Ulasan Filem Captain Marvel


Tahun Terbit | 2019Pengarah | Anna Bodden & Ryan FleckPelakon | Brie Larson, Samuel L Jackson, Jude Law
Filem terbaru dalam dunia filem Marvel ini mungkin sesuatu yang baru dalam beberapa aspek. APa tidaknya, ini ialah filem pertama dalam kategori superhero wanita semenjak dunia MCU diperkenalkan. Malah, filem ini juga turut bertindak sebagai prekuel kepada dunia MCU yang berula semenjak 2008 sebelum diraikan dengan meriah di dalam filem Endgame yang akan menjelma kelak

Brie Larson menggalas tanggungjawab sebagai superhero wanita berjiwa kental yang dikenali sebagai Captain Marvel. FIlem ini lalu melakar perjalanan watak ini dari awal sehingga akhirnya bagaimana Carol Danvers boleh terlibat dengan masalah bumi yang dicetuskan Thanos dalam filem Infinity War

Antara beberapa asapek positif filem ini ialah bagaimana penceritaan filem ni yang tidak seperti penceritaan kisah asal usul superhero yang lain. Jika selalunya kita melihat kisah superhero akan bermula dari awal, kemudiannya ke bahagian bagaimana seseorang itu mendapat kuasa, dan seterusnya. Namun, naratif Captain Marvel tidak sebegitu

Filem ini bermula dengan watak Carol Danvers yang berada di planet Hala dimana dia sudah memiliki kuasanya yang tersendiri. Melalui filem ini, Carol kemudiannya mendapati kisah silamnya mula muncul perlahan-lahan daripada ingatannya yang dipadamkan. Nampak naratif ini biasa sahaja dalam filem Hollywood, namun penceritaan sebegini tidak pernah lagi digunakan dalam filem filem MCU

Antara aspek lain yang mencuri tumpuan ialah muzik latar dan juga beberapa reference kepada era 1995. Mungkin tak semua perkara yang kita lihat di dalam filem ni boleh kita rasa pada era 1995 di Malaysia. Namun, sedikit sebanyak ianya membuatkan kita kembali ke era tersebut yang mana penuh dengan kenangan manis

Secara peribadi, jika hendak katakan Captain Marvel ni best sangat, pada aku tidaklah. Captain Marvel cukup untuk membina beberapa logika dunia MCU yang tertinggal dan melengkapkan beberapa point dunia MCU selain memberi naratif sendiri kepada perjalana hidup Captain Marvel. Beberapa perkara yang tidak ada di dalam filem MCU dibina sekaligus mencantumkan Captain Marvel dengan dunia MCU untuk melengkapi

Adegan filem Captain Marvel tak ada yang luar biasa. Ianya seperti menonton filem Marvel yang sudah biasa kita tonton. Tak ada aksi yang begitu memukau namun ianya tetap boleh dilayan walaupun CGI filem ini masih lagi di tahap sederhana seperti filem Black Panther dan beberapa filem MCU sebelumnya. Entah kenapa, MCU tidak mementingkan aspek ini untuk lebih membungakan kualiti filem mereka

Dialog-dialog lucu gagal untuk kick anak tekak aku untuk ketawa. Entah kenapa, lawak dan dialog dalam filem ni agak try hard dan kurang menjadi. Atau mungkin juga lawak-lawak di dalam filem ni tidak segar mana kerana sudah diulang-ulang dalam filem MCU yang sebelumnya. Boleh dikatakan dialog filem ni agak membosankan

Sedikit kecewa juga apabila ada bahagian-bahagian filem ni yang agak membosankan, terlalu menekankan perbualan yang rasanya boleh dibikin dengan lebih mantap. Adegan twist tentang bangsa Skrulls juga agak mengecewakan dan kelihatan gagal untuk menyerlah. Entah kenapa, keterujaan menyaksikan Skrull berakhir dengan kekecewaan kerana naratif mereka yang begitu kurang mantap

Aksi dalam filem ni agak sedikit. Malah, dengan kekuatan Captain Marvel yang dicanang, rasanya watak antagonis lebih dikejamkan dan dimantapkan lagi. Bukannya seperti apa yang kita lihat. Seolah-olah melihat sebuah filem yang gah namun pengakhirannya terlalu singkat dan tidak ada apa-apa rasa daripada sekadar bercerita

Entah kenapa, aku lihat filem ini seakan drama yang dibikin segera. idak mempunyai visual yang begitu memukau seperti filem MCU lain, seakan-akan tidak cuba memberikan sesuatu nafas baru bagi sesebuah filem MCU dan membuatkan sesuatu perkara yang lebih memukau. Dan pada aku, Wonder Woman lebih memenangi hati aku berbanding filem ini

Pada aku, Captain Marvel ialah sebuah filem MCU biasa. Tidak hebat mana. Tapi, cukup untuk sekadar dibikin untuk melengkapkan MCU. Filem ini sama tarafnya dengan Thor, dan Ant-man and the Wasp. Gagal untuk menyerlah mungkin atas beberapa faktor. Tetapi, walaupun filem ni tidak menarik, ianya tetap akan ditonton kerana ianya berada dalam sebuah dunia filem yang besar dan dikenali



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2019/03/ulasan-filem-captain-marvel-2019.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sempena Hari Wanita Tgv Bagi Tiket Free Menonton Filem Captain Marvel

Sempena Hari Wanita Tgv Bagi Tiket Free Menonton Filem Captain Marvel

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 398 hits
Hari tu sempena hati wanita sedunia pihak TGV telah memberi tiket free untuk menonton filem Captain Marvel Aku tak pergi awal awal tapi saja saja singgah mana tahu kalau ada rezeki lagi petang tu Tak sangka ada Fuhh first time aku tengok se...
Fakta Menarik Captain Marvel

Fakta Menarik Captain Marvel

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 410 hits
Fakta Menarik Filem Captain Marvel Captain Marvel merupakan filem yang dinanti nantikan penggemar filem khususnya peminat tegar francais Marvel Cinematic Universe Ini merupakan kali pertama Marvel memperkenalkan watak ini kepada peminat Dia...
Captain Marvel Sinopsis

Captain Marvel Sinopsis

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 434 hits
Semalam menonton filem sinambungan Captain Marvel iaitu Captain Marvel yang pada mulanya kita ingat berasal dari Hala iaitu bangsa Kree rupanya berasal dari bumi atau planet C543 itu panggilan untuk bumi oleh alien kat luar tu ler Permulaan...
Captain Marvel

Captain Marvel

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 346 hits
Semalam menonton filem sinambungan Captain Marvel iaitu Captain Marvel yang pada mulanya kita ingat berasal dari Hala iaitu bangsa Kree rupanya berasal dari bumi atau planet C543 itu panggilan untuk bumi oleh alien kat luar tu ler Permulaan...
Movie Captain Marvel Pelengkap The Avengers End Game

Movie Captain Marvel Pelengkap The Avengers End Game

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 387 hits
Captain Marvel dah pun berada kat wayang sejak 6 hb Mac dan movie ni lah antara movie yang ditunggu tunggu oleh peminat Marvel Apa yang bestnya Captain Marvel ni Sama macam captain america ke or sama macam superman ke Bagi aku sendiri Capta...
Captain Marvel Tersenarai Dalam Kutipan Awal Tertinggi Dengan Kutipan Rm1 8 Bilion

Captain Marvel Tersenarai Dalam Kutipan Awal Tertinggi Dengan Kutipan Rm1 8 Bilion

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 320 hits
Tidak sampai seminggu filem adiwira Captain Marvel ditayangkan di seluruh dunia kini ia telah mencatat jumlah jualan sebanyak 455 juta atau RM1 8 bilion dan ini menjadikan ia antara filem yang mendapat kutipan awal terbanyak setakat ini Ini...
Ulasan Filem Isn T It Romantic

Ulasan Filem Isn T It Romantic

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 289 hits
Tahun Terbit 2009Pengarah Todd Strauss Schulson Pelakon Rebel Wilson Liam Hemsworth Priyanka Chopra Adam DeVineMenonton naskah terbaru edaran Netflix untuk pasaran antrabangsa ini boleh dikatakan sangat menghiburkan Tidaklah terlalu terhibu...
Ulasan Filem Alita Battle Angel Battle Angel

Ulasan Filem Alita Battle Angel Battle Angel

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 279 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Robert RodriguezPelakon Rosa Salazar Keean Johnson Christoph WaltzAdalah amat pelik apabila melihat seorang pengarah yang mempunyai pengarahan yang berentak ganas dan juga terkenal dengan filem ala ala Mexico menga...
Ulasan Filem Rise Ini Kalilah

Ulasan Filem Rise Ini Kalilah

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 427 hits
Tahun Terbit 2018Pengarah Saw Teong Hin Nik Amir Mustapha MS Prem NathPelakon Mira Filzah Remy Ishak Sashi TharanKerajaan baru Dan juga idea juga baru Bertitik tolak daripada itu maka wujudlah Rise Ini Kalilah sebagai luahan rasa untuk meng...
Panduan Lengkap Tentang Brand Perlindungan Pendaftaran Dan Penegakan

Cabinet To Address Najib S House Arrest Bid With Transparency Urges Zaid

Zaid Urges Cabinet Transparency On Najib House Arrest Bid

Polis Cari Waris Lelaki Maut Kemalangan

Celebrating Mother S Day With Legumes Dining With The Queens

Ceo Badan Berkanun Ditahan Sprm Disyaki Seleweng Dana Projek Rm1 2 Bilion

Lirik Lagu Dari Jauh Alyph

Kerajaan Lulus Pemanjangan Landasan Ltsip



Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix


Apa Itu Berkat

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure

Cara Tambah Akaun Admin Page Facebook 2024

Apa Nasib Veteran Tentera Malaysia

Mudahnya Jadi Cikgu Sekolah

Coklat Ketupat Matcha