Ulasan Filem The Platform


Tahun Terbit | 2020Pengarah | Galder Gaztelu-Urrutia
Pelakon | Ivan Massague, Zorion Eguilor, Antonia San Juan
Netflix digegarkan dengan kehadiran sebuah filem Spanish yang kini bergema di seluruh alam maya. Di serata platform, haram atau halal, penggemar filem menyatakan betapa deepnya filem ini sehingga ianya menjadi perbahasan di kalangan penonton. The Platform, sebuah karya yang rasanya cukup sesuai dinikmati jika korang gemar filem level tinggi dan double meaning

Ringkasnya, The Platform berkisar tentang watak bernama Goreng (bukan pisang goreng) yang mana mahu masuk ke penjara untuk mencepatkan diplomanya. Di dalam penjara pertingkat yang dimasuki, makanan diletakkan di atas satu platform dan kemudiannya akan turun tingkat demi tingkat. Goreng menyaksikan satu struktur hidup penjara yang cukup sukar dimana ketamakan prisoner di atas menjadikan prisoner di bawah kelaparan.
Apa yang best sangat The Platform ni sampai orang bercakap cakap mengenainya? Jawapannya, ramai yang melihat persembahan filem ni sebagai metafora dunia kapitalis. Dunia dimana orang atasan sentiasa mendapat kekayaan dan orang dibawah sentiasa kelaparan. Filem ini bukan hanya penuh dengan gambaran sistem kapitalis, tetapi gambaran survival manusia dalam kehidupan seharian

Penjara di dalam filem ini lebih kepada metafora dunia. Dan banduan di dalamnya pula ialah manusia yang hidup di setiap aras-aras kehidupan. Untuk perbahasan isi filem ni dengan lebih dalam, ini bukan tulisan yang korang cari

The Platform berjaya mewujudkan rasa intense walaupun kisah ini berkisar dalam sebuah kotak yang ditengahnya ada lubang yang mana terisi platform yang akan turun setingkat-setingkat. Kekuatan yang paling kuat sekali pastinya lakon layar filem ni yang berjaya membina logik tentang platform tersebut. Walaupun logik bagaimana platform itu turun tanpa ada mekanisme enjin, keadaan sistem penjara dengan platform itu cukup logik dan memuaskan

Aku terfikir macam-macam ketika melihat keadaan platform di tengah penjara. Adakah ada yang akan terjun? Ada yang akan ambil kesempatan untuk turun suka hati? Semuanya dijawab sikit demi sedikit menjadikan filem ni cukup logik untuk sebuah metafora

Dengan berbekalkan lakonan hebat Ivan Massague, filem ni bergerak dengan memperkenalkan pelbagai watak dengan pelbagai background. Di setiap babak demi babak, kita tidak akan dapat menduga apa yang bakal terjadi dan juga apa pengakhirannya. Memang cukup gempak dan juga kuat untuk sebuah filem yang nampak kecil tetapi besar mesejnya

Bagi penggemar filem yang nak saksikan filem yang luar kotak dan menjana perdebatan, The Platform memang sebuah filem yang cukup puas untuk anda layan. Dari awal filem hingga akhir, kesemua detail dari dialog, babak dan juga watak ada makna yang tersendiri. Justeru, filem ni berbaloi untuk satu pengalaman tontonan

Memang tidak dinafikan yang The Platform ialah filem hebat diantara katalog filem Netflix Original yang kadangkala mengecewakan. Filem ini mampu mencabar minda korang untuk berfikir dalam pada masa yang sama berhibur.
Namun, filem ni mungkin sesuai untuk penggemar filem yang tidak sukakan darah dan keganasan. Ada unsur kanibalism, darah dan juga perkara luar jangka yang mungkin kadangkala buatkan korang sukar tidur. Apapun, boleh kasi try hadam sebab kadangkala metafora life itu memang susah untuk ditelan, tapi itulah hakikatnya.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sukafilem.net/2020/04/ulasan-filem-platform-2020.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulasan The Platform Filem Mind Blown Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

Ulasan The Platform Filem Mind Blown Netflix Yang Trending Nombor Satu Di Malaysia

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 381 hits
Jika anda suka filem seperti Snowpiercer Elysium dan Mad Max The Platform adalah filem yang anda perlu tonton di Netflix ketika ini Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan minggu lalu filem The Platform ini secara tiba tiba menjadi p...
Ulasan Filem Panipat The Great Betrayal

Ulasan Filem Panipat The Great Betrayal

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 355 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Ashutosh GowarikerPelakon Sanjay Dutt Arjun Kapoor Kriti SanonAshutosh Gowariker seorang pembikin yang memang gemar menggunakan elemen sejarah dalam filemnya kembali lagi dengan Panipat Tentu sekali filem yang memo...
Ulasan Filem Spenser Confidential

Ulasan Filem Spenser Confidential

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 352 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Peter BergPelakon Mark Wahlberg Winston Duke Alan Arkin Peter Berg yang popular dengan filem aksi seperti Battleship Lone Survivor Deepwater Horizon dan Mile 22 dan juga sering tambil dengan watak utama yang menamp...
Filem Terbaru Purge Berjudul The Forever Purge

Filem Terbaru Purge Berjudul The Forever Purge

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 474 hits
Tajuk filem kelima The Purge akhinya didedahkan Menurut laporan dari THR filem arahan Everardo Gout akan berjudul The Forever Purge Pencipta francais The Purge James DeMonaco yang mengarahkan tiga filem awal The Purge akan turut kembali men...
Viral Video 3 Kereta Polis Kejar Sebuah Van Rupanya Rakaman Filem The Leaker

Viral Video 3 Kereta Polis Kejar Sebuah Van Rupanya Rakaman Filem The Leaker

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 234 hits
Viral video 3 kereta polis kejar sebuah van rupanya rakaman filem The Leaker PULAU PINANG Viral di media sosial rakaman video beberapa buah kereta polis mengejar sebuah van yang sedang melarikan diri sehingga melanggar beberapa buah motosik...
5851 One Stop Platform Needed To Check E Sellers Credibility The Sun Daily 06 04 2020

5851 One Stop Platform Needed To Check E Sellers Credibility The Sun Daily 06 04 2020

papar berkaitan - pada 7/4/2020 - jumlah : 253 hits
PETALING JAYA The government has been urged to set up a one stop platform that will allow buyers to check the authenticity and credibility of online sellers to avoid cheating Malaysian Muslim Consumers Association chief activist Datuk Nadzi...
Ulasan Filem Daulat

Ulasan Filem Daulat

papar berkaitan - pada 8/4/2020 - jumlah : 416 hits
Tahun Terbit 2020Pengarah Imran SheikPelakon Tony Eusoff Vanida Imran Rashidi Ishak Jasmin SurayaDaulat filem yang ditunggu tunggu oleh peminat filem yang mahukan sebuah nafas baru akhirnya ditayangkan Pilihan untuk menayangkannya di platfo...
Ulasan Filem Bigil

Ulasan Filem Bigil

papar berkaitan - pada 4/4/2020 - jumlah : 331 hits
Tahun Terbit 2019Pengarah Atlee KumarPelakon Vijay Jackie Shroff Kathir Daniel BalajiBuah tangan terbaru lakonan Vijay ni pelik tapi asyik Ianya satu campuran dos dos yang tak pernah aku lihat dalam filem sukan Elemen Bigil memang pelik Tap...
7 Ideas For The Perfect Outdoor Space

7 Ideas For The Perfect Outdoor Space

papar berkaitan - pada 29/3/2020 - jumlah : 325 hits
Although home enhancement projects are designed to enhance the interior and or exterior of a house as a homeowner you should focus on renovations that make the most financial sense to you Why Well it will The post appeared first on
Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around

Travel Tips To Bali From Malaysia Don T Buy Your Ticket To Bali Without This Guide

Kesan Buruk Disebabkan Ikan Tilapia Hitam

Dorset Beach House A Sustainable Coastal Renovation By Architecture For London


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Drama Jutawan Ekspres

Raja Selfie Malaysia

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Islamik Romantik Lucu English

Tindakan Halau Individu Dari Surau Bukan Persetujuan Ajk Tegas Musolla Halaman 11

Makan Mee Sotong Pasembur Di Restoran Al Sinin

Cara Buat Mee Udang Mudah Dengan 5 Langkah Confirm Hirup Kuah Sampai Licin