Apapun, Triple Frontier memang filem rompakan level Netflix yang boleh dipuji. Beberapa kelemahan di sana sini boleh diabaikan apabila filem ni menjanjikan sebuah adventure yang sukar dijangka. Tonton filem ini jika korang memang minat filem pasal rompakan. Namun, jangan harapkan filem ini penuh aksi seperti Fast and Furious

Triple Frontier cukup untuk mengeluarkan diri aku dari kelemasan filem futuristik dan pasca kiamat yang berlambak di aplikasi. Sepatutnya, Netflix harus meriahkan aplikasinya dengan pelbagai genre yang sebegini. Boleh layan filem ni, baik baik saja.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/03/ulasan-filem-triple-frontier-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan Filem Captain Marvel

Ulasan Filem Captain Marvel

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 274 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Anna Bodden Ryan FleckPelakon Brie Larson Samuel L Jackson Jude LawFilem terbaru dalam dunia filem Marvel ini mungkin sesuatu yang baru dalam beberapa aspek APa tidaknya ini ialah filem pertama dalam kategori super...
Ulasan Filem Xx Ray 3

Ulasan Filem Xx Ray 3

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 413 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Aziz M OsmanPelakon Izzue Islam Adam John Nonny NadhirahAziz M Osman ibarat membunuh dirinya sendiri dengan filem XX Ray 3 Dengan kekuatan dan kesenioran dirinya sebagai pengarah tersohor XX Ray 3 ibarat sebuah tah...
Pokok Bunga Cosmos Bagai Dalam Filem Bollywood

Pokok Bunga Cosmos Bagai Dalam Filem Bollywood

papar berkaitan - pada 27/3/2019 - jumlah : 606 hits
Balik kampung kali ini kejap sangat namun Alhamdulillah banyak yang sempat dilakukan bersama keluarga Balik pun berdua sahaja dengan suami kerana anak anak ada test Isnin pagi takut lewat sampai ke kampus semula kerana kami balik pagi Ahad ...
Hiburan Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Dapat Sambutan Dipuji Netizen

Hiburan Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal Dapat Sambutan Dipuji Netizen

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 497 hits
Kembar animasi popular Malaysia Upin Ipin kembali ke layar perak dengan filem terbaru berjudul Upin Ipin Keris Siamang Tunggal yang sudah pun ditayangkan sejak 21 Mac lalu Kali ini mereka kembali dengan jalan cerita yang lebih gempak dan an...
Elizabeth Tan Siap Sedia Bintangi Filem Abang Long Fadil 3

Elizabeth Tan Siap Sedia Bintangi Filem Abang Long Fadil 3

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 586 hits
Elizabeth Tan dilaporkan bakal melibatkan diri dalam filem sekuel ketiga Abang Long Fadil 3 yang bakal menjalani penggambaran kelak Filem yang bakal diarahkan oleh Syafiq Yusof itu bakal menampilkan watak Abang Long Fadil dalam kisah baru y...
Pernah Tiada Sambutan Filem One Two Jaga Tapau 5 Anugerah Di Ffm30

Pernah Tiada Sambutan Filem One Two Jaga Tapau 5 Anugerah Di Ffm30

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 251 hits
Malam tadi telah berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke 30 yang berlangsung di nbsp Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya Bertemakan Inspirasi Sinemaku FFM30 kali ini memperlihatkan penguasaan filem One Two Jaga arahan Na...
Festival Filem Malaysia Ke 30

Festival Filem Malaysia Ke 30

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 470 hits
Mengangkat tema Inspirasi Sinemaku Festival Filem Malaysia ke 30 bakal mempertandingkan 24 kategori termasuk tiga anugerah khas Sebanyak 42 karya yang bertanding 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia 8 naskhah Mandarin 7 Tamil dan ...
Kenapa Anda Wajib Tengok Filem Bikers Kental 2 Mesti Ramai Yang Tak Sabar Nak Tengok

Kenapa Anda Wajib Tengok Filem Bikers Kental 2 Mesti Ramai Yang Tak Sabar Nak Tengok

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 555 hits
Selepas mendapat sambutan hangat menerusi filem pertama pada tahun 2013 Bikers Kental Sekali lagi filem kisah dunia permotoran ditayangkan dalam filem Bikers Kental 2 Filem ini bakal menggegarkan pawagam pada 14 Mac dengan arahan Helmi Yuso...
Terkini Filem Upin Ipin Dapat Rating 9 4 10 Di Imdb

Terkini Filem Upin Ipin Dapat Rating 9 4 10 Di Imdb

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 370 hits
Pada 21 Mac 2019 Les Copaque Production melancarkan sebuah filem baru bertajuk Upin Ipin Keris Siamang Tunggal dan kami sangat terkejut dengan rating yang telah diberikan di IMDb IMDb adalah pangkalan data dalam talian yang berkaitan dengan...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin